27 October 2010

Kira pergerakan bayi

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:36:00 AM
Reactions: 
3 comments
Semalam pegi klinik. Kat bahagian berat ditandakan dengan pen merah. Berat naik 2 kg dalam 2 minggu. Memang membesar dengan jayanya. Risau jugek kalo baby besar. Orang cakap, tak elok kalo bayi besar untuk bersalin normal. Takut gak... Camne nak keluar kalo besar? Tapi masa scan, doc cakap.. baby membesar ikut saiz yang sepatutnya. Doc pun ada cakap uri ada ke bawah sket. Akan observe next two weeks lagi. Katanye lagi, rasanya tak ada masalah. Nanti ble baby semakin membesar, dia akan makin tolak uri ke atas (nak kene besar lagi ke? Ni pun da rase besar da sangat perut ni. Hihih.. Tak ape.. asalkan baby sihat. Amin.) Tak ada yang perlu dibimbangkan. Kalo bleeding jek kene cepat-cepat ke klinik. Nauzubillah.

Tu baru intro. Ni baru nak masuk isi. Heheh.. Hari ni da 30 minggu 4 hari. Alhamdulillah :D Suke! Suke! Suke! Arini juga setat kira pergerakan baby dalam kandungan ni. Tak reti pun nak kira. Meh kita refer sini. Mekasih kepada tuan punya blog yang telah post entry ni. Pada pendapat saya, banyak membantu. Skang ni pukul 12.16 tengahari. Setakat ni.. 4 kali baby bergerak. Er.. sikit ke? Ada jugak yg saya tak kira. Sebab rasa macam antara pergerakan tu.. sela masanya singkat. So.. saya tak kira. Nanti karang masa nak abiskan kira kul 9 malam nanti.. baru saya ngelat-ngelat kira pergerakan yang saya tak amik kira tadi untuk cukupkan 10 gerakan. Aci tak? Heheh..

26 October 2010

Hunting for Maternity Wear

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:49:00 PM
Reactions: 
0 comments
Susah betul nak cari baju mengandung maxi yang sopan + cantik + muat ngan perut ni. Jumpe yang cantik, singkat la plak. Biasa average bawah paras lutut sket. Kalo jumpe yang labuh, tak cantik (heh.. choosy jek kan?). Dah la mahal. Nak pakai kejap jek. Nak sambut kelahiran baby nak kene ready duit gak. Tu pasal berkira nak belikan baju untuk diri sendrik. Nak beli jubah, tak muat perut la plak. Dah 5 buah kedai da ni round kat area Kuala Terengganu ni. Last-last.. beli 1 jek. Heheh.. Ok la harga dia. Nak kate cantik.. so.. so.. la. At least labuh + muat perut + rupa agak boleh diterima walopun rase macam nampak bentuk sket kat bahagian belakang. Saya malu. Huhu... harap-harap ok. Skang baru 7 bulan. Tatau la camne rupanya ble da 8-9 bulan nanti. Tatau muat ke tak baju-baju ni.

Dengar kawan cakap kat Kota Bharu lagi banyak choice. Walaupun kampung hubby kat Kuala Krai, tak terpergi plak kami ke sana. Balik kampung weekend, 2 hari jek. Takkan la balik kampung, letak beg.. pastu gi shopping. Tak sedap la plak macam tu kan. Mesti Incik suami nak lepak-lepak ngan family. Kasi can la. Lagipun, saya da tak larat sangat nak bershopping sakan. Cepat penat. Maybe next time.. kene cari baju mengandung time tak mengandung. Tak la penat sangat. Heheh.

Still hunting for maxi maternity wear yang sesuai.

14 October 2010

Tergoda~ bedding set kekabu ni

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:07:00 PM
Reactions: 
0 comments
Slalu jalan-jalan kat blog Nad kat sini dan tergoda dengan bedding set yang diorder as shown here. Ok tak kalo order yang ni? Harga dalam RM150 +/- lebey kurang. Bling-bling sangat ke saya ni kalo beli yang ni? Kalo beli yang biasa nipis.. macam kesian jek kat baby. Huhu.. anak sedara saya.. Adam, ada 2 tilam. Satu yang cute & lembut tapi nipis sket. Lama-lama pakai jadik macam bijik-bijik kat texture tilam tu.. Lagi 1, Adam ada tilam kekabu yang nenek sebelah abang ipar yang tempah. Adam nampak macam lagi suka & selesa golek-golek atas tilam tu. Terbukti dia lagi suka yang kekabu daripada yang comey tp nipis. Tu yang tergoda nak tempah bedding set kekabu ni. Masih berkira-kira. Saya takmo jadi isteri yang boros + bling-bling & pada masa yang sama, taknak jadi ibu yang kedekut pada anak dalam perut ni. Camne ni? Huhu..

# Update on 31/10/2010. Hold dulu. Parents suda hadiahkan bedding set cute kaler pinky 1. Nanti nak fikir untuk bedding set time nak beli baby cot nanti sebab nak matchkan sizenya.

13 October 2010

Farewell Afsal

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:36:00 AM
Reactions: 
3 comments
Zooming the cake!

Acara makan-makan jangan dilupakan.
(Layan-la rupa saya yang tembam-ye ke? :p)

Farewell & Good Luck Sal. Gitu la tajuk acara makan-makan kali ini. Acara ni berlangsung semalam kat Pizza Hut, Giant. Senang parking situ. Heheh. Tahniah pada Sal yang akan mulakan kerjaya baru as a lecturer kat sebuah politeknik di utara semenanjung. Kerja rajin-rajin ye. Chaiyok. Jangan lupakan kami di sini. Friendship forever. Muachs!

Santap Choc Cake

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:55:00 AM
Reactions: 
0 comments
Minum pagi semalam melantak 2 pieces choc cake hasil air tangan Munie. Tq Munie.. Kek ni... ble masuk mulut.. memang amat nyaman sekali. Saya siap ngap 2 biji sambil wat muka kesian cakap.. saya kene makan dua. Satu untuk saya, satu untuk baby. Ngehehe. Sini resepi Munie. Sila la rujuk.

11 October 2010

Baby checklist (Ayahnya kene pastikan semua cukup :p) - revised

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:51:00 PM
Reactions: 
4 comments
Ni adalah hasil shopping pertama Incik suami & saya :D Semalam da shopping sket untuk kedua kalinya. Ada sket jek tambah. Pastu saya bukak plastik dan lipat-lipat masukkan dalam paper bag dan plastik pink ni sampai sendat. Kalo tengok gambar.. macam sket jek barang. Tapi ni da ratus-ratus da. Kitorang da usahakan untuk tidak bling-bling dan beli secara berhemah. Tapi macam ada jek barang yang bakal dibling-bling kan iaitu.. bedding set, breast pump & feeding bottles. Heheh.. kita tunggu dan lihat la nanti.

Before ni saya penah post pasal ni kat sini. Minggu lepas, saya dengan kerjasama suami telah revise kembali senarai barang-barang yang perlu dibeli. Barang-barang ni bukannya full list. Ia hanya sebagai persiapan dari setat masuk hospital hingga semasa pantang 40 hari. InsyaAllah cukuplah barang-barang ni. Maybe akan ada barang-barang yang perlu diulang-beli semasa pantang nanti atas sebab da abis. Ye la.. takkan nak beli stock 6 bulan plak. Heheh. Barang-barang lain yang perlu selepas selesai pantang.. akan dibeli kemudian. Tengok bajet dulu. Beli yang mana perlu dulu. Yang lain... bakal menyusul. Berikut adalah senarainya (ayat skema jawab exam):

Barang Baby Newborn:

# Clothes - DONE :)
Baju - 5 helai
Sarung tangan & kaki - 5 helai
Sapu tangan (optional) - 3 helai
Barut - 8 helai
Lampin (as bedung & multipurpose) - 1 pek, 12 helai
Topi - 2 helai

# Diapering - DONE :)
Newborn diapers - 1 pek
Napkin liner - 1 pek
Changing Mat - 1 keping
Vaselin (as nappy rash cream & lip balm) - 2 bekas, kecil
Tisu kotak
Tisu toilet

# Grooming - DONE :)
Bedak bayi - 1 (travel set)
Baby lotion/oil - 1 (travel set) Keterangan
Nail clipper + gunting - 1 set
Nasal aspirator - 1
Cotton Bud - 1
Minyak telon - 1
Ubat cuci tali pusat - dibekalkan oleh hospital/klinik
Kapas (Kakak kasi. Ada extra anak sedara punya. Untuk cuci tali pusat) - 1 gulung

# Beddings - DONE :)
Selimut ada hood - 2 helai
Bedding set -1
Kelambu (net ala-ala tudung saji tu) - 1

# Bathing - DONE :)
Tuala - 3 helai
Besen - 1
Syampu - 1 (travel set)
Sabun mandi - 1 (travel set)
Gayung (bekas plastik kat rumah jek) - 1
Bath mat - 1

# Feeding
Botol susu kecil + puting saiz S, short (BPA free & anti colic) - 1
Botol susu sederhana + puting saiz S, short (BPA free & anti colic) - 1
Berus/span cuci botol dan puting susu - 1
Termos - 1
Pencuci botol susu - 1 Keterangan
Sterile pil - 1 kotak
Susu Anmum Essential (as back up kalo x cukup BF :p) - 1 tin

# Travel - DONE :)
Bag (Incik suami pilihkan. Blue. I like!)

# Extra - DONE :)
Sepit baju
Penyangkut baju bulat + penyepit - 1
Bakul baju bucuk - 1
Bakul/bekas simpan baju & barang baby (beli laci plastik aje. x masuk habuk) - 1
Detergent pakaian baby - 1
Baby on board sticker - 1

Raya KNSB 2010

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:38:00 PM
Reactions: 
0 comments
Antara gambo-gambo raya opis. Berlangsung di Paradise Deluxe, Pasir Panjang, Terengganu. Da dekat nak abis raya da time ni. Sempat pose ngan hubby + hadiah cabutan bertuah yang dibungkus bersama-sama kawan-kawan. Saya AJK hadiah. Alhamdulillah dapat la sebijik hadiah. Incik suami duk tenung jek no cabutan bertuah dia yang tak bertuah. Kikikik. Jangan sedey ye.. Satu family hangkut 1 da ok la. Kalo nak angkut bawak balik sorang 1.. orang lain plak tak dapat. Hehe.. buley la saya wat ayat cenggitu sebab no saya bertuah. Tu pun mintak tulon Incik suami pegangkan no tu. Curik luck dia sket. Heheh.


Sesi bergambar bersama rakan-rakan. Ni la gambar yang sempat disnap. Maklumla duk sibuk makan jek. Amik gambo pun depan pintu da nak kuo.. da nak balik da. Cheese!


Tq kepada pihak syarikat yang sudi mengadakan majlis hari raya ini.

Entry Tertangguh (jugek) - Raya 2010

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:59:00 AM
Reactions: 
0 comments
Ni adalah gambo raya Aidilfitri tahun ini. Beraya di rumah mertua ni Kuala Krai, Kelate. Balik ke Terengganu pada pagi raya ke 4 so, tak dapat la bergambar raya bersama keluarga sebelah saya. Tak kesah sangat. Tahun depan turn raya kat Ganu plak insyaAllah.. bersama anak yang bakal lahir. :DPic suasana rumah di pagi raya ke 6 kot. Hahaha... baru ada rupa nak sambut raya. Hari-hari sebelum tu rumah tunggang-langgang sebab baru balik dari Kelate + sibuk beraya kat rumah orang lain + penat. Heheh... Kejap jek kemas ni.. Pastu kabut balik. Kuih-kuih raya tu.. tuan rumah gak yang melantak. Rumah kami kosong aje. Masih blum cukup kelengkapan tambahan. Yang asas.. Alhamdulillah cukup. Next time bley sumbat lagi perabot lain.

Entry Tertangguh - IFTAR & Hubby's Birthday 2010

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:06:00 AM
Reactions: 
0 comments
Dah basi. Tapi nak jugek upload gambo ini. Heheh.. Tak sempat nak upload sebelum ni. Banyak gambar.. tatau nak letak yang mane. Jadi la.. tangguh. Heheh..

Yang atas sekali.. gambo time buke pose ngan dak-dak opis. Ni anjuran sendrik-sendrik. Bukan anjuran opis. Ada jugak ex-staff yang join. Majoriti adalah lelaki. Ada 3 orang jek perempuan yang join. Salah seorangnya adalah aku. Hahah. Slumber. Makan nyer pasal. Ngaps!

Then... gambar yang tengah & last.. adalah masa sambut birthday Incik Suami. 11 Ogos bersamaan 1 Ramadhan tahun ni. Tapi sebenarnye.. tak gi celebrate pun pada tarikh tu. Ngelat sket. Ditunda. Heheh.. Tapi still pada bulan puasa. Tak sempat plan sebab hari 1st pose.. kalut sket. Makan berdua di rumah. Heaven jugek :D

07 October 2010

Baby bump @ 25 weeks

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:28:00 AM
Reactions: 
0 comments

Walaopun sebenarnya skang is in 28th week. Heheh.. Ni gambar time beraya dulu. Sempat singgah kat pantai Kemasik, Terengganu lepas gi melawat a.k.a beraya di rumah pengasuh masa time kecik-kecik dulu. Time gambar ni diambil.. baby kat dalam berusia 25 weeks. Dah tak mampu da mencover perut yang semakin membesar bagai juara ni makanya.. tayang jek la. Buat kenangan nanti nak tunjuk kat baby ble dia da besar nanti. InsyaAllah.

05 October 2010

Puding Pn Munie & main masak-masak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:27:00 AM
Reactions: 
9 comments
Pagi ni bekfast ngan puding trifle hasil air tangan Munie. Tq! Wat jadi pencuci mulut. Sedap. Hehehe. Ni la dia rupa pudingnya. Taraa!

Kisah main masak-masak pula.. saya teringin nak makan spaghetti. So.. beli bahan-bahannya semalam. Lupa plak nak beli cedawan butang. Kira boleh la.. Before ni da penah wat same-same ngan emak. Semalam, hasil tangan sendiri secara keseluruhannya. Senang jek nak wat spaphetti ni kan.. tapi... hahaah. Nape jadi manis plak gravy die nih? Sumpah tak letak gula walo sikit pun. Tibai jek la.. Sebab da lapo. Malam ni bley wat lagi sebab bahan-bahan banyak lagi. Kene double kan kuantiti sebab rasenye macam tak cukup jek semalam. Er.. tapi saya sorang jek makan sebab Incik Suami tak minat sangat spaghetti ni. Sempat gak la sumbat satu sudu kat mulut dia. Mana tau lenkali bley join makan sesama. Baru best. Er.. gambo takde sebab macam tak cantik jek. Wahahah!

Er.. banyaknye perkataan SEBAB. he...

03 October 2010

Macam-macam cerita

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:29:00 AM
Reactions: 
0 comments
Ada macam-macam cerita dalam kepala yang nak dicurah kat sini.
Melambak-lambak gambar nak tepek di sini.
Tapi.. hold dulu.
Kene wat keje dulu.
Kene marah kang nanti plak.. susah.
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting