17 October 2012

Demam Poplook!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:44:00 PM
Dalam less than 2 weeks, aku rembat 6 helai persalinan Poplook dan semuanya dress! Reason: sebab da berbadan dua buat kedua kalinya ini.. nak kene pakai loose sket. Jeans memang tak muat da kecuali 1 jek sebab yang tu memang pinggang dia extra besar. Sebenarnya perut aku da memang sedia uncit sket selepas lahirkan Aqeel dan aku memang tak bersedia nak kempiskan sebab agak-agak umur Aqeel dalam 2 tahun ++ memang nak preggy lagi. Tu la hasrat hati tapi rezeki datang lebih awal..  Alhamdulillah.. Allah da nak bagi.. kita terima :D

Ha.. berbalik kepada hasil rembatan aku.. ni la dia. Layan piccas:

 Empire combo maxi dress-fuschia
 Yang ni ada 1 saiz jek. Nasib baik muat muat. Atas lycra, bawah lined chiffon. Beli ni sebab nanti nak breasfeed senang. Material lycra stretchable tapi kena pakai cardigan la. Kain dia.. kalo malas gosok.. ble dah basuh.. sangkut... kurang la kedut dia.

 Michelle maxi dress-blue
Yang ni pun ada 1 saiz jek. Muat muat badan gak. Kain fully cotton, bahagian bawah lined. Beli ni pun kunun sebab nanti nak breasfeed senang. Ingat bahagian atas tu stretchable tapi rupanya tak... huhu.. kena pakai cardigan juga yang ni. Disebabkan kain dia cotton.. kene rajin iron ble nak pakai.
 Penny chiffon maxi dress-berry purple
Suka yang ni. Warna asal tak macam ni. Lebih purple dari ni. Darker kot. Material chiffon fully lined. Tapi lengan ala-ala 3 suku. Aku beli ni saiz L. Nasib baik muat. Dress ni memang da tercekik kat pinggang so, xde belt pun xpe.

 York smocked maxi dress-maroon
Yang ni nampak stylish tapi ble dapat, tengok macam jubah nenek aku aje. Hihi.. didatangkan sekali ngan kain yang macam tali pinggang kunun nak ikat kat pinggang. Belt sold separately ye.. Kain dia nipis, silky, tapi tak transparent maybe sebab warna gelap kot. Rasenya kene pakai baju & kain (inner) kat dalam sebab material dia so nipis takut nanti angin datang.. abis semua nampak. :p Aku beli ni saiz M. Muat muat aje.

 Lucy chiffon maxi dress-blue
Extra suka! Sebab tutup aurat, chiffon fully lined :D Aku beli saiz L. Muat juga. Yeay! Aku tak beli TALL, beli yang regular aja. Dress ni memang da tercekik kat pinggang so, xde belt pun xpe.

Lucy chiffon maxi dress-pink
Extra suka! Sebab tutup aurat, chiffon fully lined :D Aku beli saiz L. Muat juga. Yeay! Dress ni memang da tercekik kat pinggang so, xde belt pun xpe.

Overall, aku banyak beli chiffon sebab material dia tak melekat kat badan tapi flowly.. so nice. Design yang aku beli ni pregnant ke.. tak pregnant ke.. bley pakai sebab dia tak ketat kecuali yang York Smoked tu... aku tak sure lagi. Kene test dulu ngan perut ble dah besar nanti :D 

Penny chiffon maxi dress-berry purple ni.. sampai aje.. trus aku pakai... dengan kedut-kedut tu. Hahahah... pegi dinner ngan family, parents aku datang rumah jalan-jalan. Nasib baik kedai makan tu tak terang sangat so.. agaknya tak nampak obvious kedut tu :p (Lantak la.. hoohohho)

Pasal sizing, nasib baik semua dresses ni muat pada badan ku. Tinggi aku 158cm dan berat sekarang 57kg. Aku bagitau supaya senang korang nak wat reference kalo nak beli baju kat sini nanti. Tatau je la.. kalo beli online, mane bley try dulu. Ramai yang return balik/jual balik baju dorang sebab tak muat/longgar. Sayang je kan.. Da la menunggu nak dapatkan available stock/design.. pastu tetiba plak tak muat.

Aku blum fully test lagi most of these dresses.. kene test di siang hari plak. Panas ke tak... Ni merangkap baju raya haji la.. Sebenarnya da lama aku tak shopping termasuk baju, sebab tu aku rembat 6 helai sekaligus. Heh.. So, ini hanyala pre-review. Conclusion: seronok!

P/s: nanti aku review service Poplook plak.

9 comments:

aj said...

Hi sis...kalau u nk let go dress2 ni let me know ye. Thx
Ajmahs@yahoo.com

~*Dandelicious Princess*~ said...

ok no prob ;)

aj said...

Dear juallah penny berry or york tu kat i....lama da i cari x dpt2... Seday

~*Dandelicious Princess*~ said...

eh, nape u x dapat? I beli senang jek dapat. U kene ready depan notebook kalau dia cakap nak uploadkan any new products. Biasa Poplook akan publish news apa items yg dia akan uploadkan. Penny I, I sayang. Hihih.... York tu... I butang da tercabut sebijik. Tak jumpe lak mane pegi nye. hihih

~*Dandelicious Princess*~ said...

Lupa nak cakap. Poplook publish news kat fb dorang taw. Check it there regularly for new/restock items

nasfza said...

Sis. Kalau nak letgo penny cobalt blue tall tu sy nak sis. Hehe. EmaIl me nurhafiza.kamarudin@gmail.com

nasfza said...

Sis.. nak letgo ke cobalt blue tu? Plsss nak sgt. Email me nurhafiza.kamarudin@gmail.com

nasfza said...

Sis.. nak letgo ke cobalt blue tu? Plsss nak sgt. Email me nurhafiza.kamarudin@gmail.com

~*Dandelicious Princess*~ said...

cobalt blue yg mane eh?

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting