17 October 2012

Demam Poplook!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:44:00 PM
Reactions: 
9 comments
Dalam less than 2 weeks, aku rembat 6 helai persalinan Poplook dan semuanya dress! Reason: sebab da berbadan dua buat kedua kalinya ini.. nak kene pakai loose sket. Jeans memang tak muat da kecuali 1 jek sebab yang tu memang pinggang dia extra besar. Sebenarnya perut aku da memang sedia uncit sket selepas lahirkan Aqeel dan aku memang tak bersedia nak kempiskan sebab agak-agak umur Aqeel dalam 2 tahun ++ memang nak preggy lagi. Tu la hasrat hati tapi rezeki datang lebih awal..  Alhamdulillah.. Allah da nak bagi.. kita terima :D

Ha.. berbalik kepada hasil rembatan aku.. ni la dia. Layan piccas:

 Empire combo maxi dress-fuschia
 Yang ni ada 1 saiz jek. Nasib baik muat muat. Atas lycra, bawah lined chiffon. Beli ni sebab nanti nak breasfeed senang. Material lycra stretchable tapi kena pakai cardigan la. Kain dia.. kalo malas gosok.. ble dah basuh.. sangkut... kurang la kedut dia.

 Michelle maxi dress-blue
Yang ni pun ada 1 saiz jek. Muat muat badan gak. Kain fully cotton, bahagian bawah lined. Beli ni pun kunun sebab nanti nak breasfeed senang. Ingat bahagian atas tu stretchable tapi rupanya tak... huhu.. kena pakai cardigan juga yang ni. Disebabkan kain dia cotton.. kene rajin iron ble nak pakai.
 Penny chiffon maxi dress-berry purple
Suka yang ni. Warna asal tak macam ni. Lebih purple dari ni. Darker kot. Material chiffon fully lined. Tapi lengan ala-ala 3 suku. Aku beli ni saiz L. Nasib baik muat. Dress ni memang da tercekik kat pinggang so, xde belt pun xpe.

 York smocked maxi dress-maroon
Yang ni nampak stylish tapi ble dapat, tengok macam jubah nenek aku aje. Hihi.. didatangkan sekali ngan kain yang macam tali pinggang kunun nak ikat kat pinggang. Belt sold separately ye.. Kain dia nipis, silky, tapi tak transparent maybe sebab warna gelap kot. Rasenya kene pakai baju & kain (inner) kat dalam sebab material dia so nipis takut nanti angin datang.. abis semua nampak. :p Aku beli ni saiz M. Muat muat aje.

 Lucy chiffon maxi dress-blue
Extra suka! Sebab tutup aurat, chiffon fully lined :D Aku beli saiz L. Muat juga. Yeay! Aku tak beli TALL, beli yang regular aja. Dress ni memang da tercekik kat pinggang so, xde belt pun xpe.

Lucy chiffon maxi dress-pink
Extra suka! Sebab tutup aurat, chiffon fully lined :D Aku beli saiz L. Muat juga. Yeay! Dress ni memang da tercekik kat pinggang so, xde belt pun xpe.

Overall, aku banyak beli chiffon sebab material dia tak melekat kat badan tapi flowly.. so nice. Design yang aku beli ni pregnant ke.. tak pregnant ke.. bley pakai sebab dia tak ketat kecuali yang York Smoked tu... aku tak sure lagi. Kene test dulu ngan perut ble dah besar nanti :D 

Penny chiffon maxi dress-berry purple ni.. sampai aje.. trus aku pakai... dengan kedut-kedut tu. Hahahah... pegi dinner ngan family, parents aku datang rumah jalan-jalan. Nasib baik kedai makan tu tak terang sangat so.. agaknya tak nampak obvious kedut tu :p (Lantak la.. hoohohho)

Pasal sizing, nasib baik semua dresses ni muat pada badan ku. Tinggi aku 158cm dan berat sekarang 57kg. Aku bagitau supaya senang korang nak wat reference kalo nak beli baju kat sini nanti. Tatau je la.. kalo beli online, mane bley try dulu. Ramai yang return balik/jual balik baju dorang sebab tak muat/longgar. Sayang je kan.. Da la menunggu nak dapatkan available stock/design.. pastu tetiba plak tak muat.

Aku blum fully test lagi most of these dresses.. kene test di siang hari plak. Panas ke tak... Ni merangkap baju raya haji la.. Sebenarnya da lama aku tak shopping termasuk baju, sebab tu aku rembat 6 helai sekaligus. Heh.. So, ini hanyala pre-review. Conclusion: seronok!

P/s: nanti aku review service Poplook plak.

01 October 2012

Lagi Rezeki Bersama Dugaan

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:29:00 AM
Reactions: 
0 comments
Alhamdulillah.. da selamat daftar master. 5 days after, dapat join research project yang dapat grant.. so, InsyaAllah dapatla elaun bulan-bulan. Pastu, 2 hari lepas tu.. dapat info permohonan MyBrain saya dah lulus. Dapatlah tanggung yuran pengajian. Takla membebankan hubby sangat nanti dan harapnya ayah & mak, mertua dah tak risau tentang perbelanjaan kami sekeluarga. Selama ni pun kami ok..belanja semua cukup cuma dorang risaukan kami aje sebab saya tak keje for 1 year ++.

Dalam kegembiraan ini, rezeki zuriat datang lagi. Alhamdulillah... Cuma saya risau takut tak boleh manage study, suami dan anak-anak. Apapun.. rezeki tuhan jangan ditolak kan? Apalah sangat sedikit dugaan. Allah nak beri bukan free free aja.. Setiap satu disertai dengan amanah. Ye lah.. kalo da gomen bayokan yuran & dapat elaun sara hidup bulanan, mestilah kene belajar betul-betul. Dah Allah bagi rezeki zuriat, kenela laksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Semua tu amanah..

Lagi satu pasal research projek ni.. ada kemusykilan sket di hati saya... Harapnya Allah sucikan rezeki ini. Amin.

Saya.. suka sangat doa dhuha ni. Setiap kali baca, mesti rase nak nangis. Betapa agung & pemurahnya Dia.

Maksud:

Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
Kecantikannya adalah kecantikanMu,
Keindahan itu keindahanMu,
Kekuatan itu kekuatanMu,
Kekuasaan itu kekuasaanMu dan
Perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah,
Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
Dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah,
Jika haram, sucikanlah dan
Jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Amin.
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting