08 November 2010

Solat Hajat & Kedatangan Mertua

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:19:00 PM
Hari Jumaat, 5/11/2010. Keluarga sebelah mertua di Kuala Krai telah mengadakan solat hajat untuk saya dan baby tanpa kehadiran suami dan saya. Kami berada kat Terengganu masa ni. Kami tak dapat pergi sebab saya kurang sehat dan terpaksa amik MC pada hari Khamis iaitu hari sebelumnya. Majlis berkenaan diadakan selepas solat Jumaat. Nekad betul family keluarga mertua nak buat gak. Saya segan takut menyusahkan dorang. Terima kasih banyak-banyak kerana berusaha bersungguh-sungguh menjayakannya :D

Petang Jumaat lebey kurang pukul 6.30 petang, Incik suami dapat call dari bundanya di kampung. Rupa-rupanya dorang da on the way dari Kelate ke Terengganu untuk hantarkan air solat hajat. Imagine, penat bersiap-siap untuk majlis solat hajat pada sebelah pagi, tengahari melayan tetamu, petang mengemas dan cuci pinggan.. lepas tu.. terus bertolak ke Terengganu. Mesti dorang sengaja call nak datang masa da on the way. Kalo bagitau sebelum bertolak, konpem hubby n saya tak bagi dorang datang sebab takut dorang penat. Apa pun, dorang selamat sampai ke rumah kami dengan selamat. Risau jugek saya sebab tak mampu nak jamu dorang dengan masakan sendiri sebab da nama pun tengah sarat. Kalo tak sarat pun, risau jugek sebab tak pandai masak. Kikikik. Ingatkan nak bawak keluarga mertua dinner kat luar. Tapi dorang da siap-siap bawa nasi dagang yang dimasak untuk majlis solat hajat tu. So, kami pun makan la nasi dagang beramai-ramai.

Incik suami dan saya bawa sket nasi dagang Kelantan stail ke rumah ayah dan emak saya. Bukan main lagi dorang santap. Emak saya memang suka nasi dagang merah. Ayah pulak suka makan nasi dagang dengan gulai ayam. Pada mulanya saya risau kalau tak kene dengan selera dorang. Menu nasi dagang tersebut ialah nasi dagang merah, gulai ayam, gulai ikan dan keresek jantung pisang. Korang biasa makan tak?

Keesokannya keluarga sebelah mertua dijamu makan tengahari di rumah ayah dan emak saya. Lauk simple tapi sedap. Suda lama tak makan emak masak. Kami tuan rumah plak yang beria-ria menambah. Incik suami pun same naik gak berselera. Keluarga mertua ala-ala segan gitu.

Saya sangat terharu dengan kesungguhan keluarga mertua nekad mengadakan solat hajat dan kemudian bersungguh-sungguh datang semata-mata untuk menghantar air solat hajat. Saya pun terharu dengan kesungguhan ayah dan emak melayan keluarga mertua denga baik walaupun emak saya agak sibuk pada hari itu dengan bisnesnya. Terima kasih jugak kepada kakak saya yang terpaksa hadir lewat ke majlis perkahwinan sahabat baiknya kerana bersama-sama melayan keluarga mertua saya. Walaupun maybe dorang tak baca pun blog saya ni.. Saya betul-betul berterima kasih kepada semua.

:D


2 comments:

Mrsboxz said...

pie,thanks krn sudi baca blog maz.juga terima ksh krn bg kitorang semangat.kasih syg ibu bapa,mertua keluarga dan kawan2 memberikan kekuatan kpd kami.kami ttp ibu bapa.kami juga gembira dan teruja menunggu tarikh 28 hb setiap bulan,hr kelahiran damia...spt ibubapa yglain menghitung hr melht anaknya membesar...insyaallah,semoga dgn berkat doa semua kami akandpt lg memberi kshsyg kpd adik2 damia..aminnn

maz doakan pie selamat semua...bestnyer mertua dtg kan,dpt bg semangat&tenang2kan diri.semoga baby yg lahir nanti tenang dan selembut pie,baik dan sesopan ayahnya...aminn

~*Dandelicious Princess*~ said...

hihi segan la plop maz ni. mane de kitorang baik cenggitu. ade2 jek. malu2 miow. kikikik. meooowww.

tq maz atas doa yang diberikan. macih banyak :D

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting