27 March 2013

Cara Menyimpan Susu Perahan & Suhu yang Sesuai

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:16:00 AM
Reactions: 
0 comments
Untuk panduan bersama ♥


Cara-cara Menguruskan Susu Perahan untuk dihantar pada Taska atau Pengasuh

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:16:00 AM
Reactions: 
0 comments

Kapasiti Maksimum Perut Bayi

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:16:00 AM
Reactions: 
0 comments
Inilah keperluan sebenar perut baby kita yer.. Janganlah asyik kata susu x cukup jer.. Susu kita sentiasa ada utk baby kalau kita berusaha utk mengadakannya.. Pastikan keperluan nutrien dlm bdn sentiasa dipenuhi utk susu yg lebih berkualiti - credit: https://www.facebook.com/nurilaily

Cara-cara Menguruskan Susu Perahan Beku

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 8:54:00 AM
Reactions: 
0 comments
Dengan kata lain, Susu Perahan Beku = Frozen Expressed Breast Milk (EBM)

20 March 2013

Kereta Idaman Semasa

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:39:00 AM
Reactions: 
0 comments
Bukan semua benda yang kita nak kita bley dapatkan. T_T Huhuhu.... Ini kerete idaman kalbu buat masa ini. Kalau kerja sekarang adalah kerja tetap pun, saya dan suami tetap tak dapat beli kereta ni, Nissan Almera. Sebabnya, kami sepakat nak tunggu incik suami confirm as a government slave dulu. Suami saya kerja dengan badan berkanun so perlukan masa 3 tahun untuk confirm jawatan even semua exam da lulus. Gitulah syarat-syaratnya. Er... berbalik kepada isu tadi, walaupun jika incik suami da confirm mungkin tak dapat gak beli kereta baru sebab nak beli rumah dulu. So, pakaila kete Viva kesayangan ni dulu. Banyak berbakti wo.. Viva ni. Kami redho :) Berangan jek la bley.

Pernah rase macam memang kene beli kereta sedan sebab bila da ada anak ni... banyak barang yang perlu diangkut. Ni Insha Allah nak kuo lagi sorang, Alhamdulillah. So, lagi banyak benda nak diangkut la dalam Viva kami. Masa tu tengah dalam kete. Saya suarakan rasa hati kepada suami yang kami perlukan sebuah sedan walaupun belum mampu. Lepas jek cakap, mata saya terpana ke luar tingkap kereta. Terpandang sepasang suami isteri naik motor bersama 2 orang anak yang masih kecil. Yang tua maybe dalam umur less than 5 years dan yang kecil baby lagi. Insaf kejap saya. Terfikir, saya patut bersyukur dan berhenti bersungut... Orang lain ada motor dan gigih mengangkut anak-anak. Kami berkereta, berbumbung, terlindung dari panas dan hujan. Tertampar rasa diri ini. Terasa sangat tak bersyukur. Huhu~ Ampunkan hambaMu ini ya Allah.

Er... tapi berangan jek takpe kan? Redho tak dapat tapi memang suka Almera ni. Wow! Wow! Wow! (Ni setat tak sedar diri balik :p) Cantikkan Almera ni? Saya dan incik suami suka sebab Almera adalah keluaran Nissan yang memang dah establish, pastu harganya ok la.. untuk design, cc, brand dan keluasan dalam kereta ni. Suami cakap memang luas la kat dalam dia. Memang berbaloi-baloi la bagi saya kalau sesiapa nak beli. Layanz gambar Almera ni. Credit to e-sabahdaily.com for the pics and info, also to chrisrossell.nxt.my.

Pandangan depan

Interior

Pandangan sisi dan belakang

Ni sedikit maklumat tentang Nissan Almera:

Already open for bookings, the all-new Nissan ALMERA truly lives up to its promise of surprisingly more. Even with upscale technology features and spaciousness that are usually found in more premium vehicles, Nissan ALMERA is priced competitively from RM66,800.00 in line with Tan Chong’s commitment to providing affordable car ownership to Malaysians. 

The on-the-road price (inclusive of insurance, road tax, registration fee and ownership claim fee) for Peninsular Malaysia will be as follows:

1.5E M/T: RM 66,800 
1.5E A/T: RM 69,800 
1.5V A/T: RM 76,800 
1.5VL A/T: RM 79,800

Ko tengok la harga dia. Mau tak gila mak. Memang pantang kalau jumpa barang/sale yang dapat harga berbaloi-baloi dengan kualiti yang over the vass la. Bling bling gitew. Gila kacak la Almera ni. Lagi info di sini dan sini.


Sebenarnya kalau lagi mampu, kitorang berangan nak Estima. Senang nak sumbat barang banyak-banyak dan kalao balik kampung, senang nak ajak satu family jalan-jalan naik sebijik kete jek kan. Hahahhah... Almera pun tak mampu, tetiba nak Estima plak kan. Mimpi la~~~

19 March 2013

Breastpump Pilihan Hati

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 3:24:00 PM
Reactions: 
0 comments
Selepas survey, buat research la sangat, baca review orang, inilah breastpump yang berjaya diangkut dari FabulousMom Kuantan. Bley jek beli online tapi nak gak gi tengok sendrik sebab nak tengok texture nursing bra gak. Skang ni tengah sale kat FabulousMom, Harga retail semasa Rumble Tuff ni RM 449.00, dapat beli ngan harga RM 404.10 now. Yeay!

Dulu saya pakai Medela Harmony Manual Breastpump. Aqeel sangat kuat menyusu. Nak tandem pun saya tak dapat sebab penat sangat menyusukan Aqeel. Lagi plak tangan Aqeel memang tak bley duk diam. Mesti nak usik-usik gak pam tu so proses mengepam menjadi sangat mencabar. Last-last saya serender. Kalau Aqeel tak menyusu jek baru pam. Tapi saya jarang pam sebab kebanyakan masa memang Aqeel duk menyusu jek. So kali ni kalau perlu tandem ok sket kot sebab RT kan boleh pakai letrik, harap tak la penat sangat nak menyusu sambil mengepam.



Pastu ada promosi purchase with purchase. Setiap RM 100 belian, boleh beli barangan tertentu dengan harga RM 5, RM 10 atau RM 15 setiap satu. Best best best. Gile kejap dapat beli nursing bra yang harga RM 39.90 dengan harga RM 10. Sebab saya beli RT tanpa pakej, so dapat beli 4 nursing bra, so jimat near RM 120 kat situ. Manela saya tak naik gila. Hohoho.. Kat bawah ni iklan FabulousMom kat dalam majalah Pa&Ma April 2013.


 Pastu memang nak beli Jingle Jungle Breast Milk Storage Bag. Tak tau plak tengah sale. Tetiba jek murah dapat beli dengan Harga RM 9.90 per pack berbanding RM 12.90 harga biasa. Ingat staff dia silap kira rupanya memang sale da. Saya beli 2 boxes. Memang kapasiti dia besar, 12oz satu bag tapi berbaloi sebab murah, can easily be flatten, double ziplock, tahan bocor dan banyak review cakap bagus JJ plastic storage bag ni. Contohnya review ni.


Tambahan, Pureen Refill Liquid Cleanser. Untuk basuh breastpump equipments. Dulu time Aqeel guna brand Anakku, memang puas hati. Kali ni terbeli yang ni sebab tak banyak choice kat FabulousMom haritu. Buat basuh botol susu Aqeel jugak. Owh.. Aqeel minum susu dalam botol yang ada straw tu. Botol susu yang ada puting, tak boleh nanti dia buat main tonggeng botol tu.. abis lantai di'basuh' dengan susu. Uwaa!!! So, since lepas berpantang, memang Aqeel never use botol susu yang ada puting sampai la skang.

 Credit: mudah.my

Total damage: RM 476.80. Total save: RM 170.50. Puas hati sangat ngan RT ni.. walaupun tak guna lagi. Setakat ni, suka sebab rasenye tak susah nak assemble dan disassemble parts. Partsnya tak kecil sangat so tak leceh nak handle. Partsnya nak kata banyak, ok la kot.. dan bagi saya, mudah dibasuh even kene pakai cotton buds to reach some places but still reachable. Tu yang penting bagi saya. Kalau ada parts yang saya tak bley nak reach, rase tak puas hati jek. Macam tak bersih aje macam Medela Harmony saya dulu, ada parts yang tak boleh nak disental. Memang tak puas hati. Aa.. ni baru pre-review Rumble Tuff. Nanti da guna saya review lagi.

08 March 2013

I Love My Family

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:04:00 PM
Reactions: 
0 comments
Saya baru 2 tahun jagung menjadi seorang ibu dan 3 tahun menjadi seorang isteri. Sekadar pengalaman saya inilah yang saya nak kongsikan. Buat masa ini saya sedang pregnant 34 minggu. Anak teruna sorang ini plak berumur 2 tahun 2 bulan. Sejak di hujung kehamilan saya, saya akan amik Aqeel dari rumah pengasuh lewat sket. Saya akan sediakan minum petang Incik Suami dulu, yang simple-simple aje. Kemas rumah, basuh pinggan, angkat kain di jemuran dan lain-lain yang dirasakan perlu sebelum Aqeel balik rumah. Lepas tu saya akan kemas-kemas barang-barang adik baby yang bakal lahir. Bukan siap dalam masa sehari trus. Saya buat sikit-sikit. Misalnya hari ni basuh baju, esok lipat kain, lusa susun barang baby masuk dalam beg sepital. Tu pun ada lagi tak masukkan. Saya buat berperingkat sebab nak cari balik barang-barang Aqeel masa baby dulu. Lagipun kudrat saya tak lah kuat sangat sekarang ni. Badan memang lenguh-lenguh dan sakit pinggang tok sah nak cakap la. Kadang-kadang yang saya da kemaskan sikit-sikit tu, ble Aqeel balik, dia 'kemas' balik barang-barang tu. Nak marah, larang beria, saya tak larat. Cukup sekadar cakap, "tak boleh main barang ni". Kalau Aqeel keep 'mengemas', saya redhokan jek la. Esok, saya akan kemas balik. Gitu lah ada nya.

Lepas siap sesi mengemas yang tak seberapa, saya akan mandi. Selalunya, Incik Suami lah yang akan amik Aqeel dari umah pengasuh dan bawa jalan-jalan, pergi taman.. sementara saya mandi. Kalau saya larat, saya akan offer untuk amik Aqeel. Saya akan bawa dia jalan-jalan, main-main kejap sebab da nak maghrib, tak bley lama-lama. Dengan perut membulat ni, saya temankan juga Aqeel sebab kesian dia tak bley main kat luo. Polisi pengasuh macam tu. :p Rindu gak nak luangkan masa petang bersama Aqeel.

Biasa kalau nak tidur malam, Aqeel akan ajak saya dan suami tidur sekali. Kadang-kadang dia akan tutup tv siap-siap wal hal kami suami isteri syiok layan cerita Korea. Hihi.. So, kitorang join jek la Aqeel. Kang kalau dia tanak tido, susah plak. Sementara itu, ada pinggan tak berbasuh dalam sink, baju nak dibasuh dan disidai tak setel lagi. Rumah pun kembali 'kemas' dikerjakan Aqeel. Kadang-kadang ada ayam yang perlu dibersihkan, ada ikan yang perlu disiang, duduk diam-diam dalam peti sejuk.

Saya akan bangun awal dari biasa kalau ada ikan atau ayam yang perlu disetelkan. Contohnya semalam saya bangun seawal 3 pagi nak siang ikan dan tak qada lagi tidur saya taw. Penat toksah nak kate. Nape saya bangun kul 3? Sebab kan saya tengah sarat. Pergerakan saya sangat slow so saya kene bangun awal supaya boleh setelkan kerja-kerja rumah yang mana patut. Kadang-kadang ada juga time 6-30 pagi baru nak bangun. Hoho.. Tu super malas atau super pengsan la tu.

Ye, saya penat. Tapi saya gembira. Bagi saya, setiap rezeki yang Allah kurniakan ada beserta tanggungjawab. Contoh.. mana ada orang yang bulan-bulan free free jek duit masyuk akaun? Kene keje gak kan? So, saya gembira menjalankan tanggungjawab saya dan saya bersyukur yang amat.

Suamiku, anak-anakku.. ibu gembira jalankan tanggungjawab ibu. Ibu jalankannya dengan rase kasih & sayang ibu pada Incik suami, Aqeel dan bayi yang bakal lahir ini. Minta maaf atas segala yang kurang yek. Ibu akan usaha lagi baiki prestasi ibu. Hohoho... Er.. ada bonus x? Urm.. da dapat bonus Incik Suami kasi perfume. Macih meow meow.

07 March 2013

Kemaruk Shopping Online

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 8:35:00 AM
Reactions: 
0 comments
Best! Best! Best! Skang ni suka shopping online aje.


Reason: duk Gambang macam jauh jek nak gi bando Kuantan tu.Takes 30 - 45 minutes. Kadang-kala 1 hour kalau jalan jem. Nak pergi balik bando Kuantan kene plan. Kalo tak, tak pasal terlepas solat asar atau maghrib. Suami cakap, nasib baik jauh nak gi shopping. Tak la laju sangat bershopping. Hohoho.. Lagi satu hal, da nak sampai sana takes time then berkejaran ngan Aqeel plak, memang tak banyak barang yang boleh beli. Few, nasib baik. Selamat duit yang tak seberapa ni. Kikikikik.

Lagi... shopping online bley duk santai... pilih-pilih. Kalo tak nak beli arini, bley beli len hari. Selagi stok masih ada la kan. Tak perlu ber-traffic jam, tak perlu kejar Aqeel. Tak terlepas solat. Kadang-kadang ada free postage. Jimat masa dan jimat duit di samping menghabiskan duit. Ngehehehe.... Pastu, sedar-sedar barang da sampai. Sonot-sonot. Lagi-lagi ngan perut boyot ni, tak larat saya nak jalan. Kadang-kadang, sebulan sekali atau dua kali baru kuo ke bandar Kuantan. Tu pun kalau ada benda nak beli. Listkan siap-siap supaya tak perlu pegi banyak kali.

Cuma biasa la kan. Ada cons-nya la kalau beli online. Sebab kita tak boleh tengok real barang tu. So, saya agak-agak la jugak kan barang ape yang nak beli online.

Nasib baik suami tak marah sangat saya bershopping online sebab sebenarnya saya da lame bercuti shoppingan ni... sejak kawen.. pregnant.. simpan duit untuk prepare kelahiran Aqeel. Pastu berenti keje. Ada simpanan tapi kene simpan la kan untuk emergency. So ble saya da 'temporarily' keje balik, suami benarkan saya beli apa yang saya nak asalkan berbaloi dan 'perlu'. Heheheh.... Kadang suami pun sponsor. Macih incik suami. Hihih...

Ni saya akan berenti keje lagi selepas lahirkan 2nd baby ni. So, shopping dulu setakat yang boleh. Nanti kene cuti shopping lagi. :p

05 March 2013

Happy Anniversary yang ke-3 @ 2013

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:24:00 AM
Reactions: 
2 comments
Alhamdulillah da 3 tahun perkahwinan kami. Ini pic masa kawen dolu-dolu. Tak pernah upload kat blog before this sebab kunun-kunun low profile. Yek :p

Pagi bersanding baru sempat berinai

 You punya. Tengok la jari tak berinai. Tak sempat. Boleh tak camtu?

 Pose after siap make up

 Nampak ke bang?

 Pose bersama

 Pose kinyang

 My family

The other part of the family

 
 Berdua dengan mu

 Ape yang kelako? Rahsia

 Pose before abis outdoor session

Owh... Muka dengan make-up tu tak macam muka saya pun. Tetap bersyukur sebab saya suka hasil make-up tu.Kat bawah adalah pic kami berempat, 1 family @ 2013 ni. Tq riezkyshoppe atas pic ni. Ni la muka seharian kuo sampai nak magrib, bedak pun da ilang. Lupe nak touch up sket dolu. Eheheheh..

 
Terima kasih incik suami kerana selalu bertolak-ansur dengan saya. Terima kasih Aqeel menceriakan hidup ibu. Terima kasih baby dalam perut sebab sentiasa kuat walaupun ibu lasak time tataw baby cayang ada dalam perut. Terima kasih Allah atas rahmat-Mu.. Setiap detik nadi, setiap hela nafas ini, adalah atas sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim-Mu. Alhamdulillah.

04 March 2013

Breastfeeding Journey for Second Baby Starts

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:51:00 PM
Reactions: 
0 comments
Aik, baby blum kuo journey da start? Bukannya start bf.. started sebab da mula study balik. Huhu.. Masa Aqeel dulu, memang saya fail bab kumpul stock. Nasib baik full time house wife so, Aqeel completed bf sampai 2 tahun beberapa hari la.. Tu pun masa dalam pantang ada top up FM dan masa start pregnant baby second ni, around Aqeel 1 tahun 5 bulan pun ada top up FM gak sebab susu suddenly sket. Masa tu tatau preggy. Patutla susu surut. Tapi depends pada orang gak la kan. Ada yang maintan aje production dia.


So, lepas-lepas ni mungkin banyak post berkaitan breastfeeding bakal menyusul. Motif utama ialah blog menjadi buku nota untuk ilmu penyusuan di samping berkongsi ilmu. Maklumla, ilmu tak seberapa ni. Harap becoming baby gurl dapat menyusu badan dengan sepuas-puasnya. Amin.

01 March 2013

Aqeel turns 2 @ 2013

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:14:00 AM
Reactions: 
0 comments
4 Jan 2013 genap Aqeel berusia 2 tahun. Alhamdulillah. Sorry sayang ibu lambat upload cerita birthday Aqeel. Hihi.... Ni piccas sekitar birthday Aqeel:

 Budak tak baik selsema lagi tapi dapat makan eskem. Kat Johnny's ECM ni.

 Choc lagi. Pastu acara makan petang plak kat Secret Recipe. Aqeel's fav is choc.

 Terkam kek!

 Ibu pun join terkam kek.

Hadiah beskal dari ayah.

 Ibu buatkan pulut kuning + rendang daging untuk agih kat jiran-jiran sempena birthday Aqeel. 1st try.

Sebenarnya, birthday Aqeel kami satu family tak gi mana-mana & tak celebrate pun. Saya just buatkan pulut kuning + rendang daging dengan kuantiti tak seberapa sebab ni 1st try. Tapi memang berhajat nak buat sendrik dan agih kat jiran. Walaupun pulut kuning tak seberapa kuning & daging agak keras & masin, saya agih jugak sebab da memang niat. Hihih.. Aqeel & ayahnya tak makan sangat pulut kuning ni. Tak sedap kot. Hahahahah!

Aqeel tak sehat sangat sebab baru nak regain from his illness (demam + selsema berterusan selama nearly 6 months) so, lambat bawak dia pergi makan kek & eskem. Nanti saya karang pasal illness Aqeel next time. The next week after his birthday baru bawa dia. Tu pun masih ada saki-baki selsema dia. Bukan main seronok lagi Aqeel dapat makan eskem choc fav dia. Pastu dapat makan kek choc lagi. Masa makan kek tu.. mulut dia tak berenti cakap.. ummm sedapnya.. ummm...umm.. Seronok tengok Aqeel enjoy his cake. 

Ayah pun hadiahkan Aqeel beskal orange tu.. Seronok Aqeel duk kayuh yang tak seberapa kayuh. Tak bergerak mana pun beskal tu. Posing jek lebey. Hihih.. Takpe.. take your time dear.. Nanti pandai la InsyaAllah. Ada video Aqeel nyanyi lagu birthday kat diri sendrik tapi ada dalam phone mr. hubby. Nanti update vid tu plak.

Muhammad Aqeel bin Mohd. Suhaimi.. semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia dunia akhirat & menjadi insan yang soleh. Amin.
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting