27 January 2011

1st time Aqeel warded - part 1

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:50:00 PM 5 comments
Pic Aqeel pada hari ke 5. Hari Khamis, 8 Jan 2011. Warded pada 7 Jan sebab almost lemas. Ada air keluar dari mulut dan hidung. Sib baik saya tengah duk sebelah dia time pagi 7 Jan tu. Terus perasan. Tapi respond saya slow sket sebab saya masih lagi x larat dan tak dapat bergerak pantas sebab luka jahitan. Seb baik (again) ayah saya perasan dan terus meluru angkat Aqeel dan tiarapkan badan dia + tepuk-tepuk belakang.

Then emak saya plak lari amik Aqeel bawa ke rumah nurse yang berjiran ngan kami. Kebetulan nurse tu xde kat rumah. Anak-anak dia jek ada. Emak lari lagi bawa Aqeel ke rumah nurse sorang lagi. Nasib baik ada 2 orang nurse yang berjiran ngan kami. Nurse tu pun tepuk Aqeel dan tengok keadaan Aqeel, dia suh bawa pergi Klinik Seberang Takir sebab situ ada bahagian emergency. Dengan keadaan yang kalut, saya dan suami naik kete. Dalam kete, kitorang decide nak ke Klinik Hiliran sebab ingatkan nurse tu lupe.. Klinik Seberang Takir tutup hari Jumaat. Silap la.. Bahagian emergency memang on jek. Ape la saya ni...

Ape pun, sampai kat Klinik Hiliran.. Saya da tak ingat sakit luka jahit saya. Bawa Aqeel siap bley lari & lompat lopak air kat depan kete. Hohoho. Masuk jek dalam klinik, Aqeel siap isap jari. Muke rilex. Alhamdulillah. Kat situ xde doc hari Jumaat so, nurse suh bawa Aqeel ke bahagian emergency kat HSNZ.

Doc cek Aqeel. tak ada masalah. Cuma kene tahan at least 24 hour katanye untuk tengok keadaan sahaja. Suami dan ibu cadangkan saya bermalam kat sepital kat ward ibu pengiring bayi. bermula lah.. hari saya dan Aqeel di sana.

Bersambung..

24 January 2011

Assalamualaikum Muhammad Aqeel bin Mohd Suhaimi

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:32:00 PM 3 comments

Selamat datang anak ayah & ibu.
Alhamdulillah semua selamat.

Muhammad Aqeel bin Mohd Suhaimi
D.O.B: 04 JAN 2011
Hari: Selasa
Masa: 10.50 AM
V.O.B Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu
Berat: 3.59kg
Cara Bersalin: Normal with vacum assist

02 January 2011

Current status

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:59:00 AM 5 comments
Hari ni 02 Jan 2011. The expected due date. Opis tak cuti bola.
Keje la~
.
.
.
Masih lagi kat opis. Heheh.. Tak beranak lagi. Selesa kot duk kat dalam.

29 December 2010

Senarai cuti umum dan cuti sekolah 2011

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:42:00 AM 5 comments
Lagi beberapa hari melangkah ke tahun 2011. Tak masuk tahun baru lagi da pun pikirkan cuti. Hahahaha.. 'masalah attitude' betul aku ni. ('masalah attitude' adalah perkataan yang selalu berlegar dalam kepala akoo skang ni).

Apa pun, cuti memang penting. Heheh.. Kalo nak cuti, cuti la secuti-cutinya. Kalo nak keje, keje la sekeje-kejenye~ Meh kita nengok hari-hari bercuti tahun 2011 termasuk cuti sekolah tahun 2011. Jums!

Cuti Umum 2011:

Tahun Baru 1 Jan (Sabtu)
Tahun Baru Cina 3-4 Feb (Khamis & Jumaat)
Maulidur Rasul 15 Feb (Selasa)
Hari Buruh 1 May (Ahad)
Wesak 10 May (Selasa)
Hari Keputeraan Agong 4 Jun (Sabtu)
Nuzul Quran 17 Ogos (Rabu)
Hari Raya Aidilfitri 30-31 Ogos (Selasa & Rabu)
Hari Merdeka 31 Ogos (Rabu)
Deepavali 26 Okt (Rabu)
Hari Raya Aidiladha 6 Nov (Ahad)
Awal Muharram 27 Nov (Ahad)
Hari Natal 25 Dis (Ahad)


Cuti Sekolah 2011:

Kumpulan A
* Kedah
* Kelantan
* Terengganu

Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 - 19.03.2011 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 - 11.06.2011 (16 hari)
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 - 03.09.2011 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 - 31.12.2011 (44 hari)

Kumpulan B
* Perlis
* Pulau Pinang
* Perak
* Selangor
* Negeri Sembilan
* Melaka
* Johor
* Pahang
* Sabah
* Sarawak
* Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
* Wilayah Persekutuan Labuan
* Wilayah Persekutuan Putrajaya

Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 - 20.03.2011 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 - 12.06.2011 (16 hari)
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 - 04.09.2011 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 - 01.01.2012 (44 hari)

22 December 2010

Senarai keperluan / beli bakal ibu & bayi untuk ke hospital

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:09:00 AM 7 comments
Assalamualaikum.

Status hari ini: 38 minggu 5 hari. So, lagi 10 hari ke due date 02 Jan 2011 :D

Susulan dari post mommies checklist & babies checklist, saya nak share kan senarai untuk ke hosipital pulak. Saya ni 1st time mummy to be. Kalau ada silap dan salah, please notify me ok.

# Senarai ibu
Bag ibu
Buku pink (checkup card)
Selipar toilet - 1
Berus gigi - 1
Ubat gigi - 1
Sabun mandi - 1
Syampu - 1
*Deodorant - 1
Baju t-shirt/butang depan - 3
Baju sejuk butang depan - 1
Pakaian untuk balik ke rumah - 1
Kain batik - 3
Nursing bra - 3
Breast pad - 3 pasang
Panties
Maternity pad (beli yang biasa jek)
Stokin - 2
Tuala - 1
*Plastik baju kotor -1
*Anak tudung untuk telekung solat - 1
Telekung solat
Sejadah
Quran
Buku doa
Sikat
Getah/sepit rambut
Air zam-zam
Air mineral (suami/family yang datang jaga bley minum gak)
Air/minyak selusuh
Susu Anmum Maternity/Lacta
Air kotak (suami/family yang datang jaga bley minum gak)
Kurma
Biskut (suami/family yang datang jaga bley makan gak)
Sudu & garfu
Mug
Termos
Tisu
Kamera & charger
Handphone & charger
Breastpump
Sabun cuci breastpump/botol susu
Air Dry Mesh Bag

# Senarai baby
Bag baby
Baju baby - 4 pasang
Sarung tangan & kaki - 4 pasang
Barut - 5
Tuala - 2
Lampin - 4
Hooded blanket - 1
Diapers - 15
Minyak telon - 1
Vaseline (as nappy cream) - 1
Cotton bud
Kapas
Toiletories
Botol susu & teat - 1
Sabun cuci breastpump/botol susu
Topi

# Senarai baby (labor room)
Baju - 1 pasang
Diaper - 1
Lampin - 1
Tuala/Selimut - 1

Rasa-rasanya ni jek kot. Hehe..~

* Sengaja bawa breastpump & bottles. Incase kalo tak dapat nak jumpa baby sebab baby kene tahan ke apa ke.. so.. harap still bley supply susu ibu. Apa pun, harapnya tak adalah masalah macam tu. Nauzubillah.

* Bold text = new updates

20 December 2010

Senarai keperluan & beli bakal ibu

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:57:00 AM 0 comments
Sebagaimana post saya untuk baby checklist, senarai keperluan/beli untuk ibu mengandung juga adalah persiapan setat masuk hospital hingga ke habis tempoh pantang.

# Berpantang
Tungku (Emak sudah ada) - 1
Kain batik - 10 helai ++
Tilam (rumah Emak) - 1
Selimut (rumah Emak) - 1
Bantal (rumah Emak) - 1
Stokin - 4 pasang
Selipar bilik (optional) - 1
Pad maternity (beli pad biasa aje)
Minyak Herbanika Nona Roguy (Emak sponsor) - 1
Set bersalin (tak pikir lagi. aci tak? :p. rasa nak guna shaklee. tengok la dulu caner) - 1
Bengkung (kakak kasi pinjam. rasenye nanti nak beli juga untuk selepas pantang) - 1

# Breastfeeding
Breast pump (beli manual medela) - 1
Nursing bra - 3
Breast pad (Avent 50% off. yeah!) - 3 pasang
Cooler bag - 1
Ice pack - 3
Storage bottles - 10
Tisu kotak
Anmum Lacta - 1

Bakal menyusul, senarai keperluan / beli bakal ibu & bayi untuk ke hospital plak.


19 December 2010

Shopping baby cot

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:08:00 PM 4 comments
Akhirnya, dapat shopping lagi. Yeay! Skang ni duk sibuk Y.E.S, year end sale tapi, saya tak ada ape yang nak dibeli sebab semua barang baby sudah dibeli. Tinggal baby cot dan bedding set untuk baby cot sahaja blum lagi. Tengahari tadi sempat ke kedai perabot berhampiran ofis. Sudah pilih dan akan amik design seperti di bawah. Petang ni, lalu depan kedai, hangkut!

Baby cot ni tak masuk pun dalam baby checklist sebab yang ni tak digunakan secara wajib dalam tempoh pantang. Cuma kena ada juga coz maybe dalam minggu ke 3.. atau 4 pantang.. saya akan balik ke rumah sendiri. Emak saya bekerja sebagai guru. Rasenya emak tak kesah tapi kalo buley.. tak nak la menyusahkan ibunda tercinta nengokkan saya aje. Mesti penat lepas balik kerja. Lagipun yang tinggal kat umah semua laki. Mana nak jaga saya.. cucu.. dan kaum lelaki kat rumah tu... Kalo saya da rase kuat.. saya akan balik umah sendrik. Nak susah kan encik suami jaga saya plak. Hahahah.

So.. kene pakai baby cot. Rasa tak selamat share katil ngan baby. Biarla dia ada katil ekslusif untuk diri sendrik. Nanti nak letak kelambu siap-siap. Ayah & ibu takde kelambu tak ape. Kitorang tido tak hengat. Kene gigit nyamuk buley slumber tdo. Heheh. Harap bley tersedar malam-malam kalo baby nak susu.

Ha.. kenapa baby cot? Kenapa tak playpen? Sebabnya.. saya ada terbaca kat 1 blog ni.. lupe sourcenya. Better beli yang kayu sebab tahan lagi lama daripada playpen. Anak da besar sket pun still bley guna baby cot. Playpen.. macam tak berapa kukuh jek. Sesuai untuk baby sahaja. Er.. betul ke saya cakap ni? Kalo tersilap... sory yek. Tapi playpen memang cute gitu. Tergoda jugek menengoknye. Sabo aje la.


Sumber gambar dari http://www.diytrade.com/

Sebijik la baby cot macam ni yang saya beli. Nanti nak shopping kain cute plak untuk nak dibuat sarung tilam & bantal. Lagi... nak cari kelambu. Owh.. seronok dapat perabiskan duit ni. Heheheh. Tak la perabis sangat. Katil ni harga dia dalam RM175 pun bley dapat. Da survey kat kedai barang baby. Mahal.. paling murah pun RM300. Er.. kedekut ke? Tak la.. berhemah ni. :p Sebenarnya kakak dan abang ipar yang penat-penat pergi survey. Dorang beli yang sebijik camni la. Dapat harga RM175. Hubby & saya dapat harga RM190 sebab beli di kedai yang lain. Malas nak pergi kedai yang kakak saya beli sebab saya pun da penat nak berjalan nak cari barang. Petang ni nak try nego harga lagi. Hehehhe. Actually dia nyer base macam x kukuh sangat. Kakak saya pernah tertekan base dia dan patah la.. Abang ipar bawa pegi kedai yang dia beli tu.. free baiki. Siap tambah kayu nak bagi extra support. Hubby & saya nak tambah sendrik jek kayu kat bawah base tu. No hal la rasenya.

# update: berjaya nego dapat RM180. Oye!

16 December 2010

Doa untuk mengukuhkan rahim dan untuk mendapatkan zuriat

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:07:00 PM 0 comments
Assalamualaikum kawan-kawan.

Ni doa yang saya amalkan dolu-dolu. Skang ni baca gak sekali-sekala. Sebab skang selalu amal doa selusuh la plak.

Doa ni ialah ayat dari Surah Al-Mu'minun ayat 12-14. Sumber dari http://quran.com/23.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Selamat beramal & semoga berjaya. InsyaAllah.

37 minggu, 5 hari

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:58:00 AM 0 comments
37 minggu, 5 hari = 9 bulan, 12 hari.

Da bley beranak da ni. Baby da matang. Lega sket da melepasi tahap ini. Skang tunggu nak bersalin jek. Masih lagi tak ada tanda-tanda nak bersalin. Kadang-kadang, rasa sakit kat ari-ari. Macam ada benda nak terkeluar jek rasenye. Nurse cakap, kepala baby nak turun. Baby makin aktif skang. Rase sakit-sakit ble dia main gerak-gerak dalam perut ni. Maybe dia tengah tendang-tendang & gerak-gerak nak masuk, engagekan kepala dia ke bawah kot. Hehe... agak-agak jek. Saya dapat rasa baby dengan tangan bila gosok perut. Cuma tatau tangan ke.. kaki ke.. kepala ke.. atau badannya yang saya sedang sentuh. Kalo bebaring.. memang terasa berat baby ni. Jangan la besar sangat. Nak push nanti ni.

Debaran menanti hari.

13 December 2010

Koleksi doa selusuh

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:20:00 AM 2 comments
Selusuh: "satu ikhtiar dengan mengamalkan kaifiat tertentu untuk memudahkan kelahiran". Penerangan lanjut di sini.

Nak masuk 8 bulan baru saya sibuk-sibuk nak berselusuh ni. Dengar kata, biasanye orang setat pada usia 7 bulan kandungan. Tak pe la lewat sket pun asalkan ikhtiar gak. Heheh... Yang pertama, keluarga sebelah mertua wat majlis solat hajat dan bawakan air solat hajat untuk mandi. Kira selusuh gak la kan? Tatau la saya. :p Tak lama lepas tu... kawan emak ada beri sejenis bawang ni.. Tatau la bawang spesis ape. Memang saya tak pernah tengok la bawang tu. Katanye, perlu dimakan layer by layer. Wat ulam pun bley. Tak perlu dimasak. Makan jek trus. Rasanya macam pedas-pedas sket la. Telan jek la. Emak ada amik 2-3 biji bawang tu yang dah berakar untuk ditanam kat area rumah. Then, kakak plak beri air solat hajat dan minyak selusuh yang dia mintak tolong mak mertua dia buatkan untuk saya. Er.. nape plak emak mertua sebelah kakak plak kene watkan? Heheh.. sebab tatau nak mintak sape yang watkan minyak selusuh tu. Sebenarnya, saya dah tersilap cakap kat emak mertua saya, keluarga saya nak watkan minyak tu. Sudahnya, tatau nak minta tolong sape wat. Heheh.. Jadi mintak tolong keluarga mertua kakak saya. Tibai aje. Ada lagi, emak suh saya pergi klinik homoeopathy untuk amik ubat selusuh kat sana. Sebagai anak, menurut kata orang tua yang lebih dulu makan garam :D

Selain tu.. masuk 8 bulan, saya ada cari doa-doa untuk selusuh ni. Saya rujuk kat blog Nad. Emak pun ada kasi ayat selusuh. Ayat Quran. Tapi saya lupa plak ayat dari surah mana dan ayat ke berapa. Maksud dia memang elok. Nanti saya tanyakan pada emak. Pastu.. ustazah kelas ngaji plak, pesan baca ayat no 15 & 33 dari surah Maryam. Baca selalu dan gosok-gosok perut sambil baca. Ayat ni saya baru nak hafal. Sebab kalo nak hafal semua, takut konpius or terlupa. Hafal satu per satu.

Surah Maryam, ayat 15 & 33. Sumber dari http://quran.com/19.

And peace be upon him the day he was born and the day he dies and the day he is raised alive.

And peace is on me the day I was born and the day I will die and the day I am raised alive."


Ada lagi 20 hari ke due date saya. 2 orang kawan yang due bulan ni.. da selamat melahirkan pada bulan ini. Cuak gak ni. Harap semua selamat. Amin.


 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting