13 December 2010

Koleksi doa selusuh

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:20:00 AM
Reactions: 
Selusuh: "satu ikhtiar dengan mengamalkan kaifiat tertentu untuk memudahkan kelahiran". Penerangan lanjut di sini.

Nak masuk 8 bulan baru saya sibuk-sibuk nak berselusuh ni. Dengar kata, biasanye orang setat pada usia 7 bulan kandungan. Tak pe la lewat sket pun asalkan ikhtiar gak. Heheh... Yang pertama, keluarga sebelah mertua wat majlis solat hajat dan bawakan air solat hajat untuk mandi. Kira selusuh gak la kan? Tatau la saya. :p Tak lama lepas tu... kawan emak ada beri sejenis bawang ni.. Tatau la bawang spesis ape. Memang saya tak pernah tengok la bawang tu. Katanye, perlu dimakan layer by layer. Wat ulam pun bley. Tak perlu dimasak. Makan jek trus. Rasanya macam pedas-pedas sket la. Telan jek la. Emak ada amik 2-3 biji bawang tu yang dah berakar untuk ditanam kat area rumah. Then, kakak plak beri air solat hajat dan minyak selusuh yang dia mintak tolong mak mertua dia buatkan untuk saya. Er.. nape plak emak mertua sebelah kakak plak kene watkan? Heheh.. sebab tatau nak mintak sape yang watkan minyak selusuh tu. Sebenarnya, saya dah tersilap cakap kat emak mertua saya, keluarga saya nak watkan minyak tu. Sudahnya, tatau nak minta tolong sape wat. Heheh.. Jadi mintak tolong keluarga mertua kakak saya. Tibai aje. Ada lagi, emak suh saya pergi klinik homoeopathy untuk amik ubat selusuh kat sana. Sebagai anak, menurut kata orang tua yang lebih dulu makan garam :D

Selain tu.. masuk 8 bulan, saya ada cari doa-doa untuk selusuh ni. Saya rujuk kat blog Nad. Emak pun ada kasi ayat selusuh. Ayat Quran. Tapi saya lupa plak ayat dari surah mana dan ayat ke berapa. Maksud dia memang elok. Nanti saya tanyakan pada emak. Pastu.. ustazah kelas ngaji plak, pesan baca ayat no 15 & 33 dari surah Maryam. Baca selalu dan gosok-gosok perut sambil baca. Ayat ni saya baru nak hafal. Sebab kalo nak hafal semua, takut konpius or terlupa. Hafal satu per satu.

Surah Maryam, ayat 15 & 33. Sumber dari http://quran.com/19.

And peace be upon him the day he was born and the day he dies and the day he is raised alive.

And peace is on me the day I was born and the day I will die and the day I am raised alive."


Ada lagi 20 hari ke due date saya. 2 orang kawan yang due bulan ni.. da selamat melahirkan pada bulan ini. Cuak gak ni. Harap semua selamat. Amin.


 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting