05 January 2012

Apam polkadot untuk santap

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:45:00 AM 2 comments

Ni adalah hasil saya mengapam. Sempat 2-3 kali gak la mengapam ni. Sebenarnye apam ni da basi. 1st time buat, Deepavali tahun lepas. Entry ni pun da jadik apam da lama sangat duk dalam draft. Heh. Apela yang saya bizikan sangatkan.

Hasilnya, ok cuma macam keras sket. Saya da wat research cara-cara wat apam polkadot at the best way tapi lum sempat apply lagi. Nanti kalo saya da wat, saya reportla hasilnya camne.

Inilah resepi yang saya guna pakai.
Sumber dari http://apampolkadot.com:

Resepi apam polkadot.

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak
sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais 1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa
masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang
dibenarkan =) Langkah-langkahnya: 1. Pukul telur putih sehingga kembang
elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning
telur dan esen vanilla, pukul sampai
kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder
diselang seli dengan susu kemudian
gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa
bahagian dan titiskan pewarna. 6. Masukkan setiap warna dlm piping
bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk
kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk
lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama
sehingga penuh dan kemudian dot-dot
kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe… Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak
membantu =)
Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan
apam ni jadi merekah atau
mekar. Gunakan api yang sederhana
sahaja.

04 January 2012

Selamat hari lahir Muhammad Aqeel

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:48:00 PM 0 comments


Pukul 9 malam ++. Da lena lepas
'mengemas' rumah. Rajin betul anak ibu.
Anak ayah jugek :D Selamat hari lahir
Aqeel sayang. Ayah & ibu sayang Aqeel.



Inilah salah satu hadiah yang ayah & ibu belikan untuk Aqeel. Safety gate! Hehe.. Lepas ni tak boleh lah Aqeel nak round dapur lagi. Lega sket hati ayah & ibu.



Ni plak hadiah yang ayah & ibu hangkut dari Manjaku kat sebelah East Coast Mall. Safety gate still in box, push car broom broom pon pon & sandal nyet nyet. Tak celebrate pun birthday Aqeel cuma ble ayah da balik rumah, kami sama-sama nyanyi lagu 'Allah selamatkan Aqeel' sambil Aqeel terpinga-pinga. Heheh. Ibu pun tak buat kek 'sebab takde oven' (ehem.. ayah, ibu nak hadiah oven walopun blum birthday ibu lagi :p). Ibu wat apam gula hangus yang langsung takde kaitan ngan birthday. Tibai aje la ye.

Semoga menjadi insan yang bertakwa, bahagia dunia & akhirat wahai sayang Aqeel.

02 January 2012

Selamat datang 2012

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:57:00 AM 0 comments
Bye 2011. Da hampir 1 tahun saya menjadi ibu & bergelar housewife. Semuanya baru bagi saya. Agak gentar & sulit pada mulanya namun semuanya berbaloi. Alhamdulillah.

Selamat datang 2012 yang bermula dengan harapan dan memerlukan azam, tekad serta kerja kuat. Bagaimana hendak berjaya jika mudah mengalah. Ya Allah yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Penyayang. Dengan rasa kerdil atas segala kekuasaan & nikmat yang Mu yang tak terhitung, aku mohon kebaikan untuk kami hamba Mu. Amin.
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting