Ni adalah hasil saya mengapam. Sempat 2-3 kali gak la mengapam ni. Sebenarnye apam ni da basi. 1st time buat, Deepavali tahun lepas. Entry ni pun da jadik apam da lama sangat duk dalam draft. Heh. Apela yang saya bizikan sangatkan.
Hasilnya, ok cuma macam keras sket. Saya da wat research cara-cara wat apam polkadot at the best way tapi lum sempat apply lagi. Nanti kalo saya da wat, saya reportla hasilnya camne.
Inilah resepi yang saya guna pakai.
Sumber dari http://apampolkadot.com:
Resepi apam polkadot.
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak
sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais 1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa
masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang
dibenarkan =) Langkah-langkahnya: 1. Pukul telur putih sehingga kembang
elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning
telur dan esen vanilla, pukul sampai
kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder
diselang seli dengan susu kemudian
gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa
bahagian dan titiskan pewarna. 6. Masukkan setiap warna dlm piping
bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk
kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk
lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama
sehingga penuh dan kemudian dot-dot
kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe… Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak
membantu =)
Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan
apam ni jadi merekah atau
mekar. Gunakan api yang sederhana
sahaja.
2 comments:
aik..nape keras pie?org wat same gak rase resepi..bahan2 same je..cume adop esen vanila..cume cara je berbeza skit..ni die resepi org salin:
http://resepimuniemasak.blogspot.com/search?q=apam
hehe..lembut dan sedap..nyum!
Nak kate keras tu x la sangat. Acceptable lagi. Tapi p rase buleh lg lembut sebab 1st time p wat, pukul telur pakai tangan ngan whisker jek. Nak patah tangan. 2nd & 3rd time pakai blender. X kembangla telurnye. Hehe. P blum beli mixer lagi lo..
Gambo ni yg 1st p wat. Ptg p wat, malam g umah muni. Segan nak bawa sebab x gebus. Xpe muni wat da gebus gituw.
Post a Comment