30 April 2011

2 weeks @ in laws?

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 1:27:00 AM
Skeptical? Tentulah. Lebih-lebih lagi tanpa suami di sisi. Ada gak yang tanya saya. Ok ke? Bole ke? Jujurnya, saya pun skeptical pada awalnya. Sesungguhnya kalo Encik Suami nak tau.. biey & Aqeel dilayan dengan sangat baik. Terima kasih untuk mertua dan adik-adik ipar yang best.

Macam macam pengalaman la saya dapat masa duk kat kampung selama 2 minggu. Kebetulan plak, adik ipar saya yang perempuan dirisik pada minggu pertama saya duk sana dan bertunang pada minggu next-nya. Sempat la saya tolong serba sedikit dalam persiapan majlis pertunangan tu.

Berdua dengan mu.

Baca doa selamat.

Malam sebelumnya plak, diadakan selawat untuk Aqeel :D Sebenarya sejurus sebelum majlis, Aqeel nangis kuat ngat. Tatau nape. Panas kot. Nak kate lapar, saya da kasi susu. So, saya cuba kasi susu sekali lagi sambil duk depan kipas. Pastu, ayah mertua pun trus amik Aqeel untuk diselawatkan. Yang magicnya, Aqeel trus diam. Maybe sebab konpius tengok orang ramai-ramai berselawat sambil sapu kepala dia. Kikikik. Muka blur jek. Selain tu, saya dapat kawan baru iaitu isteri kepada kawan Encik Suami. Layan la piccas ni:

Uit! Nampak pusat.

Baca doa selepas selawat. Yang kanan tu, Nije.. adik ipar gue.
Yang kiri, Encik Suami tercinta.

Apa yang saya dapat sepanjang 2 minggu duk kat rumah mertua? Hubungan ngan adik-adik ipar bertambah rapat. Yang paling surprising ialah adik ipar perempuan saya siap peluk saya time salam sebab saya da nak balik. Tu 1st time tu. Before ni kami tak rapat mana pun even dia pernah stay kat rumah kami suami isteri semasa saya pregnant aritu. Masa tu memang tak ada masa sangat pun nak berkenalan sebab dia abis keje kul 10 malam. Time tu kadang-kadang saya da tido. Cuma.. spoilnya.. saya adalah tukang makan aja kat rumah mertua :p. Sebabnya, saya kene jaga Aqeel slalu lebey-lebey lagi BF ni.. nak kene saya slalu standby. Ada skali tengah tolong emak mertua masak, terpaksa berkejaran amik Aqeel sebab da lama dia nangis nak susu. Sian plak Aqeel cayang. Maybe next time.. saya masak. Heheh...

Sebenarnya, bila suami tak ada di sisi semasa di rumah mertua, saya lebih berdikari. Tak la sikit-sikit nak bergantung kepada suami.. Saya jadi lebih banyak berkomunikasi dengan keluarga mertua. Sesungguhnya suamiku, kesimpulannya, duk umah mertua memang best! Urm.. nak try tak? Heheheh.

Er.. but no place like home where Mr Zam, me & Aqeel live together :p

0 comments:

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting