23 March 2016

Projek Kebun Mini

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:16:00 PM
Reactions: 
0 comments
Alhamdulillah. Kami sudah sebulan lebih selamat mendiami kediaman baru. Kami sekeluarga totally moved in pada 31/1/2016. Belum rasa nak cerita pasal rumah baru. Hi.. sebab excited nak cerita pasal projek menanam.

Hari ini start buat projek berkebun mini di laman sekangkang kera ini. Pokok pertama yang ditanam ialah pokok serai. Beli 3 batang serai semalam. Pagi tadi gali tanah dan tanam. Tak tahulah boleh hidup atau tak sebab tak bajakan pun. Hi.. cuma siram air jek. Tanah pun.. pakai tanah merah sedia ada yang pemaju tambunkan tanah tu. Kikikik. Tak apa kita cuba dulu. Kalau tak berjaya boleh buat percubaan kedua pakai tanah beli. 

Pastu.. nak cuba hidupkan biji cili api dan cili merah. Buat secara hidroponik aje dulu untuk bagi bertunas. Kalau tak jadi, nanti cuba buat cara lain plak. Haha.. semua kaedah cuba jaya aje. Tak salah mencubakan. Hi...

Ni gambar-gambar pagi tadi. Semoga suburlah pokok tanaman ku semua.

Nampak tak pokok serai tu? Hi.. abaikan sepah-sepah sekeliling tu.

Ni cili merah.

Ni cili api. Abaikan sepah kat tepi. Hi..

Sekian.

10 September 2014

Tupperware Turbo Chopper - baby's food preparation helper

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:23:00 PM
Reactions: 
0 comments
Saya ada dapat comments yang bertanyakan pasal kat mana nak dapat Philip Avent combined steamer and blender. Sadly, dengar kata susah nak dapat yang murah dan tak ada stock. Well, ada ini satu lagi alternatif sebagai helper to mothers untuk sediakan babies food. Tadaaa! Tupperware turbo chopper. Selain digunakan untuk menggantikan fungsi lesung, boleh juga membantu untuk buat babies food kan. Cuma tak boleh mengukus sahaja. Kalau nak buat bubur, blendkan aje nasi + air dan reheat balik. Siap! Harganya sekarang dalam RM 130++ kalau tak silap. Kalau ahli tupperware, mesti la ada diskon lagi kan.

Saya suka product ni sebab handy, tak guna elektrik. Mudahlah kalau travel kan. Saya belum beli lagi tapi dalam kepala macam nak beli. Macam tak nak beli. Maklumlah housewife ni mane nak korek fulus.
Bagi yang tak dapat Philips Avent steamer and blender ni, boleh la cuba alternatif ini plak.

03 March 2014

Philips Avent combined steamer and blender

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 1:05:00 PM
Reactions: 
7 comments
Nasuha da 10 bulan baru nak beli ni. Da survey dulu tapi mahal rase macam boleh jek kalo tak ada mende ni. Lastly, decide nak beli. Esok lusa sampai la kot. Beli online yang pre loved punyer. RM 250 includes postage. Normal price dalam RM 500+ taw. Bebaru ni tengok kat Manjaku Kuantan RM 459. Pengsan la. Ada online seller jual new punyer RM 367 tapi stock sampai bulan 5 da... Most online seller temporarily stock abis. Laku eh? So that's one of the other reason beli yang ni.



Nape baru beli? Sebab kalo Nasuha makan selain dari bubur nasi plain.. dia akan sembelit even da lenyek-lenyek makanan especially carrot. Aqeel pun gitu dulu. Tapi dulu saya rajin la gak blend pakai regular blender. Tapi ble nak kene kejar 2 orang anak ni, serius saya malas nak blend pakai blender biasa sebab kalo blender biasa tak boleh bleh small quality. Saya memang buat fresh food aja kat Nasuha. Kata housewife kan... kalo nak frozen... tak pernah lagi. Up to you yang mana selesa but saya prefer yang fresh. Maybe kalo saya away berkursus ke.. etc .. baru buat frozen incase. So.. this avent steamer and blender is very suitable for me. Rasenye kalo jaga elok bley guna untuk anak-anak next.. InsyaAllah kalo ada rezeki. Pastu ada rasa nak buat homemade whipped potato, bley Aqeel makan. Rajin tak? Hihi.

Ada juga Little Bean steamer and blender but nampak macam besar sket jek. Tengok kat Manjaku Kuantan RM 199. Ada orang cakap tempat lain RM 200, RM 300. Pengsan lagi. Baby Bullet pun comey tapi katenye takde function steam. I dont know sebab tak study. Riki-riki harganya dalam RM 100+ tapi saya tak prefer yang ni sebab banyak accessories.. bekas untuk simpan makanan dalam fridge la. Memang comel cuma saya lebih sukakan sesuatu yang lebih compact sekali ada function steam and blend. Bekas-bekas comel tu takde tempat nak simpan kat umah since dapur cuma ada 1 almari kecik comel jek.

Selain tu.. ada yang pilih mini blender.. compact boleh bawak travel but still xde function steam. Ada dua brand yang selalu disebut; Philips Avent mini blender (RM 200+ - ada food storage cups) dan Philips mini blender (RM 100+).  Tak kurang juga yang beli handblender.

Ok.. inilah hasil research yang tak seberapa pasal mende alah ni. Sekian.


23 January 2014

Terdelete la plak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 7:23:00 PM
Reactions: 
0 comments
Kerana kesilapan teknikal, sumer piccas dalam blog no terdelete. Takpelah. Pasti ada kebaikan di sebaliknya.

Layan picca buku research guidelah. Promote sket. Beli kat MPWS. Sesiapa yang nak further study in research, suggested borong banyak-banyak ye.


14 January 2014

Ya Hanana - Halaqah Sentuhan Qalbu

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:49:00 AM
Reactions: 
0 comments
Salam Maulidur Rasul

08 January 2014

Yang diidamkan. Research guides

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:49:00 AM
Reactions: 
0 comments

Dah sampai. Dah ada 3 books. 1 tak ada dalam gambo. Tambah lagi 5 books. Memborong sebab 4 buku ada sale. Nanti nak order 1 more tu pon tengah promo. So total gonna be 9 books. Tu baru hardcopy.  Softcopies melambak dalam notebook.

Patut beli before register study lagi. Tu la tak ada ilmu. Hihi. So main point is, a lot must be studied before start any research study. Ark!! Dah pandai, jangan plak ko kedekut ilmu nak share. Jangan kedekut nak beli gak sebab murah jek books ni. Kalo sape nak pinjam buku ni untuk photostate memang saya tak kasi la :p Ada ciri kedekut ke kat situ? Hoho. Just respect the authors hardwork.

Saya beli dari MPWS. Google eh. ;)

05 January 2014

Every cloud has a silver lining

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 8:23:00 AM
Reactions: 
6 comments
Dulu haku kemain solat hajat, solat tahajud, macam-macam solat sunat la aku buat. Doa panjang berjela. Mintak pada Allah supaya aku dapat fellowship (monthly allowance dari uni + bound keje) tapi aku gagal kat last stage interview. Ntah nape aku x dapat focus masa interview tu.

Aku nangis gile. Siang malam aku mengeluh nape Allah tak makbul doa aku. Padahal aku memang nak sesangat la fellowship tu. Siap aku bercakap sorang-sorang.. sambil nangis.. sambil makan.. sambil mandi.. sambil cuci pinggan... Da macam orang sasau da.

Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. Setelah macam-macam usaha aku buat.. yang tak dapat aku include kat sini... akhirnya aku dapat bantuan bayar yuran belajar dari skim MyBrain15 dan bantuan elaun sara hidup bulanan dari granted project,sama banyak ngan gaji last keje aku sebelum lahirkan Aqeel.

Aku tanak cakap pasal politik. Aku cuma nak bersyukur pada Allah. Sebab semuanya dari Allah. Dengan keadaan ini, aku dibenarkan stay at home untuk buat research oleh supervisor aku. So, aku bley babysit anak-anak while buat research. Caution! Bukan semua bidang research boleh buat kat rumah. Ada yang kene stay kat lab, kat bengkel... Aku cume perlu internet connection saje sebab aku research pasal social network. Maybe kalo aku bounded ngan uni, attendence aku kat postgraduate lab kene monitor so aku kene gi lab same macam working hours loh dan Mesti aku tak dapat jaga anak-anak aku sendiri. Aqeel dulu, 6 bulan duk taska, tersiksa aku nengok. Owh.. Sebab aku buat freelance programming work tp kene work macam orang keje gak. Aqeel selalu sakit. Aku plak slalu kene amik cuti. Nasib bos aku baik. Lastly Aqeel sakit sampai tak boleh bangun dah and doc suggest aku berenti keje dan jaga sendrik Aqeel or anto umah babysitter. Alhamdulillah, Aqeel happy.lat situ. Tapi 6 bulan jek ok. Nanti kalo aku rajin or rase nak cite.. aku story. Tengok mood le. Hihi.

Alhamdulillah. Kesimpulan aku. Jangan berenti berusaha. Allah mungkin tak kasi sesuatu yang kita nak sebab yang kita nak tu tak sesuai dengan kita.

Terima kasih ya Allah.

05 November 2013

Jalan-jalan Weekend dan Intai Progress Rumah

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 6:26:00 PM
Reactions: 
0 comments

Bercuti 4 hari sempena Deepavali, Pahang goes to Watson's Cup Finale dan Awal Muharam + weekend. Ingat nak gi KL tapi boleh plak saya malas sebab, tak sempat nak recover duit berhari raya Aidilfitri dan Aidiladha yang lalu. Huhu.. pastu berehat di rumah saje sambil mengemas rumah yang tak berkesudahan.

Last day cuti hari ke 4, keluar gi beli baju anak-anak sket kat Megamall. Sebelum tu, singgah sat tengok progress tapak rumah. Jumaat lepas baru Incik Suami sign S&P. Progress semasa, baru clearkan pokok-pokok. Tanah baru tambun sket. Blum ratakan elok-elok. Maybe ada phase tambun tanah yang seterusnya kot. Lupe plak nak snap gambar. Sebab mase tu tengah hujan. Tengok dari dalam kete jek. Saje pegi tengok tapak time hujan sebab nak tengok condition banjir ke tak.

Pastu menuju ke Kuantan Megamall. Trus ke department baju anak-anak. Bergaduh dulu ngan Aqeel pilihkan mane kasut untuk die. Design yang Aqeel nak takde size. Mengamuk sakan die. Last-last trick die ngan sandal Thomas and Friends. Pastu sambung shopping sambil berkejaran dengan ngan Aqeel. Hik hik. Sabo jek la sebab Incik Suami yang banyak berkejaran. Adik Nasuha tengok jek la ayah dan abang dia berkejaran. Pasrah die sebab tak boleh join skali. Hi hi.

Motif tulis bloh arini ialah sebab mengenangkan progress Aqeel yang semakin aktif dan excited nak tengok rumah siap.

K. Da.. ♥♡♥

26 September 2013

Petua Nak Dapat Anak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:09:00 AM
Reactions: 
0 comments
Sekilas pandang nampak tajuk ni dari blog small girl with a big heart yang saya folo. Saya tempek kat sini ye. Serius ni memang kopi pes takde edit langsung. Tara!!

Bismillah...

Petua dari pakarhowto.com dan selamat mencuba kepada mereka yang ingin mendapatkan anak. Semoga lahirlah seorang HAMBA ALLAH yg soleh / solehah.

PETUA CEPAT DAPAT ANAK



Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.

Begini petuanya :
  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.
Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.
Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.
Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.
Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.
Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.
Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas
iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan
nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.
Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
Elakkan:
  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).



yatt berkongsi post ini dari blog Ana Ahmad


C.A.N.C.E.L. Booked Rumah Lain La Plak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:59:00 AM
Reactions: 
0 comments
Ha! Kan da cancel. Actually before booking rumah memang da cari tapi tak ada banyak choice. Tapi few days after that, ada pemaju call cakap ada another rumah available with lower price but jauh sket la... dan traffic kat situ tak brapa nak smooth.. tapi saya dan suami pilih this another rumah sebab ada laman sekangkang kera untuk anak-anak main. The prior booked house tu in progress. Kitorang pegi tengok. Tapi nampak macam kecik. So... Cancel. Nanti ar cite perbandingan rumah 2 bijik ni. K.Tada...
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting