Showing posts with label selusuh. Show all posts
Showing posts with label selusuh. Show all posts

22 February 2013

Persediaan Berpantang dengan Set Bersalin NR dan Tanamera

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:40:00 PM 0 comments
Hari ni 31 minggu 3 hari dah usia kandungan saya. Alhamdulillah... Pagi tadi pergi checkup, doc cakap semua ok. Baby da turun ke bawah cuma blum engage. Kali ni saya banyak menumpukan kepada persediaan untuk berpantang sebab untuk baby yang bakal lahir, banyak lagi barang Aqeel yang masih boleh dipakai. Ilmu keibubapaan pun ada study tapi tak semacam kali pertama dulu, semua nak kene study. Well, learning process never ends. Dulu pun saya tak disiplin sangat berpantang dan badan memang rase lenguh-lenguh after confinement period ended. So, kali ni nak manjakan diri sket, pampering myself with all the products.

Bercakap mengenai set bersalin, saya pilih complete set dari Nona Roguy atau sekarang lebih dikenali sebagai NR sekarang ni dan juga beberapa produk yang saya beli secara loose dari Tanamera.

Jum nengok set bersalin NR dulu:

Harga: RM 275 termasuk pos 

Apa yang ada dalam set ni & kegunaannya:

PhytoNatal - 90 biji
Ia dapat menseimbangkan hormon wanita (estrogen/progesterone - iaitu hormon wanita mengandung). Jika hormon ini tidak diseimbangkan semula maka berisiko tinggi mendapat masalah meroyan. Dicadangkan diambil bersama dengan Akar Herbanika
 
Akar Herbanika - 10 paket
Umpama ubat periuk yang digunakan secara tradisional - khasiat: dpt mengeluarkan darah bantal dan memperbanyakan susu. Zaman sekarang ramai yang nak cepat darah kering dengan rawatan injection selepas 2 minggu darah dah berhenti, akibatnya mudah diserang penyakit hormon atau lebih dikenali sebagai angin meroyan

Minyak Herbanika - 100 ml
Sapuan seluruh badan untuk melembutkan urat yang tegang semasa proses peneranan melahirkan anak, secara normal. Semasa mengandung juga proses pembesaran bayi akan menekan atau menghimpit urat-urat pinggang. Amat baik digunakan untuk luka jahitan bersalin, juga disapukan dibahagian kulit kepala pula untuk keluar angin terutama dibahagian ubun-ubun dan sapuan di seluruh badan

Herbanika barut (krim) - 60gm
Dapat membantu mengembalikan bentuk tubuh wanita, mempercepatkan aliran keluar darah kotor, mengecutkan pinggang, melembutkan urat-urat pinggang dan punggung. Jika mengalami kegatalan semasa menggunakan bersama bengkung, berhenti sekejap berbengkung dan sapuan herbanika barut. Hanya guna minyak herbanika sahaja. Ini adalah kerana kotoran yang keluar dari liang roma dan angin meroyan resdung yang banyak keluar

Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
Ia merupakan anti septic yang dapat membantu mencuci kotoran, menghilangkan bau busuk, anti fungal, cepat menyembuhkan luka bersalin dan menyembuhkan buasir yang disebabkan oleh proses meneran ketika bersalin. Membantu mengeluarkan darah nifas sepenuhnya semasa 2 minggu berendam. Darah nifas yang tidak habis keluar akan mengundang masalah hormon pada masa akan datang (penyakit melunai). Jika tidak diubati penyakit ini akan berlarutan

Herbanika Lulur - 100gm
Digunakan untuk masalah kulit semasa mengandung. Pertukaran hormon selalunya berlaku dan akan timbul tompok hitam pada kulit. Elok digunakan selepas mandi, agar bahan lulur akan meresap ke liang roma untuk menghasilkan kulit yang lembut. Semasa proses melahirkan anak, sebaik sahaja anak keluar, angin akan masuk disemua permukaan, tapak kaki (terutamanya di ibu jari. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan bahagian betis, celah peha dekat kemaluan boleh pecah urat-urat halus. Oleh itu, perlu dilulur sehingga urat kemaluan celah kelangkang.

Selain tu, saya juga beli Buku Panduan Berpantang juga dari Siti Aishah Confinement, Blessed Beauty Confinement
Harga: RM 20.00 - RM 23.00 mengikut kawasan Semenanjung/Sabah Sarawak

Tapi yang saya beli bukan yang ni. Maybe saya beli yang previous version kot and it is nicely self printed by the writer but still can be use for confinement. Saya beli dengan harga RM 15.00. Yang dalam gambar ni latest version. Cantek dan isinya updated la kan.

Harga: RM 24.00
  
Yang ni bukannya untuk kegunaan lepas bersalin. Saja beli untuk treat keputihan dan nak guna sebagai wash-wash cik v. Hihi... Dalam pantang pun bley pakai kata Ice, tokey Blessed Beauty Confinement ni.

Formula dari daun sirih. Daun sirih terkenal dengan khasiat perubantan, ia mempunyai ciri-ciri anti-septik bagi melegakan dan melembabkan penstrukturan komponen, bertujuann utk cucian harian untuk kebersihan peribadi, digalakkan penggunaanya selepas datang haid dan semasa mengandung, terutama untuk wanita yg bermasalah keputihan. *Ini juga elok utk kanak2 yg mengalami sakit kulit.

Meh tengok set bersalin Tanamera plak:

Set Bersalin Tanamera
Harga: RM 360.00
Selain dapat dibeli dalam set, boleh juga dibeli secara loose. Apa yang ada dalam set ni dan harga untuk belian secara loose (credit to):


Virgin Coconut Oil (VCO) - RM 34.00
Brown Formulation Body Soap - RM 15.00
Lavender Floral Water - RM 36.00
Herbal Massage Oil - RM33.00
Feminine Herbal Wash - RM 26.50 (12 uncang) 
Herbal Bath - RM 26.50 (12 uncang) 
Boreh Body Scrub - RM 46.00
Bengkung - RM 50.00

Produk berikutnya hanya terdapat dlm set, tak boleh beli loose: 
Firming herbal blend paste (tapel) 
Calming herbal blend paste (pilis)
Herbal tea

Owh!!!! Saya tak beli full set ye. Tak mampu mak. Saya cuma beli 3 items ni: Virgin Coconut Oil (VCO), Brown Formulation Body Soap, Bengkung. Saya beli dari http://tanamerapostnatal.com. Actually, VCO dan body soap ni, pre & postnatal product. Even kalau tak kawen lagi pun bley pakai. Tapi gunakan mengikut kesesuaian la kan.






Reason beli VCO sebab terpengaruh ngan iklan katenya boleh kurangkan koyakan cik v semasa lahirkan anak, boleh kurangkan strech mark, lembutkan rambut dan dijadikan selusuh. Minum VCO ni. Ala.. petua melayu pun cakap minum dan sapu minyak tanak... vco la... Cuma ni komersial sket la kan. Mak saya pun ada bekalkan minyak tanak yang dia belikan & bacakan ayat suci Al-Quran. Yang ni.... saya reservekan untuk minum. Tanamera VCO, saya peruntukkan lebih kepada kegunaan luaran.

Reason beli Brown Body Soap sebab terpengaruh review bloggers. Heheh... Mostly cakap puas hati. Berkesan tanggalkan daki, sel kulit mati dan cerahkan kawasan kulit yang tergelap sket tu. Rasenya bley share ngan hubby & pakai semasa mengandung, selepas pantang. Even kalau tak pregnant pun boleh pakai ni. Untuk sental-sental badan. :D

Reason beli Bengkung, sebab blum ada sendrik punyer. Dulu pun pinjam ngan mak sedara. Lagipun Tanamera nyer bengkung ni panjang. Dari bawah cik b hingga ke bawah punggung. Harap saya rajin pakai la ye. Banyak review cakap leceh gak bengkung ni sebab tali dia 1 jek dan panjang plak tu... Nak kene lilit banyak kali. Tapi mungkin bagus gak supaya kemas kita punya kedudukan bengkung tu ble da pakai.

Oke. Catatan kali ni hanya pasal set bersalin yang saya pilih. Nanti da selamat bersalin, bley la saya buat review plak.

13 December 2010

Koleksi doa selusuh

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:20:00 AM 2 comments
Selusuh: "satu ikhtiar dengan mengamalkan kaifiat tertentu untuk memudahkan kelahiran". Penerangan lanjut di sini.

Nak masuk 8 bulan baru saya sibuk-sibuk nak berselusuh ni. Dengar kata, biasanye orang setat pada usia 7 bulan kandungan. Tak pe la lewat sket pun asalkan ikhtiar gak. Heheh... Yang pertama, keluarga sebelah mertua wat majlis solat hajat dan bawakan air solat hajat untuk mandi. Kira selusuh gak la kan? Tatau la saya. :p Tak lama lepas tu... kawan emak ada beri sejenis bawang ni.. Tatau la bawang spesis ape. Memang saya tak pernah tengok la bawang tu. Katanye, perlu dimakan layer by layer. Wat ulam pun bley. Tak perlu dimasak. Makan jek trus. Rasanya macam pedas-pedas sket la. Telan jek la. Emak ada amik 2-3 biji bawang tu yang dah berakar untuk ditanam kat area rumah. Then, kakak plak beri air solat hajat dan minyak selusuh yang dia mintak tolong mak mertua dia buatkan untuk saya. Er.. nape plak emak mertua sebelah kakak plak kene watkan? Heheh.. sebab tatau nak mintak sape yang watkan minyak selusuh tu. Sebenarnya, saya dah tersilap cakap kat emak mertua saya, keluarga saya nak watkan minyak tu. Sudahnya, tatau nak minta tolong sape wat. Heheh.. Jadi mintak tolong keluarga mertua kakak saya. Tibai aje. Ada lagi, emak suh saya pergi klinik homoeopathy untuk amik ubat selusuh kat sana. Sebagai anak, menurut kata orang tua yang lebih dulu makan garam :D

Selain tu.. masuk 8 bulan, saya ada cari doa-doa untuk selusuh ni. Saya rujuk kat blog Nad. Emak pun ada kasi ayat selusuh. Ayat Quran. Tapi saya lupa plak ayat dari surah mana dan ayat ke berapa. Maksud dia memang elok. Nanti saya tanyakan pada emak. Pastu.. ustazah kelas ngaji plak, pesan baca ayat no 15 & 33 dari surah Maryam. Baca selalu dan gosok-gosok perut sambil baca. Ayat ni saya baru nak hafal. Sebab kalo nak hafal semua, takut konpius or terlupa. Hafal satu per satu.

Surah Maryam, ayat 15 & 33. Sumber dari http://quran.com/19.

And peace be upon him the day he was born and the day he dies and the day he is raised alive.

And peace is on me the day I was born and the day I will die and the day I am raised alive."


Ada lagi 20 hari ke due date saya. 2 orang kawan yang due bulan ni.. da selamat melahirkan pada bulan ini. Cuak gak ni. Harap semua selamat. Amin.


 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting