Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

28 February 2013

Confinement Lady Kuala Terengganu and Kuantan Needed

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:11:00 AM 2 comments

Sekarang ni saya tengah obses nak nak setelkan perihal berpantang. Please, sesiapa know any confinement lady area Kuala Terengganu and Kuantan.. please let me know ya. Really need them. Kalau boleh, yang boleh datang sendrik. Memandangkan emak saya bekerja so, saya perlukan confinement lady. Thanks very muach.

22 February 2013

Persediaan Berpantang dengan Set Bersalin NR dan Tanamera

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:40:00 PM 0 comments
Hari ni 31 minggu 3 hari dah usia kandungan saya. Alhamdulillah... Pagi tadi pergi checkup, doc cakap semua ok. Baby da turun ke bawah cuma blum engage. Kali ni saya banyak menumpukan kepada persediaan untuk berpantang sebab untuk baby yang bakal lahir, banyak lagi barang Aqeel yang masih boleh dipakai. Ilmu keibubapaan pun ada study tapi tak semacam kali pertama dulu, semua nak kene study. Well, learning process never ends. Dulu pun saya tak disiplin sangat berpantang dan badan memang rase lenguh-lenguh after confinement period ended. So, kali ni nak manjakan diri sket, pampering myself with all the products.

Bercakap mengenai set bersalin, saya pilih complete set dari Nona Roguy atau sekarang lebih dikenali sebagai NR sekarang ni dan juga beberapa produk yang saya beli secara loose dari Tanamera.

Jum nengok set bersalin NR dulu:

Harga: RM 275 termasuk pos 

Apa yang ada dalam set ni & kegunaannya:

PhytoNatal - 90 biji
Ia dapat menseimbangkan hormon wanita (estrogen/progesterone - iaitu hormon wanita mengandung). Jika hormon ini tidak diseimbangkan semula maka berisiko tinggi mendapat masalah meroyan. Dicadangkan diambil bersama dengan Akar Herbanika
 
Akar Herbanika - 10 paket
Umpama ubat periuk yang digunakan secara tradisional - khasiat: dpt mengeluarkan darah bantal dan memperbanyakan susu. Zaman sekarang ramai yang nak cepat darah kering dengan rawatan injection selepas 2 minggu darah dah berhenti, akibatnya mudah diserang penyakit hormon atau lebih dikenali sebagai angin meroyan

Minyak Herbanika - 100 ml
Sapuan seluruh badan untuk melembutkan urat yang tegang semasa proses peneranan melahirkan anak, secara normal. Semasa mengandung juga proses pembesaran bayi akan menekan atau menghimpit urat-urat pinggang. Amat baik digunakan untuk luka jahitan bersalin, juga disapukan dibahagian kulit kepala pula untuk keluar angin terutama dibahagian ubun-ubun dan sapuan di seluruh badan

Herbanika barut (krim) - 60gm
Dapat membantu mengembalikan bentuk tubuh wanita, mempercepatkan aliran keluar darah kotor, mengecutkan pinggang, melembutkan urat-urat pinggang dan punggung. Jika mengalami kegatalan semasa menggunakan bersama bengkung, berhenti sekejap berbengkung dan sapuan herbanika barut. Hanya guna minyak herbanika sahaja. Ini adalah kerana kotoran yang keluar dari liang roma dan angin meroyan resdung yang banyak keluar

Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
Ia merupakan anti septic yang dapat membantu mencuci kotoran, menghilangkan bau busuk, anti fungal, cepat menyembuhkan luka bersalin dan menyembuhkan buasir yang disebabkan oleh proses meneran ketika bersalin. Membantu mengeluarkan darah nifas sepenuhnya semasa 2 minggu berendam. Darah nifas yang tidak habis keluar akan mengundang masalah hormon pada masa akan datang (penyakit melunai). Jika tidak diubati penyakit ini akan berlarutan

Herbanika Lulur - 100gm
Digunakan untuk masalah kulit semasa mengandung. Pertukaran hormon selalunya berlaku dan akan timbul tompok hitam pada kulit. Elok digunakan selepas mandi, agar bahan lulur akan meresap ke liang roma untuk menghasilkan kulit yang lembut. Semasa proses melahirkan anak, sebaik sahaja anak keluar, angin akan masuk disemua permukaan, tapak kaki (terutamanya di ibu jari. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan bahagian betis, celah peha dekat kemaluan boleh pecah urat-urat halus. Oleh itu, perlu dilulur sehingga urat kemaluan celah kelangkang.

Selain tu, saya juga beli Buku Panduan Berpantang juga dari Siti Aishah Confinement, Blessed Beauty Confinement
Harga: RM 20.00 - RM 23.00 mengikut kawasan Semenanjung/Sabah Sarawak

Tapi yang saya beli bukan yang ni. Maybe saya beli yang previous version kot and it is nicely self printed by the writer but still can be use for confinement. Saya beli dengan harga RM 15.00. Yang dalam gambar ni latest version. Cantek dan isinya updated la kan.

Harga: RM 24.00
  
Yang ni bukannya untuk kegunaan lepas bersalin. Saja beli untuk treat keputihan dan nak guna sebagai wash-wash cik v. Hihi... Dalam pantang pun bley pakai kata Ice, tokey Blessed Beauty Confinement ni.

Formula dari daun sirih. Daun sirih terkenal dengan khasiat perubantan, ia mempunyai ciri-ciri anti-septik bagi melegakan dan melembabkan penstrukturan komponen, bertujuann utk cucian harian untuk kebersihan peribadi, digalakkan penggunaanya selepas datang haid dan semasa mengandung, terutama untuk wanita yg bermasalah keputihan. *Ini juga elok utk kanak2 yg mengalami sakit kulit.

Meh tengok set bersalin Tanamera plak:

Set Bersalin Tanamera
Harga: RM 360.00
Selain dapat dibeli dalam set, boleh juga dibeli secara loose. Apa yang ada dalam set ni dan harga untuk belian secara loose (credit to):


Virgin Coconut Oil (VCO) - RM 34.00
Brown Formulation Body Soap - RM 15.00
Lavender Floral Water - RM 36.00
Herbal Massage Oil - RM33.00
Feminine Herbal Wash - RM 26.50 (12 uncang) 
Herbal Bath - RM 26.50 (12 uncang) 
Boreh Body Scrub - RM 46.00
Bengkung - RM 50.00

Produk berikutnya hanya terdapat dlm set, tak boleh beli loose: 
Firming herbal blend paste (tapel) 
Calming herbal blend paste (pilis)
Herbal tea

Owh!!!! Saya tak beli full set ye. Tak mampu mak. Saya cuma beli 3 items ni: Virgin Coconut Oil (VCO), Brown Formulation Body Soap, Bengkung. Saya beli dari http://tanamerapostnatal.com. Actually, VCO dan body soap ni, pre & postnatal product. Even kalau tak kawen lagi pun bley pakai. Tapi gunakan mengikut kesesuaian la kan.






Reason beli VCO sebab terpengaruh ngan iklan katenya boleh kurangkan koyakan cik v semasa lahirkan anak, boleh kurangkan strech mark, lembutkan rambut dan dijadikan selusuh. Minum VCO ni. Ala.. petua melayu pun cakap minum dan sapu minyak tanak... vco la... Cuma ni komersial sket la kan. Mak saya pun ada bekalkan minyak tanak yang dia belikan & bacakan ayat suci Al-Quran. Yang ni.... saya reservekan untuk minum. Tanamera VCO, saya peruntukkan lebih kepada kegunaan luaran.

Reason beli Brown Body Soap sebab terpengaruh review bloggers. Heheh... Mostly cakap puas hati. Berkesan tanggalkan daki, sel kulit mati dan cerahkan kawasan kulit yang tergelap sket tu. Rasenya bley share ngan hubby & pakai semasa mengandung, selepas pantang. Even kalau tak pregnant pun boleh pakai ni. Untuk sental-sental badan. :D

Reason beli Bengkung, sebab blum ada sendrik punyer. Dulu pun pinjam ngan mak sedara. Lagipun Tanamera nyer bengkung ni panjang. Dari bawah cik b hingga ke bawah punggung. Harap saya rajin pakai la ye. Banyak review cakap leceh gak bengkung ni sebab tali dia 1 jek dan panjang plak tu... Nak kene lilit banyak kali. Tapi mungkin bagus gak supaya kemas kita punya kedudukan bengkung tu ble da pakai.

Oke. Catatan kali ni hanya pasal set bersalin yang saya pilih. Nanti da selamat bersalin, bley la saya buat review plak.

07 February 2013

Panduan Ibu Berpantang

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:14:00 AM 0 comments

Kali ni saya berazam nak berpantang betul-betul. Hihihi....Azam jek.. Tak tau la jadi ke tak. Saya banyak rujuk FB page Kami Ibu Berpantang ni. Banyak informasi yang dikongsikan di sini. Bukan sahaja sesuai untuk tatapan para isteri tapi jugak untuk para suami ye....

Ni Tips Untuk Suami Jaga Isteri Dalam Pantang yang saya dapat dari page ni:

Seawal pagi ketika bangun solat subuh dan bersiap2 utk pergi kerja, panaskan batu tungku/tuam dan rebus mandian isteri.

Budget masa anda. Batu tungku perlu dipanaskan 20minit dgn api sederhana besar. Mandian herba perlu direbus hingga mendidih.

Selesai solat,bungkus batu tungku/tuam dan berikan pada isteri anda. Sang isteri tuam dan tungku badan dahulu dalam tempoh 40min-1 jam.

Ketika isteri bertuam, suami siap2kan mandian herba isteri dalam baldi. Pastikan air panas2 menggigit,iaitu tidak terlalu sejuk atau panas, cukup2 kepanasannya nnti sehingga habis waktu isteri bertungku/bertuam.

Ketika isteri bertuam juga, suami boleh lap,atau mandikan baby.

Jadi dalam tempoh bersiap pergi kerja, isteri sudah mula bertuam,mandi,dan baby pun dh bersih, isteri boleh mula susukan bayi.

Oh ya....kepada suami yang sayangkan isteri, 44 hari breakfast on bed is highly recommended. Cukup air milo/horlick dgn oat atau roti. Dan sedikit buah epal merah. ;)

Moga kasih dan cinta kalian bertambah, seiring dengan bilangan anak, sebanyak bilangan yang anda korbankan untuk berkhidmat pada isteri. Hanya Allah membalas jasa2 tuan semua. Amin... ♡♥♡♥


Terima kasih kepada Siti Aishah Confinement yang wujudkan page ni.

20 November 2011

Set berpantang. Perlu atau tidak?

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 7:17:00 PM 0 comments
Salam kawan-kawan. Lama da tak menaip. Saat bukak tenet, saya lebih terarah untuk blogwalk. Bley cari ilmu keibu-bapaan untuk panduan suami & saya yang masih mentah dalam bidang ini. Alhamdulillah Muhammad Aqeel sudah menjangkau 10 bulan bersama kami. Banyak saat manis & pahit getir juga yang kami alami. Ceritanya, bukan kali ni. Atas sebab-sebab tertentu.. lain kali... Heheh...

Aa.. as stated title (eceh macam surat rasmi plak), perlu ke tak set berpantang ni? 1st skali nak cakap, sayangilah diri anda. Saya silap sebab tidak mengambil berat perkara ini saat saya lepas melahirkan anak. Rupanya menjadi seorang ibu bermakna kita tak boleh sakit. Kalo rasa macam nak sakit tu kene cepat-cepat makan ubat. Tapi kalo amik ubat selalu pun tak bagus gak so, saya selalu set in mind, "aku tak boleh sakit!". Kenapa? Sebab saya seorang ibu dan isteri. Macammana nak breastfeed kalo badan tak sehat? Kalo sakit berjangkit ngan bayi.. kan dah x sesuaiii gitu. Nauzubillah. 

Ye kawan-kawan, sila survey set bersalin yang sesuai ye... Especially jika anda breastfeeding. Pastikan ubatan yang anda ambil tidak panas sehingga boley menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi tersayang. Anda boleh rujuk bidanbersalin.blogspot.com untuk pelbagai pilihan set bersalin. Anda juga boleh mengambil suplemen sebagai makanan tambahan contohnya shaklee. Jangan lupa minum pati ikan haruan/pil ikan haruan. Pilihlah yang mana terbaik untuk anda & bayi.

Saya senaraikan apa yang saya rasa perlu untuk perawataan ibu selepas bersalin semasa dalam pantang:

  1. Ubat makan/pati atau pil ikan haruan/suplemen makanan tambahan untuk menguatkan, menyegarkan, memulihkan dalaman ibu (pastikan tidak memudaratkan bayi).
  2. Suplemen menambah susu ibu (optional).
  3. Persediaan mandian ibu. Contoh: Mandian herba keluaran TYT, Orang Kampung atau sediaan dedaun/herba secara manual yang anda boleh cari sendiri di kampung atau boley pergi cari kat pasar tanya ada tak daun untuk mandi lepas bersalin.
  4. Pilis.
  5. Tungku tradisional/moden.
  6. Bengkung.
  7. Minyak panas contohnya Minyak Herbanika Nona Roguy.
  8. Stokin.

Er.. ada tertinggal ke? Urm.. Minyak panas tu pastikan tidak mengenai bayi semasa menyentuh atau breastfeed bayi. Basuh tangan dengan bersih selepas melulur minyak. Mandilah dengan air suam untuk menyegarkan badan anda. Ubat makan/suplemen tu, mulakan dengan dos yang paling maksima contohnya kalo arahan 3 biji sehari, mulakanlah dengan 1 biji untuk 3-4 hari pertama untuk memastikan ianya bersesuaian dengan anda dan bayi. Tambah dos secara beransur-ansur sehingga sebagaimana yang ditetapkan jika ia bersesuaian. Jika ia membawa mudarat kepada anda atau bayi, jangan ragu untuk berhenti walaupun ubat/suplemen yang anda beli mahal harganya. Yang mana anda lebih sayang? Duit atau anak? 

Yang pasti, lakukanlah survey awal dengan mendalam terlebih dahulu untuk pastikan ianya selamat untuk anda & bayi.

Sekian dari saya yang serba kurang dari segi ilmu. Semoga dapat membantu. Wallahualam.

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting