23 March 2016

Projek Kebun Mini

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:16:00 PM
Reactions: 
0 comments
Alhamdulillah. Kami sudah sebulan lebih selamat mendiami kediaman baru. Kami sekeluarga totally moved in pada 31/1/2016. Belum rasa nak cerita pasal rumah baru. Hi.. sebab excited nak cerita pasal projek menanam.

Hari ini start buat projek berkebun mini di laman sekangkang kera ini. Pokok pertama yang ditanam ialah pokok serai. Beli 3 batang serai semalam. Pagi tadi gali tanah dan tanam. Tak tahulah boleh hidup atau tak sebab tak bajakan pun. Hi.. cuma siram air jek. Tanah pun.. pakai tanah merah sedia ada yang pemaju tambunkan tanah tu. Kikikik. Tak apa kita cuba dulu. Kalau tak berjaya boleh buat percubaan kedua pakai tanah beli. 

Pastu.. nak cuba hidupkan biji cili api dan cili merah. Buat secara hidroponik aje dulu untuk bagi bertunas. Kalau tak jadi, nanti cuba buat cara lain plak. Haha.. semua kaedah cuba jaya aje. Tak salah mencubakan. Hi...

Ni gambar-gambar pagi tadi. Semoga suburlah pokok tanaman ku semua.

Nampak tak pokok serai tu? Hi.. abaikan sepah-sepah sekeliling tu.

Ni cili merah.

Ni cili api. Abaikan sepah kat tepi. Hi..

Sekian.
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting