19 March 2013

Breastpump Pilihan Hati

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 3:24:00 PM
Selepas survey, buat research la sangat, baca review orang, inilah breastpump yang berjaya diangkut dari FabulousMom Kuantan. Bley jek beli online tapi nak gak gi tengok sendrik sebab nak tengok texture nursing bra gak. Skang ni tengah sale kat FabulousMom, Harga retail semasa Rumble Tuff ni RM 449.00, dapat beli ngan harga RM 404.10 now. Yeay!

Dulu saya pakai Medela Harmony Manual Breastpump. Aqeel sangat kuat menyusu. Nak tandem pun saya tak dapat sebab penat sangat menyusukan Aqeel. Lagi plak tangan Aqeel memang tak bley duk diam. Mesti nak usik-usik gak pam tu so proses mengepam menjadi sangat mencabar. Last-last saya serender. Kalau Aqeel tak menyusu jek baru pam. Tapi saya jarang pam sebab kebanyakan masa memang Aqeel duk menyusu jek. So kali ni kalau perlu tandem ok sket kot sebab RT kan boleh pakai letrik, harap tak la penat sangat nak menyusu sambil mengepam.



Pastu ada promosi purchase with purchase. Setiap RM 100 belian, boleh beli barangan tertentu dengan harga RM 5, RM 10 atau RM 15 setiap satu. Best best best. Gile kejap dapat beli nursing bra yang harga RM 39.90 dengan harga RM 10. Sebab saya beli RT tanpa pakej, so dapat beli 4 nursing bra, so jimat near RM 120 kat situ. Manela saya tak naik gila. Hohoho.. Kat bawah ni iklan FabulousMom kat dalam majalah Pa&Ma April 2013.


 Pastu memang nak beli Jingle Jungle Breast Milk Storage Bag. Tak tau plak tengah sale. Tetiba jek murah dapat beli dengan Harga RM 9.90 per pack berbanding RM 12.90 harga biasa. Ingat staff dia silap kira rupanya memang sale da. Saya beli 2 boxes. Memang kapasiti dia besar, 12oz satu bag tapi berbaloi sebab murah, can easily be flatten, double ziplock, tahan bocor dan banyak review cakap bagus JJ plastic storage bag ni. Contohnya review ni.


Tambahan, Pureen Refill Liquid Cleanser. Untuk basuh breastpump equipments. Dulu time Aqeel guna brand Anakku, memang puas hati. Kali ni terbeli yang ni sebab tak banyak choice kat FabulousMom haritu. Buat basuh botol susu Aqeel jugak. Owh.. Aqeel minum susu dalam botol yang ada straw tu. Botol susu yang ada puting, tak boleh nanti dia buat main tonggeng botol tu.. abis lantai di'basuh' dengan susu. Uwaa!!! So, since lepas berpantang, memang Aqeel never use botol susu yang ada puting sampai la skang.

 Credit: mudah.my

Total damage: RM 476.80. Total save: RM 170.50. Puas hati sangat ngan RT ni.. walaupun tak guna lagi. Setakat ni, suka sebab rasenye tak susah nak assemble dan disassemble parts. Partsnya tak kecil sangat so tak leceh nak handle. Partsnya nak kata banyak, ok la kot.. dan bagi saya, mudah dibasuh even kene pakai cotton buds to reach some places but still reachable. Tu yang penting bagi saya. Kalau ada parts yang saya tak bley nak reach, rase tak puas hati jek. Macam tak bersih aje macam Medela Harmony saya dulu, ada parts yang tak boleh nak disental. Memang tak puas hati. Aa.. ni baru pre-review Rumble Tuff. Nanti da guna saya review lagi.

0 comments:

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting