29 November 2010

Bilakah masanya nak beli barang baby?

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:49:00 PM 2 comments
Saya pun selalu search kat tenet dulu.. ble masa yang paling sesuai nak setat beli barang baby ni. Tadi sahabat saya, Ikin... baru tanye. So.. saya publishkan kat sini untuk panduan bersama. Perlu diingat. Bukan barang baby jek perlu dibeli. Barang-barang keperluan si ibu juga. Biasanya tak banyak barang ibu yang perlu dibeli. Kebanyakannya telah ada dan cuma perlu dipackkan sahaja.

Seeloknya, barang-barang yang dibeli ini adalah barang keperluan dari saat menyambut kelahiran bayi hingga habis tempoh pantang hari ke-40, tidak termasuk jamu/ubatan untuk ibu hamil. Yang tu terpulang la nak beli before bersalin atau semasa dalam pantang.

Kalo korang nak tau. kalo ikut Klinik Kerajaan, bag baby dan ibu untuk ke hospital sepatutnya sudah siap disediakan seawal minggu ke 28 lagi iaitu tepat masuk 7 bulan usia kandungan. Ha.. awalkan? Ni adalah sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kelahiran pramatang. Nauzubillah... Harap semuanya selamat. So.. silalah mula membeli barang pada usia kandungan 6 bulan sebab, kalo da masuk 7 atau 8 bulan.. kita da x larat da nak bawak perut bershopping. 7 bulan ok lagi.. 8 bulan.. owh.. saya nak duduk jek. Tanak jalan dah. Hehehe. Ada orang cakap tak elok beli barang baby awal-awal. Saya pun rasa macam tu. Sebaiknya, beli lah yang perlu sahaja dahulu. Apa pun, terpulanglah kepada pertimbangan masing-masing. Kalo ada sale, sila jangan abaikan sale berkenaan. Bershoppinglah. Weeheeee! Tapi pastikan berhemah ye. Paling lewat untuk sediakan bag baby dan ibu untuk ke hospital ialah pada minggu ke 32 iaitu tepat masuk 8 bulan. Er.. saya tak la totally siap pada minggu ke 32 ni. Tapi da kumpul setempat dan ada sikit-sikit barang yang masih perlu disediakan.

Seawal minggu ke 28 lagi.. sepatutnya da kene masukkan bag baby dan ibu ke dalam kereta ye. Pastikan barang-barang yang diletakkan di dalam kereta itu adalah yang tahan panas. Jangan letak breast pump, botol susu dan puting susu atau barang-barang yang tak tahan tau. Takut rosak bila da duk dalam kete lama-lama. Barang-barang yang tak tahan suhu panas ni.. boleh la diletakkan di rumah dalam keadaan siap dipack untuk diangkut terus ke hospital apabila tiba masanya nanti. Letakkan ditempat yang senang dilihat dan maklumkan kepada suami anda supaya dia tak tercari-cari barang berkenaan nanti.

Untuk yang akan berpantang di tempat lain contoh di rumah ibu bapa atau ibu bapa mertua, sila packkan barang yang akan dibawa ke sana oleh suami. Juga, letakkan ditempat yang senang dilihat dan maklumkan kepada suami anda supaya dia tak tercari-cari barang berkenaan nanti. Elok juga pack awal-awal dan terus letak kat sana. Beres terus kat situ. :D

Nanti saya akan listkan senarai barang baby dan ibu yang perlu disediakan untuk ke hospital. Senarai beli barang baby saya.. ada kat sini. Cuma senarai beli barang ibu tak ada lagi. Akan saya publishkan juga nanti.


23 November 2010

Tagged by Mama Nieyzha

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:05:00 AM 1 comments
Suda lama tak kene tag ni. Bebaru ni kene tag by Mama Nieyzha. Meh selesaikan. :D Ni la perihal tag yang perlu saya selesaikan:

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

  1. Suka makan tapi tak pandai masak. Reka jek asal rupa macam cantik & buley di makan. :p
  2. Di kala ini sedang pregnant 34 weeks 3 days.
  3. Suka tido. Hehehehe.
  4. Cita-cita pertama nakjadi fashion designer. Tapi takut nanti ter-mereka baju yang menampakkan aurat. Lepas tu tukar cita-cita nak jadi arkitek. Tapi salah-satu tanda-tanda akhir zaman ialah berdirinya bangunan pencakar langit. So.. tuko lagi. Ingat nak amik computer engineering. Silap apply course tu kat UKM sebab nak amik course ni kene pointer cantik baru dapat. Lastly dapat jurusan IT kat UKM. System management. Tibai jek la. Heheh...
  5. Anak bongsu perempuan. Hahaha. Emak gelak ble saya cakap saya bongsu perempuan. Sebab tak macam bongsu pun since saya adalah anak ke2 dari 5 beradik. Yang sulung kakak. Lagi 3 kat bawah sumer laki. Tak sempat nak mem-bongsukan diri sebab layan adik-adik laki sumer ni.
  6. Pernah dapat sindrom anak ke-2. Korang nak tau ape maksud sindrom anak ke-2? Sila Google. Ni salah-satu rujukan. Secara ringkasnya, saya dapat sindrom anak ke-2 sebab Yang sulung perempuan, saya anak kedua juga perempuan. Beza 1 tahun aje ngan kakak. Adik bawah saya anak lelaki dan juga beza 1 tahun dengan saya. Sebab tu la saya ada dapat sikit sindrom anak ke-2. Alhamdulillah. Skang da besar. Saya sudah faham. Bukan salah Ayah Ibu. Maybe kalo kita duk kat tempat dorang pun, kita tak perasan anak kita dapat sindrom ni. So... to all my friends yang akan dan telah punya anak. Beware ye. Jangan sampai anak-anak dapat sindrom ni. Saya pun kene beware jugek :D
  7. Skang bekerja & tinggal di Terengganu.
  8. Tinggal di asrama sejak tingkatan 1 hingga habis Universiti. Lama tu merantau. Nasib dalam negara lagi.
  9. Rumah sewa dekat jek ngan umah parents.
  10. Hubby orang Kelate. Sayang Incik hubby saya.
  11. Bekerja at this really one and only IT company till now.
  12. Saya bukan seorang yang ramah sebab saya penat kalo cakap banyak-banyak. Tapi tak bermakna saya antisosial. Saya suka ape lepak ngan kawan-kawan even saya tak bercakap mana pun.
  13. Saya lebih suka melihat gelagat orang tapi tak suka menilai orang. Dont judge a book by its cover ok.
  14. Saya harap saya akan lebih pandai manage masa. Skang ni saya cuba sedaya-upaya saya. Dalam keadaan sarat ni, terbatas keinginan saya ni. Tapi kita kene berusahakan? Kene belajar sebab nanti nak manage suami, diri-sendiri, anak-anak, rumah-tangga, kerja dan study. Harus berusaha! Doakan saya berjaya.
  15. Saya suka belajar benda baru dan tak suka berada di satu tahap sahaja. Heheh.. suke aje. Kekuatan nak buat tu tak ada sangat. :p
  16. Baru 16 perkara.. Ape lagi ek? Tengah sakit pinggang sambil menaip ni. Baby suda besar. Sukanya hati lagi 1 bulan lebih nak jumpa baby. Harap panjang umur kami sekeluarga untuk menikmati kebahagiaan yang Dia anugerahkan kepada kami.
  17. Berat saya sekarang ialah 69kg. Berat before kawen average 55kg. Dekat-dekat kawen dalam 60kg. Hahahha.. Senang hati la katakan.
  18. Keje saya tak siap-siap lagi. Da tak reti nak buat. So.. relax sekejap siapkan tag ni.
  19. Berhasrat nak menyusukan baby secara ekslusif. Tapi tanak paksa diri. Akan readykan susu formula jugak. Sian baby takut tak cukup kenyang nanti. Saya juga suda beli breastpump + botol susu + storage bottle + cooler bag + ice pack. Chaiyok P!
  20. Ha... lupe.. full name saya.. Ruzainisuhanaliza. Nick name.. P. Simple & easy to remember. Heheh..
  21. Umur sudah 27 tahun this year tapi masih lagi suka layan katun.
  22. Tengah gila tengok cite korea ngan Incik suami. Citer Daring Women kat channel 393, ONE HD. Mehla join kawan-kawan. Isnin sampai Jumaat tau. Pukul 10.10 malam. Jangan lupe.
  23. Layan gak citer korea First Wives Club kat channel 393 gak. After citer Daring women abis.. sambung tengok citer ni.
  24. Owhh.... tak larat nak masak-masak da skang. Cepat penat sebab perut membesar dengan jayanya. Trimester ke3 adalah masa yang paling sukar buat saya berbanding trimester yang lain. Alhamdulillah saya tak banyak alahan semasa trimester pertama dulu. Sikit jek dugaan ni.. Lagi 1 bulan lebih nak due. Bertahan!
  25. Saya ni lemah sket bab mencongak. Sila re-calculate kalo saya ada urusan kira-kira ngan anda. :)
Yeay! Berjaya abiskan. Mari kita tag kawan-kawan lain!

Tag balik Mama Nieyzha
Munie
Na
Kak Salina
Iza

Hehe.. buley tak tag 5 orang jek? Kikikik. Dan saya tak mewajibkan anda untuk menyelesaikan tag ini.

SeKiAn

10 November 2010

Promote Butik Barang Baby

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:11:00 AM 1 comments
Salam kawan-kawan.

Hari ni saya nak promote butik kawan saya ni, Butik Bayi Comel & Fx Online Shop.

Butik Bayi Comel bertempat di Terengganu manakala Fx Online Shop pula di Kelantan so kalo nak beli direct, bley la contact owner butik tersebut. Butik Bayi Comel ada banyak pilihan Cloth Diapers. Memang menjimatkan kalau pakai cloth diapers ni merujuk kepada konsep washable nya. Saya suka jugek lepak di Fx Online Shop tengok dia nyer sale kalo-kalo ada. Ada juga pilihan breastpump dengan harga yang amat menarik. Kedua-dua owner ni memang ramah-tamah dan sedia memberikan khidmat nasihat untuk yang bertanya, sebelum nak beli barangan daripada mereka.

Ni adalah contoh cloth diapers yang boleh didapati dari Butik Bayi Comel.

Siap ada super saver price lagi:
1pc @ RM 39.00/pc
3pc @ RM 38.50/pc
5pc @ RM 38.00/pc
7pc @ RM 37.50/pc
9pc and above @ RM 37.00/pc

~*~

Market price: RM 289
Fx Price: RM 210

Market price: RM 269
Fx Price: RM 199

Ni plak adalah antara produk dari Fx Online Shop. Harga memang menarik kan? Banyak lagi barang kat sana. Jum tengok.

Sila la melawat & Selamat bershopping! :D

08 November 2010

Solat Hajat & Kedatangan Mertua

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:19:00 PM 2 comments
Hari Jumaat, 5/11/2010. Keluarga sebelah mertua di Kuala Krai telah mengadakan solat hajat untuk saya dan baby tanpa kehadiran suami dan saya. Kami berada kat Terengganu masa ni. Kami tak dapat pergi sebab saya kurang sehat dan terpaksa amik MC pada hari Khamis iaitu hari sebelumnya. Majlis berkenaan diadakan selepas solat Jumaat. Nekad betul family keluarga mertua nak buat gak. Saya segan takut menyusahkan dorang. Terima kasih banyak-banyak kerana berusaha bersungguh-sungguh menjayakannya :D

Petang Jumaat lebey kurang pukul 6.30 petang, Incik suami dapat call dari bundanya di kampung. Rupa-rupanya dorang da on the way dari Kelate ke Terengganu untuk hantarkan air solat hajat. Imagine, penat bersiap-siap untuk majlis solat hajat pada sebelah pagi, tengahari melayan tetamu, petang mengemas dan cuci pinggan.. lepas tu.. terus bertolak ke Terengganu. Mesti dorang sengaja call nak datang masa da on the way. Kalo bagitau sebelum bertolak, konpem hubby n saya tak bagi dorang datang sebab takut dorang penat. Apa pun, dorang selamat sampai ke rumah kami dengan selamat. Risau jugek saya sebab tak mampu nak jamu dorang dengan masakan sendiri sebab da nama pun tengah sarat. Kalo tak sarat pun, risau jugek sebab tak pandai masak. Kikikik. Ingatkan nak bawak keluarga mertua dinner kat luar. Tapi dorang da siap-siap bawa nasi dagang yang dimasak untuk majlis solat hajat tu. So, kami pun makan la nasi dagang beramai-ramai.

Incik suami dan saya bawa sket nasi dagang Kelantan stail ke rumah ayah dan emak saya. Bukan main lagi dorang santap. Emak saya memang suka nasi dagang merah. Ayah pulak suka makan nasi dagang dengan gulai ayam. Pada mulanya saya risau kalau tak kene dengan selera dorang. Menu nasi dagang tersebut ialah nasi dagang merah, gulai ayam, gulai ikan dan keresek jantung pisang. Korang biasa makan tak?

Keesokannya keluarga sebelah mertua dijamu makan tengahari di rumah ayah dan emak saya. Lauk simple tapi sedap. Suda lama tak makan emak masak. Kami tuan rumah plak yang beria-ria menambah. Incik suami pun same naik gak berselera. Keluarga mertua ala-ala segan gitu.

Saya sangat terharu dengan kesungguhan keluarga mertua nekad mengadakan solat hajat dan kemudian bersungguh-sungguh datang semata-mata untuk menghantar air solat hajat. Saya pun terharu dengan kesungguhan ayah dan emak melayan keluarga mertua denga baik walaupun emak saya agak sibuk pada hari itu dengan bisnesnya. Terima kasih jugak kepada kakak saya yang terpaksa hadir lewat ke majlis perkahwinan sahabat baiknya kerana bersama-sama melayan keluarga mertua saya. Walaupun maybe dorang tak baca pun blog saya ni.. Saya betul-betul berterima kasih kepada semua.

:D


07 November 2010

8 bulan :D

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:25:00 PM 1 comments
Alhamdulillah. Harini, 7/11/2010 kandungan ini telah berusia 8 bulan. Makin akfif gerakan baby kat dalam perut ni. Masih belum dipastikan jantina bayi ini. Hari tu suda scan katanye.. jeng jeng. Tapi nak konfem balik hari Selasa ini memandangkan akan gi scan pada hari tu. Screen untuk scan kat Klinik Kesihatan lagi besar so maybe lagi clear la kot nampak nanti. Tak sabar nak tunggu hari Selasa.

Ada lagi 8 minggu sebelum due. Rase excited ble tengok orang bawa baby pegi wat checkup kat klinik. Saya berharap semuanya selamat nanti dan semoga panjang umur suami, baby, saya dan ramai la lagi orang dalam list saya.. untuk bersama-sama mengecapi detik kebahagiaan bersama bayi ini. Huhu... risau pun ada sebenarnya. Apa pun, perancangan Allah adalah yang terbaik.

Petang tadi pergi klinik check urine & blood pressure. Kene berulang-alik ke klinik 2x seminggu selama 2 minggu. Kene observe sebab berat naik banyak. Naik 1 kg dalam masa seminggu. Kikikik. Before ni, berat tak naik/turun/naik sket jek. Ni berat naik banyak plak. Biasa la kan. Tengah berselera. Tapi saya still jaga pemakanan saya supaya tak terover. Kadang-kadang jek mencekik ble tak ingat. Heheh. Setakat ini, semua ok. Takde pen kaler merah dah. Harap berterusan tak ada masalah. :D

# Happy birthday to Kak Syud yang menyambut hari jadi pada hari ini. Happy 7 eleven. :D
# Congrate pada Afsal sebab dapat anak saudara baru lagi. Cakap kat Umairah congrate dapat adik gegurl. Mesti cute macam Umairah.

01 November 2010

31 weeks 2 days

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:46:00 PM 3 comments
Begitula umur kandungan saya ketika ini. Serius perut sangat membesar. Baju preggy pun da ada yang tak muat. Hahahah! Keadaan semasa saya ketika ini:

  1. Selalu sakit pinggang.
  2. Kadang-kadang cramp kaki kalau salah menggeliat di pagi hari. Perkara ni berlaku sejak kandungan berusia 4 bulan kot. Ntah la. Tak brapa ingat. Heheh..
  3. Tak memasak secara aktif semenjak raya Aidilfitri yang lalu. Sambung aktiviti memasak secara beransur-ansur memandangkan adik ipar (perempuan) join duk umah sekali sebab dia kerja kat area-area rumah. Incik suami tengah berdiet skang. Heheh.. sebab tu saya tak masak sangat. Tak berbaloi masak untuk sorang. Skang ni adik ipar ada so, berbaloi la sket masak untuk 2 orang. :D Saya pun suka memasak ni. Rasa puas hati walopun kadang-kadang penat. Biarpun hasil masakan tak sesedap & tak sehebat mana. Lauk simple-simple jek.
  4. Kadang-kadang rasa penuh bertenaga, macam-macam saya buat kat rumah. Kemas tu.. kemas ni.. masak tu.. masak ni.. Tapi ada masa-masa badan rasa tak larat sampai tak bley bergerak. Siap mengesot-ngesot kalo nak amik barang. Hihihi.. Macam-macam hal.
  5. Sangat seronok rase baby bergerak-gerak dalam perut. Semasa solat, masa tengah berdiri baca Al-fatihah tu kan.. kita qiamkan tangan dekat ngan hati. Masa tu.. saya dapat rasa baby main-main kat bawah tempat letak tangan saya. Owh... sangat sweet. Rasa bahagia (Saya doakan sahabat-sahabat lain juga akan dapat merasai nikmat ini. Amin~). Eh.. khusyuk ke solat? Hihihi... Solat dengan rasa syukur.
  6. Selalu rasa nak ke toilet. Lagipun skang ni musim hujan. Kesejukan yang menyumbang ke arah toilet. Heheh.
# Tahniah kepada Nieyxzha yang telah selamat melahirkan seorang puteri semalam :D
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting