30 April 2011

2 weeks @ in laws?

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 1:27:00 AM
Reactions: 
0 comments
Skeptical? Tentulah. Lebih-lebih lagi tanpa suami di sisi. Ada gak yang tanya saya. Ok ke? Bole ke? Jujurnya, saya pun skeptical pada awalnya. Sesungguhnya kalo Encik Suami nak tau.. biey & Aqeel dilayan dengan sangat baik. Terima kasih untuk mertua dan adik-adik ipar yang best.

Macam macam pengalaman la saya dapat masa duk kat kampung selama 2 minggu. Kebetulan plak, adik ipar saya yang perempuan dirisik pada minggu pertama saya duk sana dan bertunang pada minggu next-nya. Sempat la saya tolong serba sedikit dalam persiapan majlis pertunangan tu.

Berdua dengan mu.

Baca doa selamat.

Malam sebelumnya plak, diadakan selawat untuk Aqeel :D Sebenarya sejurus sebelum majlis, Aqeel nangis kuat ngat. Tatau nape. Panas kot. Nak kate lapar, saya da kasi susu. So, saya cuba kasi susu sekali lagi sambil duk depan kipas. Pastu, ayah mertua pun trus amik Aqeel untuk diselawatkan. Yang magicnya, Aqeel trus diam. Maybe sebab konpius tengok orang ramai-ramai berselawat sambil sapu kepala dia. Kikikik. Muka blur jek. Selain tu, saya dapat kawan baru iaitu isteri kepada kawan Encik Suami. Layan la piccas ni:

Uit! Nampak pusat.

Baca doa selepas selawat. Yang kanan tu, Nije.. adik ipar gue.
Yang kiri, Encik Suami tercinta.

Apa yang saya dapat sepanjang 2 minggu duk kat rumah mertua? Hubungan ngan adik-adik ipar bertambah rapat. Yang paling surprising ialah adik ipar perempuan saya siap peluk saya time salam sebab saya da nak balik. Tu 1st time tu. Before ni kami tak rapat mana pun even dia pernah stay kat rumah kami suami isteri semasa saya pregnant aritu. Masa tu memang tak ada masa sangat pun nak berkenalan sebab dia abis keje kul 10 malam. Time tu kadang-kadang saya da tido. Cuma.. spoilnya.. saya adalah tukang makan aja kat rumah mertua :p. Sebabnya, saya kene jaga Aqeel slalu lebey-lebey lagi BF ni.. nak kene saya slalu standby. Ada skali tengah tolong emak mertua masak, terpaksa berkejaran amik Aqeel sebab da lama dia nangis nak susu. Sian plak Aqeel cayang. Maybe next time.. saya masak. Heheh...

Sebenarnya, bila suami tak ada di sisi semasa di rumah mertua, saya lebih berdikari. Tak la sikit-sikit nak bergantung kepada suami.. Saya jadi lebih banyak berkomunikasi dengan keluarga mertua. Sesungguhnya suamiku, kesimpulannya, duk umah mertua memang best! Urm.. nak try tak? Heheheh.

Er.. but no place like home where Mr Zam, me & Aqeel live together :p

24 April 2011

Aqeel da bole meniarap

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:42:00 AM
Reactions: 
0 comments
Ape heh tajuk camni. Da lame tak tulis blog, jadik cam awkward. Banyak cerita nak tulis tapi, masa itu emas. Ni pun berblog kul 4 pagi ni. Kul 9.30 malam tadi berjuang nak kasi Aqeel tido. Tatau la kul berapa baru dia lelap. Saya plak, tatau kul berapa bangun... rasa panas x selesa badan.. so mandi, makan malam, solat isyak then duduk nak lipat baju, tengok-tengok jam da kul 3.30 pagi. Baru perasan da lewat malam. Ingatkan baru kul 1 pagi ke.. Kul 3.40 Aqeel bangun nak susu. Kul 4.15 selesai lipat kain. Then saya blog walk kejap, baru setat menaip ni. Sebenarnye baru ada peluang sebab Aqeel da tido and adik-adik semua da tido. Kalo tak.. dorang la yang asyik conquer PC ni.

Kisahnya Aqeel da boleh meniarap. Ni pic baru amik semalam.

Sila abaikan background.

Pic di bawah plak, amik kelmarin. Khusyuk tengok tv. Panas sket so.... bukak baju dia, buat hiasan jek kat tepi.

Khusyuk.

Nanti saya upload gambar 1st time Aqeel meniarap. Actually, 1st moment was around 8.00 am, 05/04/2011 kat kampung hubby. 1 hari lepas birthday Aqeel genap 3 bulan. :D Saya pun tak tengok macam mana Aqeel berusaha sorang-sorang sampai berjaya meniarap ni. Sebabnye.. saya tido! Heh.. kantoi kul 8.00 pagi still membuta even kat rumah mertua. :p

Nanti upload, saya update entry nih jek.

01 April 2011

Aqeel 3 months

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 3:02:00 PM
Reactions: 
1 comments
Aqeel baru lepas inject 3 months. Berat 6kg naik 0.4kg dari masa 2 months hari tu. Length 60cm.

Dari klinik kesihatan gambang , skang ni sedang trus menghala ke Terengganu. Nak tdo 1 malam kat Gong Badak. The next day nak gi kelik Kelate plak. 1st time Aqeel nak balik Kelate ni. 3 bulan baru nak balik. Sian Tokki n Nenek tunggu. Minta maaf ye..

Saya dan Aqeel akan stay kat Kelate for 2 weeks. Incik suami akan datang amik nanti. Puasla Tokki n Nenek mengadap cucu pertama ni nanti. Seronok la Aqeel ada orang dukung ke hulu hilir. Kalo ngan ibu ni, kene baring aja. Hehe. Bukan ape. Nak kasi berdikari sket n dengan harapan cepatla meniarap.

K la. Da fenin duk menaip dlm kete ni. Aqeel tengah tido. Bley la layan blog. Bukan pakai smart phone pun. Pakai opera mini ni ha. K. Cau.
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting