10 September 2014

Tupperware Turbo Chopper - baby's food preparation helper

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:23:00 PM
Reactions: 
Saya ada dapat comments yang bertanyakan pasal kat mana nak dapat Philip Avent combined steamer and blender. Sadly, dengar kata susah nak dapat yang murah dan tak ada stock. Well, ada ini satu lagi alternatif sebagai helper to mothers untuk sediakan babies food. Tadaaa! Tupperware turbo chopper. Selain digunakan untuk menggantikan fungsi lesung, boleh juga membantu untuk buat babies food kan. Cuma tak boleh mengukus sahaja. Kalau nak buat bubur, blendkan aje nasi + air dan reheat balik. Siap! Harganya sekarang dalam RM 130++ kalau tak silap. Kalau ahli tupperware, mesti la ada diskon lagi kan.

Saya suka product ni sebab handy, tak guna elektrik. Mudahlah kalau travel kan. Saya belum beli lagi tapi dalam kepala macam nak beli. Macam tak nak beli. Maklumlah housewife ni mane nak korek fulus.
Bagi yang tak dapat Philips Avent steamer and blender ni, boleh la cuba alternatif ini plak.

0 comments:

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting