24 April 2009

Go KRIM Network! Full of cream. Delicious!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 1:40:00 PM 2 comments
Wakil daripada:
  1. Mozilla
  2. Google
  3. Microsoft
  4. Linux
  5. Red Hat
  6. Sun Microsystems
  7. Extol
  8. Ubuntu-my
  9. Krimmet <- suppose to be KRIM Network
  10. Hack In The Box
  11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Spelling error. Hihi... nama company 'unique' sangat. Normal ble orang cakap.. company aiskrim @ make up @ roti. Hihi.. The fact is we are a small company with big passion to bring IT forward. IT? Information technologies + you + us + ur business + our business. ;)

Hoho.. Tetiba nama KRIM Network yang enak disukai ramai ni listed among those giants. Alhamdullillah. Good luck for those involve. Chaiyook!

Source:
  1. Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka
  2. All Govt Agencies to Implement Open Source Software
  3. Government turns Open Source on IT solutions

03 April 2009

Persoalan Solat Jama' & Qasar

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:50:00 PM 0 comments
Skang ni selalu travel every week dari Ganu ke KL. Agak konfius jugek dengan kemudahan solat jama' & qasar yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t bagi kita yang bermusafir. Oleh itu, saya telah mencari beberapa rujukan untuk tatapan kawan-kawan yang lain dan untuk panduan diri saya sendiri:

Takrifan Solat Jamak dan Qasar


Makna Jamak ialah dihimpunkan.
Solat Jama’ terbahagi kepada 2:
Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
Jamak Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Syarat solat jamak taqdim:
  1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
  2. Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratu ihram.
  3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
  4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
  5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
Syarat solat jamak ta'khir:
  1. Hendaklah berniat jamak dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
  2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Makna Qasar ialah dipendekkan.
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Jarak yang dibenarkan qasar:
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat solat qasar:
  1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
  2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripadadua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
  3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
  4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
  5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:
"Sahaja aku musafir kerana Allah Taala". Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Menjamakkan zuhur dengan asar atau sebaliknya dengan setiapnya menjadi 2 rakaat iaitu zuhur 2 rakaat dan asar 2 rakaat dengan dua salam:

Jamak takdim dan diqasarkan:
  1. Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu dinamakan jamak takdim.
  2. Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu diikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
  3. Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
  4. Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Jamak takhir dan diqasarkan:
  1. Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
  2. Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar".
  3. Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
  4. Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
  5. Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:

Jamak takdim dan diqasarkan:
  1. Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
  2. Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
  3. Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Jamak takhir dan diqasarkan:
  1. Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
  2. Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak".
  3. Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
  4. Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Sumber:
http://www.familiazam.com/jamak_dan_qasar.htm
http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php

to be cont.

01 April 2009

Google Apps Email Setting Themes is here!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:16:00 AM 0 comments
And it is here now. Enjoy it!
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting