Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

23 January 2014

Terdelete la plak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 7:23:00 PM 0 comments
Kerana kesilapan teknikal, sumer piccas dalam blog no terdelete. Takpelah. Pasti ada kebaikan di sebaliknya.

Layan picca buku research guidelah. Promote sket. Beli kat MPWS. Sesiapa yang nak further study in research, suggested borong banyak-banyak ye.


26 September 2013

Petua Nak Dapat Anak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:09:00 AM 0 comments
Sekilas pandang nampak tajuk ni dari blog small girl with a big heart yang saya folo. Saya tempek kat sini ye. Serius ni memang kopi pes takde edit langsung. Tara!!

Bismillah...

Petua dari pakarhowto.com dan selamat mencuba kepada mereka yang ingin mendapatkan anak. Semoga lahirlah seorang HAMBA ALLAH yg soleh / solehah.

PETUA CEPAT DAPAT ANAK



Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.

Begini petuanya :
  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.
Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.
Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.
Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.
Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.
Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.
Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas
iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan
nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.
Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
Elakkan:
  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).



yatt berkongsi post ini dari blog Ana Ahmad


05 March 2013

Happy Anniversary yang ke-3 @ 2013

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:24:00 AM 2 comments
Alhamdulillah da 3 tahun perkahwinan kami. Ini pic masa kawen dolu-dolu. Tak pernah upload kat blog before this sebab kunun-kunun low profile. Yek :p

Pagi bersanding baru sempat berinai

 You punya. Tengok la jari tak berinai. Tak sempat. Boleh tak camtu?

 Pose after siap make up

 Nampak ke bang?

 Pose bersama

 Pose kinyang

 My family

The other part of the family

 
 Berdua dengan mu

 Ape yang kelako? Rahsia

 Pose before abis outdoor session

Owh... Muka dengan make-up tu tak macam muka saya pun. Tetap bersyukur sebab saya suka hasil make-up tu.Kat bawah adalah pic kami berempat, 1 family @ 2013 ni. Tq riezkyshoppe atas pic ni. Ni la muka seharian kuo sampai nak magrib, bedak pun da ilang. Lupe nak touch up sket dolu. Eheheheh..

 
Terima kasih incik suami kerana selalu bertolak-ansur dengan saya. Terima kasih Aqeel menceriakan hidup ibu. Terima kasih baby dalam perut sebab sentiasa kuat walaupun ibu lasak time tataw baby cayang ada dalam perut. Terima kasih Allah atas rahmat-Mu.. Setiap detik nadi, setiap hela nafas ini, adalah atas sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim-Mu. Alhamdulillah.

26 February 2013

Nightmare of a Mother, Pregnant Mom, Wife, Worker & Student

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:24:00 AM 0 comments
Hah. Semalam sampai megigau-igau. Hik hik hik. Ni kes sebab tensi ngan suasana rumah yang tunggang langgang. Sebenarnya tak la tunggang-langgang sangat, tapi sendrik yang tak puas hati. Hihi.. Dalam keadaan sarat 8 bulan ni, persediaan barangan anak dara yang bakal lahir, melayan kerenah anak bujang & ayahnya, research proposal untuk persediaan proposal defend tak siap lagi, system development pun delay... Tak menang tangan saya dibuatnya. Ayahnya memang membantu tapi biasalah.. mana nak puas hati kalo tak buat sendrikkan.

Seperti malam-malam sebelumnya, saya akan tidurkan Aqeel. Kadang-kadang hubby join sekali. Kalo da teman Aqeel tido, kebarangkalian untuk saya bangun balik adalah 0.01%. Heheh... Esok pagi baru bangun biasanya. Kikkik. Tapi dalam proses nak lena tu, dalam kepala nak basuh pinggan, nak iron baju,  nak basuh baju, lipat kain, sidai kain, sapu lantai, cuci bilik air, kemas rumah apa yang patut, sediakan barangan baby gurl ni ha... nak sapu ubat kat kaki hubby sebab kaki dia terseliuh bebaru ni.. (bukan mr. hubby tak boleh buat sendrik, saja suka manjakan suami :p), bla.. bla.. bla.. dan banyak lagi.... dan... terlena dalam memikirkan senarai yang nak dibuat.

Sudahnya, semalam saya mimpi rumah bersepah sangat sampai saya mengigau tangan pun terawang-awang.. mr. hubby yang baru nak terlelap tanye saya, nape? Saya sambung tido balik. Hahah.... Tapi tak lama. Kejap lepas tu bangun tengok jam pukul 5 pagi. Bingkas bangun setelkan apa yang patut. Tapi banyak lagi pun yang tak tersetel.

"Dear Allah, make me a supermom, superwife, superstudent, superworker, superdaughter, superdaughter-in-law, Your superslave... so I can carry all the responsibilities You reward me. Ameen."

Di sudut hati saya ini, saya respect ibu saya, ibu mertua saya dan wanita-wanita di luar sana yang sedaya-upaya melaksanakan tugas-tugas mereka. ♥ all off you.
 

02 January 2012

Selamat datang 2012

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:57:00 AM 0 comments
Bye 2011. Da hampir 1 tahun saya menjadi ibu & bergelar housewife. Semuanya baru bagi saya. Agak gentar & sulit pada mulanya namun semuanya berbaloi. Alhamdulillah.

Selamat datang 2012 yang bermula dengan harapan dan memerlukan azam, tekad serta kerja kuat. Bagaimana hendak berjaya jika mudah mengalah. Ya Allah yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Penyayang. Dengan rasa kerdil atas segala kekuasaan & nikmat yang Mu yang tak terhitung, aku mohon kebaikan untuk kami hamba Mu. Amin.

16 December 2010

Doa untuk mengukuhkan rahim dan untuk mendapatkan zuriat

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:07:00 PM 0 comments
Assalamualaikum kawan-kawan.

Ni doa yang saya amalkan dolu-dolu. Skang ni baca gak sekali-sekala. Sebab skang selalu amal doa selusuh la plak.

Doa ni ialah ayat dari Surah Al-Mu'minun ayat 12-14. Sumber dari http://quran.com/23.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Selamat beramal & semoga berjaya. InsyaAllah.

13 December 2010

Koleksi doa selusuh

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:20:00 AM 2 comments
Selusuh: "satu ikhtiar dengan mengamalkan kaifiat tertentu untuk memudahkan kelahiran". Penerangan lanjut di sini.

Nak masuk 8 bulan baru saya sibuk-sibuk nak berselusuh ni. Dengar kata, biasanye orang setat pada usia 7 bulan kandungan. Tak pe la lewat sket pun asalkan ikhtiar gak. Heheh... Yang pertama, keluarga sebelah mertua wat majlis solat hajat dan bawakan air solat hajat untuk mandi. Kira selusuh gak la kan? Tatau la saya. :p Tak lama lepas tu... kawan emak ada beri sejenis bawang ni.. Tatau la bawang spesis ape. Memang saya tak pernah tengok la bawang tu. Katanye, perlu dimakan layer by layer. Wat ulam pun bley. Tak perlu dimasak. Makan jek trus. Rasanya macam pedas-pedas sket la. Telan jek la. Emak ada amik 2-3 biji bawang tu yang dah berakar untuk ditanam kat area rumah. Then, kakak plak beri air solat hajat dan minyak selusuh yang dia mintak tolong mak mertua dia buatkan untuk saya. Er.. nape plak emak mertua sebelah kakak plak kene watkan? Heheh.. sebab tatau nak mintak sape yang watkan minyak selusuh tu. Sebenarnya, saya dah tersilap cakap kat emak mertua saya, keluarga saya nak watkan minyak tu. Sudahnya, tatau nak minta tolong sape wat. Heheh.. Jadi mintak tolong keluarga mertua kakak saya. Tibai aje. Ada lagi, emak suh saya pergi klinik homoeopathy untuk amik ubat selusuh kat sana. Sebagai anak, menurut kata orang tua yang lebih dulu makan garam :D

Selain tu.. masuk 8 bulan, saya ada cari doa-doa untuk selusuh ni. Saya rujuk kat blog Nad. Emak pun ada kasi ayat selusuh. Ayat Quran. Tapi saya lupa plak ayat dari surah mana dan ayat ke berapa. Maksud dia memang elok. Nanti saya tanyakan pada emak. Pastu.. ustazah kelas ngaji plak, pesan baca ayat no 15 & 33 dari surah Maryam. Baca selalu dan gosok-gosok perut sambil baca. Ayat ni saya baru nak hafal. Sebab kalo nak hafal semua, takut konpius or terlupa. Hafal satu per satu.

Surah Maryam, ayat 15 & 33. Sumber dari http://quran.com/19.

And peace be upon him the day he was born and the day he dies and the day he is raised alive.

And peace is on me the day I was born and the day I will die and the day I am raised alive."


Ada lagi 20 hari ke due date saya. 2 orang kawan yang due bulan ni.. da selamat melahirkan pada bulan ini. Cuak gak ni. Harap semua selamat. Amin.


 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting