21 June 2010

1 doc, 1 klinik, patient bertimbun!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:46:00 AM 6 comments
Marin g klinik gomen. 2nd checkup kat klinik gomen. 6 JAM tunggu. X sakit, jadi sakit. Hubby da tensi-tensi. Saya berganda-ganda tensi. Dorang guna sistem manual. Tulis menulis. 10x salin-menyalin. Rasa nak jek propose integrated sistem. Geram sungguh tengok sistem yang amat slow. Huhuhu~ Nurse... ok.. layanan dengan senyuman manis. Doc pun nampaknya berusaha kejar nak abiskan patients secepat yang boleh. Kesian tengok dorang.. Macam x sempat jek nak lunch. Tapi tu la.. sistem yang amat x sistematik. Da la nombor giliran x display. Semua ibu mengandung menunggu sambil kelaparan.

Marin saya lunch kul 4 petang. Tapi badan still rase lesu sampai sekarang. Iye la.. biasa.. makan slalu.. Ni hampir 6 jam x dapat makan. Tu pun Hubby g belikan Rotiboy & air soya. Ada patient sorang lg cakap, "lenkali kalo nak datang sini kena bawak makanan banyak-banyak!". Heheheh... saya sangat bersetuju. Ibu mengandung memang selalu amat lapar. Huk! Huk! Ada 1 peti yang pihak klinik sediakan air kotak (of coz kene bayar) & tabung yang berisi kacang (yang ni free kot). Tak cukup beb. Hubby cakap, lenkali kalo g klinik gomen.. bawak makanan banyak-banyak pastu cakap.. "Jual roti! Jual air! Jual nasi. Mari beli!". Kikikik. Kalo ikut logik, memang bley wat duit. Wakakakak. Er.. sape nak wat?

Menjelang tengahari, area depan untuk tunggu nak jumpe nurse da lengang. Area tunggu nak jumpe doc, masih padat. Area depan hanya diisi oleh para bapa-bapa @ bakal bapa yang tengah layan ngantuks. Ada yang da tido pun kat situ. Para ibu x dapat nak tdo sebab ruang padat. Kerusi pun xde bahagian nak letak kepala. Hari ni pun leher saya rasa macam nak terpatah. Penat lagi. Waaaa! Apepun, ni la salah satu pengorbanan seorang ibu. Baru tau... mesti kesian kat mak-mak kita yang nak lahirkan kita. Tak beranak pun lagi, just nak jumpe doc da tatau nak explain caner siksanya. Sabo aje la.

Minggu lepas saya excited nak g scan baby. Arini da ilang semua rasa sebab penat yang amat sangat. Kumpul kekuatan & semangat dulu. Nanti kite g scan ei.. baby ei.. kite gi klinik swasta lak. Sekelipan mata jek siap ni. Da 4 minggu x tau khabar orang kat dalam. Risau plak.

17 June 2010

Mummy & Baby checklist (Ayahnya kene pastikan semua cukup :p)

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:37:00 AM 2 comments
Saje paste awal2, sebab da bnyk kali jumpe tp wat ignore jek. Rasenye at last kene gak list down. Pinjam dari thepinkstilettos:

Clothes:
* Long sleeve/short sleeve/sleeveless rompers
* Sleepsuits
* Socks
* Scratch mittens
* Hats
* Receiving blankets
* Barut
* Baby laundry detergent
* Drawer for clothes

Feeding:
* Breast pump (Madela brand)
* Feeding bottles + teats
* Storage bottles
* Sterilizer
* Bottle & teat brush
* Bottle/food warmer
* Bib
* Burp cloths
* Bottle drying rack
* Bottle cleanser
* Muslin squares

Bathing/Baby Care:
* Bath tub
* Baby shampoo/baby bath
* Baby lotion/oil
* Diaper rash cream
* Cotton buds
* Cotton balls
* Hooded towels
* Wash cloths
* Changing mat
* Baby wipes
* Top n tail bowl
* Brush & comb
* Nasal aspirator
* Baby nail clipper
* Thermometer
* Disposable diapers
* Minyak telon

Beddings:
* Baby cot
* Mattress (latex)
* Blankets
* Bedding sets
* Mosquito net for cot

Travel:
* Stroller
* Car seat
* Baby-on-board sticker
* Baby Bjorn carrier
* Baby sling
* Diaper bag + travel changing mat
* Head support cushion for stroller


For Mommy:
* Disposable/washable breast pads
* Nursing bras
* Nipple cream
* Maternity pads
* Nipple shields
* Massage oil
* Warm socks
* Indoor slipper
* Nursing tops
* Disposable briefs

Kopi pes jek ni. Kene review balik.

16 June 2010

Kondisi semasa ~ week 12th

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:25:00 AM 0 comments
Ngantuk - sebab tidur x tentu. musim bola. heh. nurse cakap kalo penat kene rehat aka tdo. Aku suke advice ni :D

Penat - rase macam x cukup jek mase kat rumah nak setelkan semua perkara rumah. malam ni x yah masak, beli pasar malam jek la yek en. hubby yang baek hati :D

Lapo - setiap 1-2 jam. Owh... ape makanan yang nak dingap sambil layan ngantuks ni. Kadang-kadang wat tatau perut berbunyi sebab da penat makan. Sian baby kat dalam, ntah cukup ke x khasiat. Makan sawi wat tak nampak aje. Kasi telan aje dengan harapan baby dapat enough vitamin. Teringin nak mkn kurma + pistachio + kismis macam yang En Ramdan wat balik umrah aritu. Sangat sedaaaaaap! Tp mane nak dpt? Kurma mariami yang ayah selalu beli masa bulan pose pon sodap.

Blood pressure - good kata nurse last time checkup.
Nurse: "Hb ok, maknanye kepekatan darah ok n InsyaAllah baby dapat cukup nutrition. Awak pun x kan rase penat sangat".
Saya terkebil-kebil macam x percaya (yang lenguh-lenguh baru lepas kene amik darah): "Tapi nape saya rase penat sokmo?".
Nurse: "Hormon x stabil".
Saya: "Woo..." (blur).

Pemakanan (macam tajuk lapo jek :p) - ok, slalu lapar, semua bley rembat kecuali makanan x fresh rase macam nak buwek aje. Tp x bley makan bnyk @ one time walopun lapo sangat. Tambah lagi satu menu idaman: McD Strawberry/apple flavor twist. Er.. kan ke boikot McD? Susu adalah minuman favourite selamanye tapi skang selalu ngelat. 4 sudu each mug reduced to 2 sudu dan.. minum half jek. 2 times daily reduced to 1 time only. Tak tahan weh rase nak uwek gak. Calcium oh calcium.

Alahan - xde sangat. Just x bley makanan x fresh. X selera mkn berminyak di pagi hari. Uwek baru 3x sepjg preggy. Yg len2... eksen aje.. x kuo pape. Ok gak sebab sayang plak makanan kalo kuo balik. Rugi woooo...~ Ada terbaca, kalo alahan or morning sickness tu sign yang menunjukkan baby sehat. Tp jgn risau, kalo x alahan or x morning sickness, x semestinya baby x sehat. :D

31 May 2010

Simptom @ Sekadar alasan :p

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:53:00 AM 0 comments
Ngantuk... selalu ngantuk.. tdo banyak mana pun mesti x cukup. Kalo ngantuk.. tdo... Bangun.. baru rase segar dan bley wat keje. Masa tu... menggagahi diri wat kerja-kerja yang patut. TAPI, tak lama lepas tu akan rase penat yang amat sangat.. pastu rase x bley nak bergerak.. kene bing (baring dalam bahasa Ganu kite). So.. kalo da bing tu.. suda mustinye tdo dengan alasan nak mencari kekuatan. Tido - bangun - tido - bangun.. Ha... tu la keje aku hari-hari. Heheheh.. Tatau la kalo memang orang pegnant macam tu ke.. atau diri ini yang ngada-ngada ambil kesempatan nak tdo.. alasan "ibu mengandung ngantuks". Ada ka patut? Kikik... Tapi tak bley nak cakap gak. Sebab before tau pegnant, memang da setat simptom ngantuk ni. So.. saya pun tak dapat nak beri kepastian pada diri sendrik samada ni simptom ibu mengandung or simptom kemalasan melanda. :p Janji, baby sehat. Amin.

27 May 2010

05052010

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:33:00 AM 3 comments
Semasa setat nak tulis entry.. dalam rase dizzy~ tahan loya ni, tetiba rase macam 5hb ni.. tarikh penting ni... tkh ape eh? Cek facebook.. eheh... tarikh nikah rupanye; 05032010. Sory la En Hubby. Pn Mummy fenin-fenin lalat x center untuk berfikir. Heheh.

Seminggu sebelum 05052010 saya da mula cuak.. Kejap-kejap rase berdesup dada ble teringat. Er.. betul ke ni? Tunggu.. tunggu dulu at least 10 hari. 5 hari before 05052010, saya da sibuk-sibuk nak beli UPT. Ni kali ke2 beli. Before ni lewat 5 hari.. beli 1 untuk test. Muka bahagia masa g beli kat Watson. Rupenye... cet hampeh.. 1 line :p Terkedip-kedip tengok tester sebab 1 line jek.. Malam tu.. die datang.. sah x pregnant. Hahahah!

So.. berbalik cerita... beli UPT ke2 01052010 kat Guardian, Giant. Kali ni xde da muka bahagia. Muka segan kat En. Hubby sebab beria nak beli. Takot negetif lagi. Tapi saya da rase badan macam ada lain sket dr biasa... maybe jugak hormon da lain sebab baru kawen... tu yang lambat jek die datang.. Ayat pujuk diri kalo result negatif. Heheh. X sabo-sabo nak test. En Hubby cakap.. tunggu lagi.. sebab 02052010 die kene gi KL selama 2-3 hari. So, tahan dulu. Manetau kalo result positif, nanti dia x terpergi keje. Hahaha. So.... tahan.. En Hubby sampai ganu awal pagi 05052010. En Din tulon hantar sampai umah Ayah Bunda tersayang. Kami pun.. balik rumah kami sebab banyaj barang nak gi kerja ada kat rumah kami. Tdo....Zz....

Bangun subuh... saya test dengan penuh debaran. Memula 1 line.. pastu jap lagi line ke2 sirna jek... pastu clear! Biar betul. Betul ke ni? Alamak! Takut! Baru nak biasakan diri bergelar isteri (x pro lagi) da pregnant. Tapi mmg En Hubby nak cepat. Xpe.. asal En Hubby bahagia, saya pun bahagia :D

Saya pun pk cane nak kasitau En Hubby ni. So, saya letak la atas kotak flush toilet (duduk), dekat ngan shower foam En Hubby. Jap g.. sesudah urusan sy dalam bilik air selesai.. saya kejutkan En Hubby untuk solat subuh. "Alamak... liat la plak die nak bangun..." Then.. da suda dia amik air sembahyang.. kami solat sesame. Dia... no respond. "Mesti mamai x perasan UPT kat atas kotak flush tu". Takpe.. saya sabar... hihi... En Hubby tido balik after solat. "Mesti penat travel semlm". saya buat la ape yang patut... Iron baju.. masak air.. bla. bla.. bla..

Then.. kejut balik En Hubby nak g keje plak.. "Harap-harap dia perasan la..". Dia masuk bilik air. Jap lagi... "Bi, pregnant eh?". Dia keluar bilik air. Saya angguk aje. Heheh...... "Nanti karang b4 g opis kite g klinik ye...."

Alhamdulillah.

13 May 2010

Doa untuk mu, doa untuk ku.

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:10:00 PM 3 comments
Ape maksud tajuk ni?

Penah dengar x? Kalo kite doakan sesuatu untuk seseorang secara diam-diam.. (which means, hanya Allah dan kita sahaja yang tahu hence, IKHLAS) maka lagi makbul la doa tu. So... kalo rase xpenah ada orang yang cakap.. "Aku doakan engkau bahagia sehingga akhir hayat.. bla.. bla.. bla..", jangan risau.. berbaik sangkalah (dapat pahala gok neh.. hehehe..). Maybe saudara-saudara kamu yang kununnya x amik kesah itu sebenarnye sentiasa menyebut nama mu dalam doanya. Maka doakan-lah juga saudara-saudara kamu yang lain.. dan jangan lupa... doa untuk diri kita sendiri. Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi.. Allahuakbar!

22 April 2010

Hakikat sebuah realiti

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:04:00 PM 3 comments
Kikikikik... Gelak guling-guling aku membaca coretan sebuah realiti itu. Kelako ngat tapi... itulah hakikatnya. Semua yang dinyatakan adalah realiti. Tak semua yang berani menyatakannya. Ramai yang tunduk akur.. pasrah.. (cam akoo la tu).

Yes.. young & energetic... of course u want challenges. Normal symptom and do listen for it. :D

(Kakakakkakak... sambung gelak.)

07 April 2010

Jum masak-masak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:06:00 AM 8 comments
Sejak bergelar isteri.. aku mula aktif memasak sebab En Hubby suka makan kat rumah. Aku bukan reti masak pun :p Hari keja pun.. masak untuk dinner. So.. aku suke resepi yang simple n senang disediakan. Biasanya.. aku masak 1-2 lauk aje. Asal ada kuah, sikit sayur n lauk. Telur pun kire lauk jugek :p En Hubby pun suke join masak sama-sama. Adakala aku masak 1 lauk.. die masak lauk 1 lagi. Lagi cepat sebab aku selalu terkial-kial lantaran jarang memasak before this... Tqvm. Heheh.. Kadang-kadang.. hubby cume nak makan buah jek malam-malam. No rice. Tapi aku plak yang kebulur nak nasi. Heheh... so.. kene rajinkan diri untuk masak supaya ada tenaga n x sakit perut masuk angin.

Antara xtvt awal pagi ble sampai kat opis atau di kala kebosanan nak cari mood kat opis.. aku surf tenet untuk cari resepi-resepi simple tapi menyelerakan untuk di-apply-kan. (Uops.. bos.. sile jangan marah saya cari selingan lain selain keje :p) Antara sites n blogs yang aku rujuk ialah yang 2 ni: http://secubitgaramnor67.blogspot.com. Thanks to Afsal for giving me this URL. Manakala site yang wat aku kecur air liur ialah cybermum ni punye: http://naneehamid.blogspot.com/.

Jum masak. ;)

01 April 2010

Decisions

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:54:00 AM 0 comments
To decide or not to decide? Not to decide or ask for others to make decisions on behalf of ourselves is already a decision. Better than it, choose to decide and decide something that may route to our better life.

"Hidup, kita tentukan"

12 January 2010

Berkenan dan rembat = bukan untuk diriku

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:00:00 PM 0 comments
Tajuk ini agak maut bagi saya. Lepas setat berpegang prinsip ni.... Asal tengok jek berkenan. Asal berkenan jek nak rembat. (Tapi x pun.. sebab masih sedar diri lagi atas kemampuan kewangan sendrik). Lantaran perkara ini, masuk kedai 1st jek da trus nak beli. Masuk kedai 2nd pun nak beli jugek. So tambahan kepada perspektif ini.. sy amalkan konsep.. "pegi satu kedai, kalo berkenan n mampu, rembat then BALIK!". Hihih.. kalo x wat camtu.. nanti haru sebab g kedai lain pun berkenan nak beli gak. Jadik bling-bling gtu. Hahahah... Kene tuko mindset lagi nampaknye.. Mindset 'berkenan dan rembat' hanya sesuai untuk orang yang kaya-raya sahaja. Hoho...~

Mindset baru untuk tahun 2010 ni blum ada. Masih merangka-rangka.
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting