27 January 2011

1st time Aqeel warded - part 1

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:50:00 PM
Pic Aqeel pada hari ke 5. Hari Khamis, 8 Jan 2011. Warded pada 7 Jan sebab almost lemas. Ada air keluar dari mulut dan hidung. Sib baik saya tengah duk sebelah dia time pagi 7 Jan tu. Terus perasan. Tapi respond saya slow sket sebab saya masih lagi x larat dan tak dapat bergerak pantas sebab luka jahitan. Seb baik (again) ayah saya perasan dan terus meluru angkat Aqeel dan tiarapkan badan dia + tepuk-tepuk belakang.

Then emak saya plak lari amik Aqeel bawa ke rumah nurse yang berjiran ngan kami. Kebetulan nurse tu xde kat rumah. Anak-anak dia jek ada. Emak lari lagi bawa Aqeel ke rumah nurse sorang lagi. Nasib baik ada 2 orang nurse yang berjiran ngan kami. Nurse tu pun tepuk Aqeel dan tengok keadaan Aqeel, dia suh bawa pergi Klinik Seberang Takir sebab situ ada bahagian emergency. Dengan keadaan yang kalut, saya dan suami naik kete. Dalam kete, kitorang decide nak ke Klinik Hiliran sebab ingatkan nurse tu lupe.. Klinik Seberang Takir tutup hari Jumaat. Silap la.. Bahagian emergency memang on jek. Ape la saya ni...

Ape pun, sampai kat Klinik Hiliran.. Saya da tak ingat sakit luka jahit saya. Bawa Aqeel siap bley lari & lompat lopak air kat depan kete. Hohoho. Masuk jek dalam klinik, Aqeel siap isap jari. Muke rilex. Alhamdulillah. Kat situ xde doc hari Jumaat so, nurse suh bawa Aqeel ke bahagian emergency kat HSNZ.

Doc cek Aqeel. tak ada masalah. Cuma kene tahan at least 24 hour katanye untuk tengok keadaan sahaja. Suami dan ibu cadangkan saya bermalam kat sepital kat ward ibu pengiring bayi. bermula lah.. hari saya dan Aqeel di sana.

Bersambung..

5 comments:

~ iza ~ said...

ala..ciannya aqeel..
tp dah ok kan skrg?

~*Dandelicious Princess*~ said...

suda ok. alhamdulillah. cuma dia macam ada selsema n kahak jek.. x baik2. sian plak. da letak ubat, nampak lega sket. Aqeel x suke minum ubat. bley plak die juih2 mulut nak kuokan ubat. kiikik

~ iza ~ said...

alhamdulillah..haziq pun selsema dah 4-5 ari..idung tersumbat..last2 amik kptsn drastik,iza sedut hingus ikut mulut..bru nmpak lega sikit lps tu..tidur memnjang..
bwk gi klinik, tp dktor tak bg ubat selsema sbb kecik lagi..bg ubat demam je..huhu

~*Dandelicious Princess*~ said...

aqeel dpt ubat titik untuk selsema, nak cairkan hingus dan ubat makan untuk cairkan kahak.

er.. cane nak sedut hingus ikut mulut?

~ iza ~ said...

letak hidung dia keseluruhannya dalam mulut p..then p sedut..
jgn kuat sgt..takut kang kita terus je tertelan hingus dia..hehe..buat slow2 je, bmbg dia terkejut..

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting