26 April 2012

Biarkan Aqeel berkreativiti dengan crayon

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:58:00 AM 0 comments
Inilah salah satu hasil dari duit gaji bisnes online saya. Iklan sket: Lovely Dots. Heheh... Dengan hasil yang adalah jugak sket, saya memang nak belikan Aqeel crayon. Nampak dah khusyuk ngat ble dapat pen dan kertas so, belikan dia crayon cap Crayola ni sebab dia ada colors and the most important thing is washable & non-toxic!

Tak sabar nak bukak

Berkreativiti

Tapi ada pros & cons gak sebab colors dia memang easyly lekat on most surfaces tak macam pen and pencil yang bile try tulis atas tiles, tak ada kesan sangat but this Crayola crayons memang work cantik even atas tiles. Makanya, seronok plak Aqeel 'draw' on tiles. Huhu~ Ibu tau la these crayons are washable tapi tak yah lah Aqeel nak kasi ibu wash wash all your works on those tiles. Bertambah keje ibu. Layan jek la si Aqeel ni. Kene monitor la time dia 'draw' & 'write' sebab kalo tak, habis satu rumah dia kejekan. Hari pertama Aqeel 'berkreatif', ibu asyik pegang kain lap aje.

Satu untuk Aqeel, satu untuk Adam

Anyway, saya beli Crayola 16 Large Washable Crayon ni online kat myBBstore dengan harga RM 15.50 aje. Beli 2 boxes. Satu untuk Aqeel, satu untuk Adam, sepupu Aqeel. Harap ummi dia tak marah saya sebab lepas ni kene rajin mengelap dinding dan lantai rumah. Postage by Citylink dengan cost RM 9.50.

17 April 2012

Panduan nak beli peti sejuk

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:50:00 PM 4 comments
Tak kiralah samada anda lelaki atau perempuan, dah kawen atau belum... dan ada niat nak beli peti sejuk. Ni nak kata guidance, taklah sangat cuma sebagai peringatan supaya tak menyesal di kemudian hari macam -> SAYA! :p

Credit: image from core77.com

See points below:
  1. Belilah sekurang-kurangnya peti sejuk 2 pintu - percayalah. Tak rugi pun. Sebab nanti suhu area beku dan chill akan stabil sebab hanya dibuka pada waktu yang diperlukan sahaja. Lagipun, kalo nanti ada baby, nanti nak simpan stok EBM (Expressed Breast Milk), peti sejuk 1 pintu tak dapat simpan EBM lama berbanding peti sejuk 2 pintu. Untuk makluman, EBM boleh bertahan sehingga 3 bulan dalam ruang beku peti sejuk 2 pintu.
  2. Belilah yang auto defrost - apa dia auto defrost ni? Function ni boleh didapati pada peti sejuk 1 pintu. Kat bahagian beku tu... nanti dalam twice atau thrice a week korang kene defrostkan frost sekelian yang menebal dalam sana. Kalo tak, bahagian beku tu akan penuh ngan ais jek. Tak boleh masuk barang nanti. Heheh.. Bila lambat defrost plak.. dan ais dah banyak dalam tu... nanti, banjir plak container untuk tadah ais yang dah cair jadik air. Satu hal plak banjir peti korang. Jadi kalau rasa tak dapat nak bagi komitmen nak tekan button defrost tu (memang aku sangat malas), silalah beli yang auto defrost. Juga berkaitan EBM; nanti ble nak defrost peti, kene keluarkan EBM dan simpan dalam cooler bag atau peti ais lain supaya tak cair/suhu stabil untuk menjamin kualiti susu. Laratlah nak pindah alih berpuluh stok EBM 2-3 kali seminggu. Owh.. tidak!
  3. Belilah yang tak memerlukan takungan air - kalau yang semi-auto defrost, wajiblah ada benda alah ni. Tak payahlah... memang sungguh tak efficient. Kalau container ni letaknya dalam peti, nanti ada kemungkinan peti ais anda akan banjir. Kalau container ni letaknya kat luar, biasanya kat bawah peti (tak taulah zaman sekarang ada tak lagi jual yang jenis ni).. takut nanti jadik tempat pembiakan serangga atau ada kemungkinan banjir kat bawah peti plak. Heheh...
Itu sahaja 3 points saya. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri yang menggunakan peti sejuk 1 pintu. Huhu~ Sadis. Nasib baik dapat aje si kecil Aqeel, saya berhenti kerja jadi tak perlu buat stok EBM. Slamat di situ. Cuma risau kadang-kadang.. kalau saya tak sihat memang stok EBM sangat perlu. Setakat ni, saya gagahi diri supaya tak jatuh sakit. Kalau sakit pun, set mind sedaya upaya supaya mampu BF Aqeel. Semoga semuanya dipermudahkan. Semoga tips ini juga membantu anda.


09 April 2012

Pizza Hut: Kids eat free everyday!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:34:00 PM 1 comments
Ha... korang tau tak.... Kids eat free everyday at Pizza Hut la... Syarat-syarat dia.. Every RM20 spent entitles you to 1 Kids Eat Free meal. Limited to 1 meal per kid. It’s valid for kids below 8 years old or below 120cm in height. For dine-in only. Not valid for purchase of Group Party Packages. Available at all Pizza Hut Restaurant in Malaysia (except Pizza Hut Genting Highlands). Sronokkan?


Kami satu family pun dah pergi bersantap di hujung bulan baru ni. Besar jugek pizza ni untuk Aqeel. Ape lagi, ayah & ibu la yang tolong makan. Heheh.

Aqeel sronok boleh makan pizza sebab biasanya saya bekalkan makanan dari rumah siap-siap. That day pun bawak bekal cuma kasi Aqeel makan extra, pizza plak. Ada pilihan yang lain jugak, spaghetti dan nuggets kalau tak silap + air soya. Marilah bersantap. Nyumm~


06 April 2012

Tutti Frutti. Halal atau tidak?

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:28:00 AM 4 comments

Ha... ramai kan suka ngap-ngap Tutti Frutti kan? Currently saya stay kat Kuantan tapi blum lagi pergi merasa desert ini. Memanglah menggoda hati, Tapi memandangkan En. Hubby tidaklah menggilai makanan gini.. Tak lajulah kami ke Tutti Fruitti lagipun it takes nearly 40 munites from Gambang to the nearest Tutti Fruitti located in Kuantan Avenue, Jalan Beserah, Kuantan. Dua lagi outlet bakal dibuka di East Coast Mall dan Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Ni menurut website Tutti Frutti lah kan. Kalo dorang tak update maka, basilah info saya ni. Heheh.. Tapi takde plak Tutti Frutti Terengganu listed dalam websitenya. Lantakla kan asal boleh ngap suda. :D

Napa saya sebut Tutti Fruitti Terengganu? Sebab that's my home town. Miss Ganu so much. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lagi baik negeri sendirikan? Sorrylah, saya bukan bersifat kenegerian cuma tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat jatuh dan bermain. Heheheh...

Well.. halal ke Tutti Frutti ni? Wallahualam.. Menurut FB fanpage Sahabat Halal Jakim, Tutti Fruitti mendapat pengesahan halal daripada Islamic Services of America (ISA) iaitu badan Islam yang diiktiraf oleh Jakim dan Tutti Fruitti sedang dalam proses permohonan di Hub Halal Jakim :) Menurut Sahabat Halal Jakim lagi, "Tiada pengesahan halal bukan bermaksud haram.. tetapi tiada jaminan halalan toyyiba... Pensijilan Halal Malaysia masih bersifat sukarela, bukan wajib". Namun kita sebagai ummat Islam, mencari yang halal itu wajibkan... Info ini adalah sah pada 6 April 2012. Later than this date, kita akan tau samada Tutti Fruitti akan dapat status Halal JAKIM atau tidak. Boleh rujuk link ini -> Status Halal JAKIM Tutti Fruitti

Harap, Tutti Fruitti akan dapat sijil Halal JAKIM secepat mungkin. Jom ngaps!


03 April 2012

Melompang - kuih lompang

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:07:00 PM 4 comments
Ha.... ini adalah hasil lompangan saya. 3 kali buat dalam pics ni, gambar kali pertama dan kali kedua buat. Buat kuih ni sebab terasa nak makan untuk buka puasa + rindu kuih lompang mak buat. Rasanye... sedap lagi emak yang buat. Halamak, homesick! Heheh.. tua-tua pun rindu ayah mak lagi :D

Dalam proses pengukusan.

LinkTerima kasih atas jasa pengukus ini yang dihadiahkan oleh Pn. Munirah sempena perkahwinan saya dan suami. Banyak jasa ni.

Cubaan pertama yang tak seberapa lompang.

Cubaan kedua. Lompang menjadik tapi macam lembik sket.

Hasil lepas dah letak kelapa parut. Ngap!

Yang saya buat tak berapa nak jadik ni sebab saya mesti nak jugek alter resepi sket-sket. Tu pasal tak jadi comey. Heheh. Senang jek resepi Kuih Lompang emak saya ni:

Bahan-bahan:
100 gm tepung beras
25 gm gula
250 ml air
Kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam

Cara-cara:
  1. Panaskan air bersama gula di dalam periuk sehingga gula cair. Sedap jugek kalau letak daun pandan sket. (Buat air gula). Biarkan sejuk.
  2. Panaskan kukusan yang telah diisi dengan air.
  3. Setelah air gula sudah sejuk, campurkan tepung beras ke dalam larutan air gula. Kacau sebati. Larutan tidak pekat. Cair sahaja. (Ada orang letak kapur jugak sket)
  4. Asingkan larutan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
  5. Warnakan larutan dan tuang ke dalam bekas lompang.
  6. Apabila air dalam kukusan telah mendidih, masukkan bekas lompang yang telah berisi.
  7. Kukus selama 20 minit.
  8. Apabila sudah masak, sejukkan kemudian barulah dikeluarkan dari bekas lompang. Cungkil dengan pisau untuk memudahkan kuih keluar.
  9. Hias dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.

Done! Selamat menjamu selera.


 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting