Baru sat tadi pergi klinik maka dengan ini, doktor dah sahkan saya mengandung buat kali kedua. Alhamdulillah. Tapi.. usia kandungan tak sure lagi. Kene cek lagi next 2 weeks sebab saiz kandungan macam da besar around 2 bulan sedangkan saya memang ada period bulan 7. Doc cakap maybe bukan period but efek dari hasil baby nak lekat kat dinding rahim. Memang saya ada feel yang last period bukannya period cuma tak sangka pregnant.
Aqeel baru berumur 1 tahun 8 bulan. Ingat lepas Aqeel da bercerai susu baru nak bersedia untuk menerima khabar orang baru. Tapi tak apa. Ketentuan Allah is the best dan saya serta suami gembira dengan perkhabaran ini. Cuma.. blum kasitau parents lagi sebab saya baru nak daftar further study. Takut nanti dorang risau saya cancel nak sambung study. InsyaAllah kali ini, tekad gak.. nak sambung study betul-betul. Ade jek orang lain yang preggy semasa study, saya harap saya pun mampu.
Kalau usia kandungan da 2 bulan, kuat juga la baby ni sebab saya memang melasak aje sebab baru setat keje. Turun naik tangga takde da nak control sebab nak menapak ke tingkat 3. Pastu dukung Aqeel lagi + Aqeel suka duk atas belakang main kuda-kuda + suka main pukul-pukul perut saya ni. Pastu bulan puasa baru ni banyak kali skip sahur. Biasa tak camtu. Maybe sebab preggy, extra penat. Sian baby ni. Mesti berusaha gigih nak hidup. Sorry sayang, ibu tak tau baby ada kat dalam ni. Ibu akan jaga diri baik-baik untuk baby ye.
Elok-elok duk kat dalam ye sayang :D