08 March 2013

I Love My Family

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:04:00 PM
Reactions: 
Saya baru 2 tahun jagung menjadi seorang ibu dan 3 tahun menjadi seorang isteri. Sekadar pengalaman saya inilah yang saya nak kongsikan. Buat masa ini saya sedang pregnant 34 minggu. Anak teruna sorang ini plak berumur 2 tahun 2 bulan. Sejak di hujung kehamilan saya, saya akan amik Aqeel dari rumah pengasuh lewat sket. Saya akan sediakan minum petang Incik Suami dulu, yang simple-simple aje. Kemas rumah, basuh pinggan, angkat kain di jemuran dan lain-lain yang dirasakan perlu sebelum Aqeel balik rumah. Lepas tu saya akan kemas-kemas barang-barang adik baby yang bakal lahir. Bukan siap dalam masa sehari trus. Saya buat sikit-sikit. Misalnya hari ni basuh baju, esok lipat kain, lusa susun barang baby masuk dalam beg sepital. Tu pun ada lagi tak masukkan. Saya buat berperingkat sebab nak cari balik barang-barang Aqeel masa baby dulu. Lagipun kudrat saya tak lah kuat sangat sekarang ni. Badan memang lenguh-lenguh dan sakit pinggang tok sah nak cakap la. Kadang-kadang yang saya da kemaskan sikit-sikit tu, ble Aqeel balik, dia 'kemas' balik barang-barang tu. Nak marah, larang beria, saya tak larat. Cukup sekadar cakap, "tak boleh main barang ni". Kalau Aqeel keep 'mengemas', saya redhokan jek la. Esok, saya akan kemas balik. Gitu lah ada nya.

Lepas siap sesi mengemas yang tak seberapa, saya akan mandi. Selalunya, Incik Suami lah yang akan amik Aqeel dari umah pengasuh dan bawa jalan-jalan, pergi taman.. sementara saya mandi. Kalau saya larat, saya akan offer untuk amik Aqeel. Saya akan bawa dia jalan-jalan, main-main kejap sebab da nak maghrib, tak bley lama-lama. Dengan perut membulat ni, saya temankan juga Aqeel sebab kesian dia tak bley main kat luo. Polisi pengasuh macam tu. :p Rindu gak nak luangkan masa petang bersama Aqeel.

Biasa kalau nak tidur malam, Aqeel akan ajak saya dan suami tidur sekali. Kadang-kadang dia akan tutup tv siap-siap wal hal kami suami isteri syiok layan cerita Korea. Hihi.. So, kitorang join jek la Aqeel. Kang kalau dia tanak tido, susah plak. Sementara itu, ada pinggan tak berbasuh dalam sink, baju nak dibasuh dan disidai tak setel lagi. Rumah pun kembali 'kemas' dikerjakan Aqeel. Kadang-kadang ada ayam yang perlu dibersihkan, ada ikan yang perlu disiang, duduk diam-diam dalam peti sejuk.

Saya akan bangun awal dari biasa kalau ada ikan atau ayam yang perlu disetelkan. Contohnya semalam saya bangun seawal 3 pagi nak siang ikan dan tak qada lagi tidur saya taw. Penat toksah nak kate. Nape saya bangun kul 3? Sebab kan saya tengah sarat. Pergerakan saya sangat slow so saya kene bangun awal supaya boleh setelkan kerja-kerja rumah yang mana patut. Kadang-kadang ada juga time 6-30 pagi baru nak bangun. Hoho.. Tu super malas atau super pengsan la tu.

Ye, saya penat. Tapi saya gembira. Bagi saya, setiap rezeki yang Allah kurniakan ada beserta tanggungjawab. Contoh.. mana ada orang yang bulan-bulan free free jek duit masyuk akaun? Kene keje gak kan? So, saya gembira menjalankan tanggungjawab saya dan saya bersyukur yang amat.

Suamiku, anak-anakku.. ibu gembira jalankan tanggungjawab ibu. Ibu jalankannya dengan rase kasih & sayang ibu pada Incik suami, Aqeel dan bayi yang bakal lahir ini. Minta maaf atas segala yang kurang yek. Ibu akan usaha lagi baiki prestasi ibu. Hohoho... Er.. ada bonus x? Urm.. da dapat bonus Incik Suami kasi perfume. Macih meow meow.

0 comments:

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting