23 November 2010

Tagged by Mama Nieyzha

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:05:00 AM
Suda lama tak kene tag ni. Bebaru ni kene tag by Mama Nieyzha. Meh selesaikan. :D Ni la perihal tag yang perlu saya selesaikan:

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

  1. Suka makan tapi tak pandai masak. Reka jek asal rupa macam cantik & buley di makan. :p
  2. Di kala ini sedang pregnant 34 weeks 3 days.
  3. Suka tido. Hehehehe.
  4. Cita-cita pertama nakjadi fashion designer. Tapi takut nanti ter-mereka baju yang menampakkan aurat. Lepas tu tukar cita-cita nak jadi arkitek. Tapi salah-satu tanda-tanda akhir zaman ialah berdirinya bangunan pencakar langit. So.. tuko lagi. Ingat nak amik computer engineering. Silap apply course tu kat UKM sebab nak amik course ni kene pointer cantik baru dapat. Lastly dapat jurusan IT kat UKM. System management. Tibai jek la. Heheh...
  5. Anak bongsu perempuan. Hahaha. Emak gelak ble saya cakap saya bongsu perempuan. Sebab tak macam bongsu pun since saya adalah anak ke2 dari 5 beradik. Yang sulung kakak. Lagi 3 kat bawah sumer laki. Tak sempat nak mem-bongsukan diri sebab layan adik-adik laki sumer ni.
  6. Pernah dapat sindrom anak ke-2. Korang nak tau ape maksud sindrom anak ke-2? Sila Google. Ni salah-satu rujukan. Secara ringkasnya, saya dapat sindrom anak ke-2 sebab Yang sulung perempuan, saya anak kedua juga perempuan. Beza 1 tahun aje ngan kakak. Adik bawah saya anak lelaki dan juga beza 1 tahun dengan saya. Sebab tu la saya ada dapat sikit sindrom anak ke-2. Alhamdulillah. Skang da besar. Saya sudah faham. Bukan salah Ayah Ibu. Maybe kalo kita duk kat tempat dorang pun, kita tak perasan anak kita dapat sindrom ni. So... to all my friends yang akan dan telah punya anak. Beware ye. Jangan sampai anak-anak dapat sindrom ni. Saya pun kene beware jugek :D
  7. Skang bekerja & tinggal di Terengganu.
  8. Tinggal di asrama sejak tingkatan 1 hingga habis Universiti. Lama tu merantau. Nasib dalam negara lagi.
  9. Rumah sewa dekat jek ngan umah parents.
  10. Hubby orang Kelate. Sayang Incik hubby saya.
  11. Bekerja at this really one and only IT company till now.
  12. Saya bukan seorang yang ramah sebab saya penat kalo cakap banyak-banyak. Tapi tak bermakna saya antisosial. Saya suka ape lepak ngan kawan-kawan even saya tak bercakap mana pun.
  13. Saya lebih suka melihat gelagat orang tapi tak suka menilai orang. Dont judge a book by its cover ok.
  14. Saya harap saya akan lebih pandai manage masa. Skang ni saya cuba sedaya-upaya saya. Dalam keadaan sarat ni, terbatas keinginan saya ni. Tapi kita kene berusahakan? Kene belajar sebab nanti nak manage suami, diri-sendiri, anak-anak, rumah-tangga, kerja dan study. Harus berusaha! Doakan saya berjaya.
  15. Saya suka belajar benda baru dan tak suka berada di satu tahap sahaja. Heheh.. suke aje. Kekuatan nak buat tu tak ada sangat. :p
  16. Baru 16 perkara.. Ape lagi ek? Tengah sakit pinggang sambil menaip ni. Baby suda besar. Sukanya hati lagi 1 bulan lebih nak jumpa baby. Harap panjang umur kami sekeluarga untuk menikmati kebahagiaan yang Dia anugerahkan kepada kami.
  17. Berat saya sekarang ialah 69kg. Berat before kawen average 55kg. Dekat-dekat kawen dalam 60kg. Hahahha.. Senang hati la katakan.
  18. Keje saya tak siap-siap lagi. Da tak reti nak buat. So.. relax sekejap siapkan tag ni.
  19. Berhasrat nak menyusukan baby secara ekslusif. Tapi tanak paksa diri. Akan readykan susu formula jugak. Sian baby takut tak cukup kenyang nanti. Saya juga suda beli breastpump + botol susu + storage bottle + cooler bag + ice pack. Chaiyok P!
  20. Ha... lupe.. full name saya.. Ruzainisuhanaliza. Nick name.. P. Simple & easy to remember. Heheh..
  21. Umur sudah 27 tahun this year tapi masih lagi suka layan katun.
  22. Tengah gila tengok cite korea ngan Incik suami. Citer Daring Women kat channel 393, ONE HD. Mehla join kawan-kawan. Isnin sampai Jumaat tau. Pukul 10.10 malam. Jangan lupe.
  23. Layan gak citer korea First Wives Club kat channel 393 gak. After citer Daring women abis.. sambung tengok citer ni.
  24. Owhh.... tak larat nak masak-masak da skang. Cepat penat sebab perut membesar dengan jayanya. Trimester ke3 adalah masa yang paling sukar buat saya berbanding trimester yang lain. Alhamdulillah saya tak banyak alahan semasa trimester pertama dulu. Sikit jek dugaan ni.. Lagi 1 bulan lebih nak due. Bertahan!
  25. Saya ni lemah sket bab mencongak. Sila re-calculate kalo saya ada urusan kira-kira ngan anda. :)
Yeay! Berjaya abiskan. Mari kita tag kawan-kawan lain!

Tag balik Mama Nieyzha
Munie
Na
Kak Salina
Iza

Hehe.. buley tak tag 5 orang jek? Kikikik. Dan saya tak mewajibkan anda untuk menyelesaikan tag ini.

SeKiAn

1 comments:

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

mommy-to-be! u've been tagged again! hikhik... sila ke blog i ye *wink*

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting