Akhirnya, dapat shopping lagi. Yeay! Skang ni duk sibuk Y.E.S, year end sale tapi, saya tak ada ape yang nak dibeli sebab semua barang baby sudah dibeli. Tinggal baby cot dan bedding set untuk baby cot sahaja blum lagi. Tengahari tadi sempat ke kedai perabot berhampiran ofis. Sudah pilih dan akan amik design seperti di bawah. Petang ni, lalu depan kedai, hangkut!
Baby cot ni tak masuk pun dalam baby checklist sebab yang ni tak digunakan secara wajib dalam tempoh pantang. Cuma kena ada juga coz maybe dalam minggu ke 3.. atau 4 pantang.. saya akan balik ke rumah sendiri. Emak saya bekerja sebagai guru. Rasenya emak tak kesah tapi kalo buley.. tak nak la menyusahkan ibunda tercinta nengokkan saya aje. Mesti penat lepas balik kerja. Lagipun yang tinggal kat umah semua laki. Mana nak jaga saya.. cucu.. dan kaum lelaki kat rumah tu... Kalo saya da rase kuat.. saya akan balik umah sendrik. Nak susah kan encik suami jaga saya plak. Hahahah.
So.. kene pakai baby cot. Rasa tak selamat share katil ngan baby. Biarla dia ada katil ekslusif untuk diri sendrik. Nanti nak letak kelambu siap-siap. Ayah & ibu takde kelambu tak ape. Kitorang tido tak hengat. Kene gigit nyamuk buley slumber tdo. Heheh. Harap bley tersedar malam-malam kalo baby nak susu.
Ha.. kenapa baby cot? Kenapa tak playpen? Sebabnya.. saya ada terbaca kat 1 blog ni.. lupe sourcenya. Better beli yang kayu sebab tahan lagi lama daripada playpen. Anak da besar sket pun still bley guna baby cot. Playpen.. macam tak berapa kukuh jek. Sesuai untuk baby sahaja. Er.. betul ke saya cakap ni? Kalo tersilap... sory yek. Tapi playpen memang cute gitu. Tergoda jugek menengoknye. Sabo aje la.
Sebijik la baby cot macam ni yang saya beli. Nanti nak shopping kain cute plak untuk nak dibuat sarung tilam & bantal. Lagi... nak cari kelambu. Owh.. seronok dapat perabiskan duit ni. Heheheh. Tak la perabis sangat. Katil ni harga dia dalam RM175 pun bley dapat. Da survey kat kedai barang baby. Mahal.. paling murah pun RM300. Er.. kedekut ke? Tak la.. berhemah ni. :p Sebenarnya kakak dan abang ipar yang penat-penat pergi survey. Dorang beli yang sebijik camni la. Dapat harga RM175. Hubby & saya dapat harga RM190 sebab beli di kedai yang lain. Malas nak pergi kedai yang kakak saya beli sebab saya pun da penat nak berjalan nak cari barang. Petang ni nak try nego harga lagi. Hehehhe. Actually dia nyer base macam x kukuh sangat. Kakak saya pernah tertekan base dia dan patah la.. Abang ipar bawa pegi kedai yang dia beli tu.. free baiki. Siap tambah kayu nak bagi extra support. Hubby & saya nak tambah sendrik jek kayu kat bawah base tu. No hal la rasenya.
# update: berjaya nego dapat RM180. Oye!
Kisah Abu Hurairah r.a dengan semangkuk susu.
2 years ago
4 comments:
nieza ms preggie, nk sgt beli katil tuk Rania.. skang dh tak mau dh duk lam katil dh... nk tdo berhimpit ngan mama jer... =p
tu la nieza. excited tgk katil baby comey2. tu yang beli jugek. Hihihi..
salam..boleh tau tak kat mana awak beli baby cot nih?
hye. Sori br perasan ada komen. Saya beli kat kedai perabot aje.
Post a Comment