07 March 2013

Kemaruk Shopping Online

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 8:35:00 AM
Best! Best! Best! Skang ni suka shopping online aje.


Reason: duk Gambang macam jauh jek nak gi bando Kuantan tu.Takes 30 - 45 minutes. Kadang-kala 1 hour kalau jalan jem. Nak pergi balik bando Kuantan kene plan. Kalo tak, tak pasal terlepas solat asar atau maghrib. Suami cakap, nasib baik jauh nak gi shopping. Tak la laju sangat bershopping. Hohoho.. Lagi satu hal, da nak sampai sana takes time then berkejaran ngan Aqeel plak, memang tak banyak barang yang boleh beli. Few, nasib baik. Selamat duit yang tak seberapa ni. Kikikikik.

Lagi... shopping online bley duk santai... pilih-pilih. Kalo tak nak beli arini, bley beli len hari. Selagi stok masih ada la kan. Tak perlu ber-traffic jam, tak perlu kejar Aqeel. Tak terlepas solat. Kadang-kadang ada free postage. Jimat masa dan jimat duit di samping menghabiskan duit. Ngehehehe.... Pastu, sedar-sedar barang da sampai. Sonot-sonot. Lagi-lagi ngan perut boyot ni, tak larat saya nak jalan. Kadang-kadang, sebulan sekali atau dua kali baru kuo ke bandar Kuantan. Tu pun kalau ada benda nak beli. Listkan siap-siap supaya tak perlu pegi banyak kali.

Cuma biasa la kan. Ada cons-nya la kalau beli online. Sebab kita tak boleh tengok real barang tu. So, saya agak-agak la jugak kan barang ape yang nak beli online.

Nasib baik suami tak marah sangat saya bershopping online sebab sebenarnya saya da lame bercuti shoppingan ni... sejak kawen.. pregnant.. simpan duit untuk prepare kelahiran Aqeel. Pastu berenti keje. Ada simpanan tapi kene simpan la kan untuk emergency. So ble saya da 'temporarily' keje balik, suami benarkan saya beli apa yang saya nak asalkan berbaloi dan 'perlu'. Heheheh.... Kadang suami pun sponsor. Macih incik suami. Hihih...

Ni saya akan berenti keje lagi selepas lahirkan 2nd baby ni. So, shopping dulu setakat yang boleh. Nanti kene cuti shopping lagi. :p

0 comments:

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting