09 February 2011

Growth Spurt - Dugaan besar for a 1st time mother

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:53:00 AM
Reactions: 
2 comments
Refer sini - -->
Growth spurts
Breastfeeding During a Baby's Growth Spurt

Da pukul 12.58 am. Dari tadi mata ngantuk. Tapi tak dapat lelap. Nanti kul 2 atau 3.. Aqeel bangun nak susu plak. Adeh. Mata wat hal. Kul 9 tadi lagi da aku berusaha nak tido. Di kesempatan yang tak berapa nak sempat ni.. aku rindu nak tulis blog.. curi masa la sket memandangkan tak dapat lelap.

Kisahnya pasal growth spurt ni la. Er.. rasenye Aqeel kene benda alah ni la. Tapi.. memang Aqeel kuat minum susu pun. Heheh... Simptom ni.. cuma kene kat breastfed babies jek. Kalo tak silap pembacaan aku la kan. Aqeel skang da campur FM + BF. Heheh... tak terkejar aku. Pernah satu masa, 5 jam direct Aqeel BF. Nak pengsan sangat aku rasa. Rasa sangat helpless. Tambahan plak ngan Aqeel kerap membuang tak kira masa. Da minum banyak secara BF, cepat hadam.. maka cepat la kuo hasilnya. Yang tu tahan lagi. Part yang tak tahan, abis melecet kulit Aqeel sebab selalu ada hasil pembuangan kat diapers. Da tuka cepat-cepat sebab selalu cek dari masa ke masa tapi, still melecet. Akhirnya aku beli Drapolene + beri Aqeel FM pada sebelah malam dan BF pada siang hari. Maka, berkuranganlah kadar pembuangan bahan pejal Aqeel daripada beberapa kali 1 hari menjadi sekali setiap 2 hari atau... sekali setiap 1 hari. Maka dengan 2 langkah itu.. dan dengan izin Allah.. kulit Aqeel da tak melecet lagi. Alhamdulillah..

Cakap pasal grow spurt ni.. memang aku susah ati sebab tatau kenapa Aqeel minum kerap kali dan ambil masa yang lama pada sesi BF. Adakalanya.. Aqeel BF pada sela masa 40 minit - 1 jam dan ambil masa 20-40 minit per session. Kadang-kadang, ambil masa 1-3 jam per session. Pengsan betul. Tanya nurse, nurse bagi jawapan.. 'biasala.. baby.. memang camtu.' Jawapan yang aku tak bley terima. Camtu jek ke?

Pastu.. aku ada terbaca pasal grow spurt kat blog sorang kawan maya ni.. Deena. Thanx :D Pada mulanya saya tak amik port pun masa baca... ble da terkena batang hidung sendrik, barulah tercari-cari :p Maka.. saya pun cari la pasal mende alah ni.. dan baca punya baca. YA! Tepat sekali. Inilah simptom-simptom yang Aqeel alami. Ble da baca.. baru la paham.. Dan rasa lega bila tau perkara ni adalah normal. Thanks Dear God. Akhirnya ku temu jua jawapannya.

Apapun, BF memang menduga keimanan dan kesabaran. Alhamdulillah aku masih lagi mampu BF walaupun tak sepenuhnya dan aku mendapat sokongan ibu dan suami tercinta. Walopun kami tak berapa paham sangat cara-cara yang betul tapi.. ilmu kene cari lagi la kan..

Gambate!
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting