19 January 2009

Aku, Kamu dan Kita.

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:36:00 AM
Reactions: 
0 comments
Saat ini, server yang weng tengah down. Hilang segala semangat dan kekuatan aku nak wat keje. Pasrah saje la... Di kesempatan ini, aku mengambil ruang untuk membicarakan soal Aku dan Kamu. Aku adalah aku. Kamu adalah sesiapa jua yang mungkin. Aku boleh menjadi Kamu dan Kamu mungkin juga Aku. Kita sudah semestinya Aku dan Kamu. Hence, aku mungkin menghadapi situasi seperti Kamu dan Kamu juga mungkin mengalami situasi seperti Aku atau... mungkin tidak.

Hakikatnya Kta semua sama. Manusia yang lemah disisinya. Tetap cukup kuat dijadikan-Nya untuk menempuh hidup ini kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian. Aku suka melihat sesuatu perkara secara pros & cons. So apabila terjadi sesuatu perkara, aku suka mempertimbangkan dari segenap sudut dan segi. Namun aku pasti, penilaian yang aku buat tidak akan 100% betul kerana Dia maha mengetahui. Lagipun, siapalah aku untuk menilai seseorang. Aku manusia, Kamu jua manusia... Kita manusia.

Aku tidak menyalahkan hakikat Kita sebagai manusia apabila sesuatu perkara terjadi. Malah bersyukur dengan anugerah ini. Cuma aku harap kamu faham bahawa Aku dan Kamu adalah manusia dan Kita menghadapi pelbagai situasi, menanganinya di samping membuat penilaian dan pertimbangan Kita dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Apabila sesuatu perkara yang tidak disenangi antara Kita berlaku, Aku memandang diri Aku, Aku juga memandang kamu. Sampai sakit kepala Aku memikirkan kenapa Kamu berbuat begitu. Atau, mungkin Aku yang silap. Mungkinkah Aku totally silap? Kamu totally betul? Tapi kalau Aku totally silap adakah bermakna Kamu tidak membuat walau secebis kesilapan? Bila Aku menilai, ada sifat baik Kamu. Jadi Aku lupakan segala dengan mengambil sikap mungkin Kamu tidak bermaksud sedemikan atau.. Aku merasakan Kamu sebagai insan biasa tidak lepas dari kesalahan. Mungkin Aku juga salah hingga menyebabkan Kamu bersikap sedemikian. Mungkin juga kamu yang salah hingga menyebabkan aku melukai kamu. Segalanya mungkin. Siapa mulakan? Bagi Aku tak penting. Sesiapa yang memulakan mungkin tidak sengaja atau sengaja. Tapi kita seharusnya membaiki keadaan. Bukan mengeruhkan lagi keadaan.

Erm... berfikir dan berbicara memang mudah. Melaksanakan bukan seenteng yang dijangka. Kerana Kita tidak lepas dari penilaian sesama Kita. Lain yang dimaksudkan, lain yang dinilai. Siapakah kita untuk menilai? Terdapat suatu kisah;

Nabi Nuh dan Anjing

Diriwayatkan nama asal Nabi Nuh a.s. bukanlah tapi suatu nama lain yang tidak banyak dinyatakan meskipun Allah s.w.w menyebut 'Nuh' dalam Al-Quran.

Dalam bahasa Arab, makna 'Nuh' bermaksud raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa nabi Allah itu dipanggil Nuh? Ia mempunyai kisah ringkas yang boleh menjadi contoh kepada Kita.

Cerita ini bermulam apabila pada suatu hari seekor anjing yang sangat ganjil melintasi baginda. Rupa anjing berkenaan tidak seperti anjing biasa. Ia bermata 4 dan sudah tentu menarik perhatian ramai termasuk Nabi Nuh sendiri. Nabi Nuh a.s. pun meminta anjing berkenaan berhenti di hadapannya. (Adalah tidak mustahil bagi seorang nabi dengan mukjizat yang dianugerahkan kepadanye untuk berbicara dengan haiwan.)

Nabi Nuh: "wahai anjing, aku lihat wajah mu begini hodoh dan mata mu tidak seperti anjing lain. Mengapa jadi begini?"

Anjing: "wahai nabi Allah, kau tanyalah pada yang menjadikan aku. Adakah kamu fikir aku ingin berwajah seperti ini? Tanyalah pada Tuhan yang menjadikan aku dan juga yamg menjadikan kamu."

Nabi Nuh a.s. pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing tersebut. Baginda menangis tanpa henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik ciptaan Tuhan. Baginda meraung dan meraung lagi beberapa ketika kerana menyedari dosanya itu sambil memohon keampunan Allah s.w.t.

Sejak itu, baginda dipanggil 'Nuh' dan kekallah namanya sebagai Nabi Nuh sebagaimana diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allh s.w.t.


Moral yang diperkatakan dari kisah ini adalah, apa juga yang baik atau buruk adalah dari Allah yang Maha Esa, hakikatnya dari kelemahan diri Kita sendiri. Kita juga selalu mengkritik kelemahan orang tanpa menyedari kita sedang mempertikaikan kejadian Allah s.w.t. Kagum dengan sifat seorang nabi yang hampir di sisi Allah menangis tanpa henti menyesali sikapnya. Sungguh Aku rasakan slalu mengkritik tanpa memandang kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Adakah Kita terlalu mulia dan ego untuk mengakui kelemahan diri sendiri tetapi sering menuding jari menunjuk kelemahan orang lain?

Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: ” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah:” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”

(Riwayat Muslim)


Aku silap.. Kamu silap.. Aku betul.. Kamu betul.. Kita silap dan betul. Bagi Aku, apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak disenangi terjadi antara 2 orang.. Kita masing-masing ada silap dan betul. Malah dalam proses memperbetulkan keadaan kita juga mungkin akan melakukan kesilapan. Tapi Kita dalam proses melakukan perkara yang betul. Yang penting kita perlu menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain. Semoga Allah mempermudahkan jalan.

Bagi Aku, jika menemui buntu, jalan lain ialah berdiam diri dengan harapan api menjadi bara dan bara menjadi sejuk tinggal abu. Abu tak mungkin ditukar menjadi kayu yang asal. Sekurang-kurangnya Kita berusaha.

14 January 2009

I've Been Tagged by Munie

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:25:00 AM
Reactions: 
10 comments
Saya telah di tag oleh Puan Munirah kite. ;)

Rules:
1.Link to the person that tagged you.
2.Post the rules in your blog.
3.Share 6 important things/habits/quirks about yourself.
4.Tag 6 random people at the end of your post by linking to their blogs.
5.Let each person know they have been tagged by leaving a comment on their website.
6.Reply to me when you’re finish.

6 things of me:
1.Suke eskem mint introduced by Miss Ina (Kaydotte).
2.Missing ol fwen so much.
3.Suka wat programming & minat mengajar - bukan pandai. Ehehe....
4.Minat masak lately.
5.Suke makan tapi perut macam kecik jek lately. Tak muat nak ngap bebanyak.
6.Suke tido n bangun lambat. Tapi kalo da bangun, tak kan tido balik da a.k.a tak suke tido siang.

6 fwens yang kene tang by me:
1.Kak syud
2.Salbiah
3.Iza
4.Aina
5.Aleen
6.Hihi.. tak cukup orang

Neh nape sumer 6? Nak 7. Saya suke no. 7.

P/S: kalo x cukup orang, tag balik saya.. marilah kita saling menge'tag'. Hoohooo...

04 January 2009

Hari Annisa' KRIM 2008

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:31:00 AM
Reactions: 
5 comments
Tajuk : Hari Annisa Kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM) 2008
Tarikh : 3 Januari 2009 (termasuk ke tahun 2009 di atas sebab-sebab kekangan yang pelbagai)
Acara: Pertandingan Masakan & Pertandingan Gubahan

Pemenang no 1
Dari kiri: Alang, Kak Cdah, Kak Umi
Caner nak hias ni?

Pemenang no 2
Dari kiri: Fida, Kak Ti, Julia
Sronotnye die dapat masak. Hihi..

Pemenang no 3
Kitorang la :D
Dari kiri: Aku, Muni, Sal
Kumpulan Pink. Yeah!

Peserta dari UDM
Rajin adik rajin

Peserta dari KRIM Network
Jiran sebelah
Dari kiri: Kak Salina, Ida, Kak Zura
Tak nampak lak gambo Kak Na. P ganti kat bawah ei...

Peserta dari KRIM Network
Jiran seberang
Dari kiri: Angah, Kak Ma, Che Ku
Aa.. Da siap!

Another peserta dari UDM
Jangan tatau.. hebat gak ni

~~~

Pemenang no 1
Jeng...!

Pemenang no 2
X manis sangat. X pahit. Sedang-sedang. Puding caremel besh
Da curik resepi dari Fida
Thanx :)

Pemenang no 3
Cocktail lum letak lagi

~~~

Ni gubahan snek fav aku. Digubah oleh student UDM.


Ni sireh junjung fav. Sape eh gubah? Hihi..

Yang paling haru ialah aku, Sal n Muni memang jarang masak. Daripada 8 kumpulan, kitorang dapat no 3. Hohoho. Time kasih kepada para pengadil yang memberikan kemenangan kepada kami yang baru setahun jagung dalam arena masak-memasak ni. Menu kitorang ialah Ayam Masak Halia & Puding Jagung ber-cocktail. Puding jagung adalah hasil air tangan Puan Munirah dengan kerjasama Cik Afsal. Aku sponsor bekas aje. Hihi...

More pics will be uploaded. Ni rase nak bukak acct Fotopage ni. Ooo.. xmo xmo. Lezi tu menej alot alot. :p

Slamat Tahun Baru untuk Semua!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:15:00 AM
Reactions: 
0 comments
4 Jan 2009. Lambat da ni wish tahun baru. Hihi2.. 1 hb hari tu memang tak sempat nak berblog sebab aku sibok ke hulu ke hilir nak setelkan perihal hadiah untuk Hari Annisa' Kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM) merangkap acara kaum hawa opis.

Apa yang da berlaku tahun 2008? Banyak hal. Tapi tak full of hapiness. Ye la kan.. Hari tak selalu cerah.. Eh.... sape cakap tak best? Ada la.. Berkenalan dengan si dia. Sape tu? Hihihi.. Jeng jeng.. :p (sape yang tau.. memang tau ar. sape yang tatau.. kene tunggu).

Pasal keje.. tak banyak improvement aku. Ni kene wat sumthing neh. Rase takut gak nak buka langkah besar dalam hidup. Rase nak sambung blaja balik. Mampu ke aku ni nak blaja lagi. Rasa da tua. Hihi.. takut tak masuk lak ilmu dalam kepala ni. Ngeri-ngeri. Bley ke.. bley ke...? Nanti aku survey lagik perbelanjaan nak sambung study ni. Maybe akan sambung study sambil berkeje. Ha.. tu satu isu lagi. Larat ke aku wat 2 perkara dalam 1 masa? Fulus lagi mana nak korek. InsyaAllah aku akan laksanakan misi ni. Coz ape eh nak amik? Aku akan pick jek sesuka hati aku nanti. Ehehe.. Kalo tak IT, maybe ape-ape yang berkaitan accounting.

Pasal life.. bagi aku.. life = keje = life. Hihi.. Cume.. rindu tul kat kawan-kawan masa kat U. Rindu la kat koraaaaaaanng! Huhuhu~

Harap tahun 2009 ni banyak perkara extraordinary akan berlaku. Tak mo la stereotaip aje. Fighting!

I've Been Tagged

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:05:00 AM
Reactions: 
0 comments
Tagged by Kak Syud. My beloved mum pic masa attend wed sedara kat Kuantan. Tengah tunggu sumer bersiap.
Selamat Tahun Baru untuk semua!
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting