06 December 2010

Breatpump Equipment

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:31:00 AM
Kali ni nak cakap pasal breastpump equipment. Saya beli ni pada minggu ke 32 a.k.a masuk 8 bulan usia kandungan. Tak kesah la korang nak beli bila. Bergantung pada masing-masing. Better before deliver supaya suami anda tak blur nak pergi membeli semasa anda sedang berpantang.


Saya beli ni kat OneBabyWorld. Ni 1st time beli. Harganya RM 315. Ni package Medela - Harmony Breastpump **Back to Work Package** . Ni pakej yang paling murah. Hahaha... Nak try yang manual pump dulu. Nanti-nanti baru fikir nak beli elektrik ke apa.. sebab masih tak tahu kemampuan sendiri nak breastfeeding ni. Terpulanglah kepada masing-masing. Masa saya beli tu da promosi dah. Skang ni tengah year end sale harganya turun lagi jadi RM 310. Tapi saya tak nyesal pun. Beli awal-awal.. setel.. hati senang.

Owh..Ape yang ada dalam pakej ni?

  1. 1 unit of Medela Harmony Manual Breast Pump with 2 Phase Expression worth RM269.00
  2. 1 Autumnz Cooler Bag (FREE Autumnz Air Dry Mesh Bag)** worth RM55.90
  3. 3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
  4. 8 bottles of AutumnzPP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag) worth RM38.90 - yang ni saya dapat Bumble Bee Storage Bottles punye sebab stock Autumnz da abis. Still 8 bottles with FREE 2 bottles but without ziplock storage bag. Psst.. memang hasrat hati tanak pakai ziplock storage bag tu dan sememangnya lagi suka Bumble Bee bottles sebab dia kaler blue! Heheh..
  5. 1 pc of Autumnz Nursing Bra** worth RM39.90

Pastu.. dapat plak RM 10 voucher lagi.. and free delivery sebab harga belian melebihi RM 200. Hanya untuk barangan tertentu sahaja taw.

Mari kita tengok details lagi:

Ni.. Medela Harmony pump. Disertakan dengan gajet sebagaimana gambar paling kiri dan tengah. Ada bottle Medela jugek. Kalo tanak pakai botol medela, boley guna Bumble Bee nyer. Muat masuk sebab mulut pump tu standard size dan sesuai dengan kebanyakan storage bottles. Rasenye.. storage bottle Autumnz pun muat jugek.


Ni plak Medela bottles. Ada 1 jek tau. Boley diguna untuk direct pump ke botol ini atau as a storage bottle atau.. bley wat as botol susu. Pasang jek teet kat atas dia. Mulut botol ni standard size dan boley match ngan kebanyakan teets yang berada di pasaran. Saya test teet Anakku. Muat. Beres! So maknanya.. kalo sudah siap pump.. boley simpan dalam fridge direct. Jangan lupe letak seal disc kat atas dia. Pastu ble nak feed baby.. boley kuarkan dari fridge, rendam dalam air untuk jadikan suhu susu tersebut sesuai untuk baby dan.. seterusnya.. tukarlah sealing disc kepada teet dan bley trus feed baby. :D


Gambar paling kiri tu... Bumble Bee storage bottle yang saya dah cabut satu-satu. Botol, leher dia dan sealing disc dia. Yang tengah tu.. Bumble Bee storage bottles yang blum di unpack. Ada 8 dalam kotak, percuma 2 kat luar kotak tu. Boleh pump trus ke dalam botol ini dengan menggunakan Medela Harmony (breastpump Medela lain saya tatau.. Bley gak kot) atau dijadikan feeding bottles juga. Gambar paling kanan tu.. Autumnz ice pack.


Ni Autumnz Cooler Bag. Ada 1 poket kecik kat depan.. Ada 2 main compartments. Ada poket-poket kecik jugek kat dalam dia. Boley la selit-selit apa-apa yang patut. Ada 2 tali yang membolehkan bag ni digayakan mengikut cara anda. Boley wat sling style dan bley wat ala-ala single penyangkut untuk sangkut kat mana-mana. Eg: dalam kereta or kat stroller. One side is bigger than another side. Muat juga letak Medela Harmony breastpump dalam tu. Rasenya 4 bottles da cukup untuk pump daily kat opis. Gambar paling bawah kanan.. tu ada yang kaler putih tu.. percuma skali Air Dry Mesh Bag. Untuk simpan bottles or breastpump semasa proses pengeringan. Sangat sesuai nak guna masa travel or kat opis.

Ada 1 lagi gambar yang saya tak letak kat sini. Nursing bra. Segan. Hehehe... Saya beli design Glenn ni.

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan hasil shopping saya ni. Khidmat dari OneBabyWorld pun adalah memuaskan. So.. saya beli lagi buat kali ke2 nya.. saya beli 2 pieces Glenn nursing bra lagi. Sebab design dia simple dan tak attractive sangat serta kain cotton yang selesa. Ni pendapat pembeli semata-mata. Tak guna lagi pun barang-barang ni. Nanti kasi review selepas penggunaan plak. Hehhe...

~*~

Sebenarnye.. pening kepala gak mula-mula nak beli breastpump yang macam mana.. brand ape.. nak beli electric or manual... nak beli kat mana. Konpius betul. Lastly saya shortlist Medela Harmony & Avent ISIS Manual. Pilih manual dulu sebab tak confident sangat dengan kemampuan badan sendiri untuk fully breastfeed. Tapi kene beli gak. Kalo tak ada usaha.. tak akan ada hasil kan? Berkenan sangat ngan Avent sebab dia kaler biru dan nampak lagi ekslusif. Heheh.. Ni kehendak ni. Bukan keperluan. Da bling-bling gitu..

Macam biasa.. semua perkara/benda ada pros n cons nya. Macam gak 2 breastpumps ni. Saya dapat info.. ramai pengguna vote for Medela Harmony for easy parts & vote for Avent Isis for easy let down (lagi senang nak keluar susu sebab dia ada massaging function). Finally saya pilih Medela sebab:
  1. Jumpa tawaran menarik dari OneBabyWorld dan...
  2. Banyak affordable storage bottles yang bley match ngan Medela Harmony untuk direct pump & store.. dan.. bley feed pakai same bottles jugak.
  3. Easy parts to handle.

Tak pilih Avent sebab (minta maaf kalo info salah. Ampun..):
  1. Mengikut hasil pembacaan saya.. kalo Avent ni.. mulut bottles dia size lain. So.. kene beli storage bottles Avent gak. Bukan murah weh...
  2. Dia punya VIA cups pun.. dengar ceritanya.. penutup dia tak berapa rapat dan senang tertanggal. Cane nak bawak travel or bawa pegi taska/rumah babysitter? Lagi kukuh pakai storage bottles la kot.

Setakat ini, tak menyesal lagi pilih Medela Harmony (tak guna pun lagik :p). Walaupun saya lagi suke kaler biru Avent.. tapi kaler kuning Medela pun sweet jugek. Hehhe.

Sekian. Selamat menyambut Awal Muharram. Jangan lupa baca doa Akhir dan Awal tahun. Sila rujuk entry kat blog Munie.

0 comments:

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting