Hakikatnya Kta semua sama. Manusia yang lemah disisinya. Tetap cukup kuat dijadikan-Nya untuk menempuh hidup ini kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian. Aku suka melihat sesuatu perkara secara pros & cons. So apabila terjadi sesuatu perkara, aku suka mempertimbangkan dari segenap sudut dan segi. Namun aku pasti, penilaian yang aku buat tidak akan 100% betul kerana Dia maha mengetahui. Lagipun, siapalah aku untuk menilai seseorang. Aku manusia, Kamu jua manusia... Kita manusia.
Aku tidak menyalahkan hakikat Kita sebagai manusia apabila sesuatu perkara terjadi. Malah bersyukur dengan anugerah ini. Cuma aku harap kamu faham bahawa Aku dan Kamu adalah manusia dan Kita menghadapi pelbagai situasi, menanganinya di samping membuat penilaian dan pertimbangan Kita dalam menghadapi sesuatu keadaan.
Apabila sesuatu perkara yang tidak disenangi antara Kita berlaku, Aku memandang diri Aku, Aku juga memandang kamu. Sampai sakit kepala Aku memikirkan kenapa Kamu berbuat begitu. Atau, mungkin Aku yang silap. Mungkinkah Aku totally silap? Kamu totally betul? Tapi kalau Aku totally silap adakah bermakna Kamu tidak membuat walau secebis kesilapan? Bila Aku menilai, ada sifat baik Kamu. Jadi Aku lupakan segala dengan mengambil sikap mungkin Kamu tidak bermaksud sedemikan atau.. Aku merasakan Kamu sebagai insan biasa tidak lepas dari kesalahan. Mungkin Aku juga salah hingga menyebabkan Kamu bersikap sedemikian. Mungkin juga kamu yang salah hingga menyebabkan aku melukai kamu. Segalanya mungkin. Siapa mulakan? Bagi Aku tak penting. Sesiapa yang memulakan mungkin tidak sengaja atau sengaja. Tapi kita seharusnya membaiki keadaan. Bukan mengeruhkan lagi keadaan.
Erm... berfikir dan berbicara memang mudah. Melaksanakan bukan seenteng yang dijangka. Kerana Kita tidak lepas dari penilaian sesama Kita. Lain yang dimaksudkan, lain yang dinilai. Siapakah kita untuk menilai? Terdapat suatu kisah;
Nabi Nuh dan Anjing
Diriwayatkan nama asal Nabi Nuh a.s. bukanlah tapi suatu nama lain yang tidak banyak dinyatakan meskipun Allah s.w.w menyebut 'Nuh' dalam Al-Quran.
Dalam bahasa Arab, makna 'Nuh' bermaksud raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa nabi Allah itu dipanggil Nuh? Ia mempunyai kisah ringkas yang boleh menjadi contoh kepada Kita.
Cerita ini bermulam apabila pada suatu hari seekor anjing yang sangat ganjil melintasi baginda. Rupa anjing berkenaan tidak seperti anjing biasa. Ia bermata 4 dan sudah tentu menarik perhatian ramai termasuk Nabi Nuh sendiri. Nabi Nuh a.s. pun meminta anjing berkenaan berhenti di hadapannya. (Adalah tidak mustahil bagi seorang nabi dengan mukjizat yang dianugerahkan kepadanye untuk berbicara dengan haiwan.)
Nabi Nuh: "wahai anjing, aku lihat wajah mu begini hodoh dan mata mu tidak seperti anjing lain. Mengapa jadi begini?"
Anjing: "wahai nabi Allah, kau tanyalah pada yang menjadikan aku. Adakah kamu fikir aku ingin berwajah seperti ini? Tanyalah pada Tuhan yang menjadikan aku dan juga yamg menjadikan kamu."
Nabi Nuh a.s. pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing tersebut. Baginda menangis tanpa henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik ciptaan Tuhan. Baginda meraung dan meraung lagi beberapa ketika kerana menyedari dosanya itu sambil memohon keampunan Allah s.w.t.
Sejak itu, baginda dipanggil 'Nuh' dan kekallah namanya sebagai Nabi Nuh sebagaimana diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allh s.w.t.
Moral yang diperkatakan dari kisah ini adalah, apa juga yang baik atau buruk adalah dari Allah yang Maha Esa, hakikatnya dari kelemahan diri Kita sendiri. Kita juga selalu mengkritik kelemahan orang tanpa menyedari kita sedang mempertikaikan kejadian Allah s.w.t. Kagum dengan sifat seorang nabi yang hampir di sisi Allah menangis tanpa henti menyesali sikapnya. Sungguh Aku rasakan slalu mengkritik tanpa memandang kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Adakah Kita terlalu mulia dan ego untuk mengakui kelemahan diri sendiri tetapi sering menuding jari menunjuk kelemahan orang lain?
Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: ” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah:” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
(Riwayat Muslim)
Aku silap.. Kamu silap.. Aku betul.. Kamu betul.. Kita silap dan betul. Bagi Aku, apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak disenangi terjadi antara 2 orang.. Kita masing-masing ada silap dan betul. Malah dalam proses memperbetulkan keadaan kita juga mungkin akan melakukan kesilapan. Tapi Kita dalam proses melakukan perkara yang betul. Yang penting kita perlu menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain. Semoga Allah mempermudahkan jalan.
Bagi Aku, jika menemui buntu, jalan lain ialah berdiam diri dengan harapan api menjadi bara dan bara menjadi sejuk tinggal abu. Abu tak mungkin ditukar menjadi kayu yang asal. Sekurang-kurangnya Kita berusaha.