30 March 2012

Bertukar!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:01:00 PM 2 comments
Template blog da bertukar dah. Tajuk template ni.. Work at Home Mom (WAHM). Heheh... Perasan sangatlah diri ini WAHM. Layan jek la. ~ Thanks to Ipietoon for the gojes design. Tapi.. sebenarnya suka 2 columns jek. Dah jupe yang 3 columns ni tibai jek la. Banyak jumpa template yang girly tapi diri ini harus sedar bahawa aku bukan gegurl lagi. Dah mak orang dah. Next year masuk 30. SEDAR! Heheh.. Walau bagaimanapun, me sangat favor my business blog template Lovely Dots pun design Ipietoon jugek.

Macam crowded jek my bloglist. Manyak jek... nanti-nanti la kalo rajin gue edit. Nak letak links ni kat other page pun macam takmo sebab M.A.L.A.S nak bukak page lain. Nak semua kat 1 page. Tak yah nak klik-klik manyak kali maka, tersumbat la semuanya kat dalam 1 page ni.

Layans.

29 March 2012

Nak tukar mood baru

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:52:00 PM 0 comments
Credit:Image from gojes Google

Tukar mood baru kat blog ni. Dah lama sangat dah rasenya blog ni pakai template same jek. Tenet slow la.. pakai broadband sini takde 3G. Dapat Edge jek untuk Celcom. Kalau Maxis dapat. Malas la plak nak gi tuko. Hehehe.. Tu la.. sape suh malas. Makanya, berjanggut menunggu page nak load dalam proses mencari template baru. Gigihlah... gigihlah wahai diri :D

Status terkini

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:27:00 AM 0 comments
Gigihlah wahai diri. Usaha!

Hehe. Ni status FB ke ape ringkas gini? Tak banyak yang boleh diperkatakan kerana hati tengah gundah. Kalau banyak tulis, takut tersilap kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

15 March 2012

Lovely Dots March Giveaway. Win now!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:49:00 PM 0 comments


MENANGI Where's Elmo a peek-a-boo book untuk anak kesayangan.

Syarat dan langkah:
1. Terbuka kepada Fan sahaja. Jika anda belum, sila Like Lovely Dots.
2. Layari pautan ini -> Lovely Dots March Giveaway
3. Share entry tersebut.
4. Komen 'Saya nak!' di post tersebut.
5. Bermula 15 Mac 2012 - 15 April 2012.

Semua penyertaan lengkap layak mendapat diskaun 10% (bagi non-discounted item sahaja) untuk pembelian akan datang (1x sahaja).

Semoga berjaya!


Klik! Klik!




11 March 2012

Homestay near Bukit Gambang Resort City

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:39:00 AM 0 comments
Kawan-kawan, hari ni saya nak promote-kan homestay a.k.a rumah tamu yang dikendalikan oleh kawan saya Kak Liza. Homestay ni terletak hampir sangat dengan Bukit Gambang Resort City yang ada waterpark tu. So kalau sesape yang nak pergi bermain air, bolehlah jadikan homestay ini sebagai tempat bermalam. Harga pun berpatutan. Details kat bawah ye:

Pengendali: Kak Liza
Phone number: 0139041102

Rent per nite: RM 200 (negotiable)
House type: 1 tingkat, corner lot
3 bilik tidur (2 double bed, 1 single bed)
2 bilik air (1 di bilik tidur utama, 1 di dapur)
Berhampiran kedai makan, runcit.

Dapur:
Peti sejuk 1 pintu
Dapur gas untuk memasak
Meja makan
Periuk nasi
Pinggan mangkuk
Cawan dan gelas

Ruang tamu:
TV + astro
Sofa

Layan piccas. Sorry pics blur sket sebab snap by phone sambil mendukung anak. Heheh:











Okay, slamat bercuti!
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting