20 November 2011

Set berpantang. Perlu atau tidak?

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 7:17:00 PM 0 comments
Salam kawan-kawan. Lama da tak menaip. Saat bukak tenet, saya lebih terarah untuk blogwalk. Bley cari ilmu keibu-bapaan untuk panduan suami & saya yang masih mentah dalam bidang ini. Alhamdulillah Muhammad Aqeel sudah menjangkau 10 bulan bersama kami. Banyak saat manis & pahit getir juga yang kami alami. Ceritanya, bukan kali ni. Atas sebab-sebab tertentu.. lain kali... Heheh...

Aa.. as stated title (eceh macam surat rasmi plak), perlu ke tak set berpantang ni? 1st skali nak cakap, sayangilah diri anda. Saya silap sebab tidak mengambil berat perkara ini saat saya lepas melahirkan anak. Rupanya menjadi seorang ibu bermakna kita tak boleh sakit. Kalo rasa macam nak sakit tu kene cepat-cepat makan ubat. Tapi kalo amik ubat selalu pun tak bagus gak so, saya selalu set in mind, "aku tak boleh sakit!". Kenapa? Sebab saya seorang ibu dan isteri. Macammana nak breastfeed kalo badan tak sehat? Kalo sakit berjangkit ngan bayi.. kan dah x sesuaiii gitu. Nauzubillah. 

Ye kawan-kawan, sila survey set bersalin yang sesuai ye... Especially jika anda breastfeeding. Pastikan ubatan yang anda ambil tidak panas sehingga boley menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi tersayang. Anda boleh rujuk bidanbersalin.blogspot.com untuk pelbagai pilihan set bersalin. Anda juga boleh mengambil suplemen sebagai makanan tambahan contohnya shaklee. Jangan lupa minum pati ikan haruan/pil ikan haruan. Pilihlah yang mana terbaik untuk anda & bayi.

Saya senaraikan apa yang saya rasa perlu untuk perawataan ibu selepas bersalin semasa dalam pantang:

  1. Ubat makan/pati atau pil ikan haruan/suplemen makanan tambahan untuk menguatkan, menyegarkan, memulihkan dalaman ibu (pastikan tidak memudaratkan bayi).
  2. Suplemen menambah susu ibu (optional).
  3. Persediaan mandian ibu. Contoh: Mandian herba keluaran TYT, Orang Kampung atau sediaan dedaun/herba secara manual yang anda boleh cari sendiri di kampung atau boley pergi cari kat pasar tanya ada tak daun untuk mandi lepas bersalin.
  4. Pilis.
  5. Tungku tradisional/moden.
  6. Bengkung.
  7. Minyak panas contohnya Minyak Herbanika Nona Roguy.
  8. Stokin.

Er.. ada tertinggal ke? Urm.. Minyak panas tu pastikan tidak mengenai bayi semasa menyentuh atau breastfeed bayi. Basuh tangan dengan bersih selepas melulur minyak. Mandilah dengan air suam untuk menyegarkan badan anda. Ubat makan/suplemen tu, mulakan dengan dos yang paling maksima contohnya kalo arahan 3 biji sehari, mulakanlah dengan 1 biji untuk 3-4 hari pertama untuk memastikan ianya bersesuaian dengan anda dan bayi. Tambah dos secara beransur-ansur sehingga sebagaimana yang ditetapkan jika ia bersesuaian. Jika ia membawa mudarat kepada anda atau bayi, jangan ragu untuk berhenti walaupun ubat/suplemen yang anda beli mahal harganya. Yang mana anda lebih sayang? Duit atau anak? 

Yang pasti, lakukanlah survey awal dengan mendalam terlebih dahulu untuk pastikan ianya selamat untuk anda & bayi.

Sekian dari saya yang serba kurang dari segi ilmu. Semoga dapat membantu. Wallahualam.

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting