17 April 2012

Panduan nak beli peti sejuk

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:50:00 PM
Tak kiralah samada anda lelaki atau perempuan, dah kawen atau belum... dan ada niat nak beli peti sejuk. Ni nak kata guidance, taklah sangat cuma sebagai peringatan supaya tak menyesal di kemudian hari macam -> SAYA! :p

Credit: image from core77.com

See points below:
  1. Belilah sekurang-kurangnya peti sejuk 2 pintu - percayalah. Tak rugi pun. Sebab nanti suhu area beku dan chill akan stabil sebab hanya dibuka pada waktu yang diperlukan sahaja. Lagipun, kalo nanti ada baby, nanti nak simpan stok EBM (Expressed Breast Milk), peti sejuk 1 pintu tak dapat simpan EBM lama berbanding peti sejuk 2 pintu. Untuk makluman, EBM boleh bertahan sehingga 3 bulan dalam ruang beku peti sejuk 2 pintu.
  2. Belilah yang auto defrost - apa dia auto defrost ni? Function ni boleh didapati pada peti sejuk 1 pintu. Kat bahagian beku tu... nanti dalam twice atau thrice a week korang kene defrostkan frost sekelian yang menebal dalam sana. Kalo tak, bahagian beku tu akan penuh ngan ais jek. Tak boleh masuk barang nanti. Heheh.. Bila lambat defrost plak.. dan ais dah banyak dalam tu... nanti, banjir plak container untuk tadah ais yang dah cair jadik air. Satu hal plak banjir peti korang. Jadi kalau rasa tak dapat nak bagi komitmen nak tekan button defrost tu (memang aku sangat malas), silalah beli yang auto defrost. Juga berkaitan EBM; nanti ble nak defrost peti, kene keluarkan EBM dan simpan dalam cooler bag atau peti ais lain supaya tak cair/suhu stabil untuk menjamin kualiti susu. Laratlah nak pindah alih berpuluh stok EBM 2-3 kali seminggu. Owh.. tidak!
  3. Belilah yang tak memerlukan takungan air - kalau yang semi-auto defrost, wajiblah ada benda alah ni. Tak payahlah... memang sungguh tak efficient. Kalau container ni letaknya dalam peti, nanti ada kemungkinan peti ais anda akan banjir. Kalau container ni letaknya kat luar, biasanya kat bawah peti (tak taulah zaman sekarang ada tak lagi jual yang jenis ni).. takut nanti jadik tempat pembiakan serangga atau ada kemungkinan banjir kat bawah peti plak. Heheh...
Itu sahaja 3 points saya. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri yang menggunakan peti sejuk 1 pintu. Huhu~ Sadis. Nasib baik dapat aje si kecil Aqeel, saya berhenti kerja jadi tak perlu buat stok EBM. Slamat di situ. Cuma risau kadang-kadang.. kalau saya tak sihat memang stok EBM sangat perlu. Setakat ni, saya gagahi diri supaya tak jatuh sakit. Kalau sakit pun, set mind sedaya upaya supaya mampu BF Aqeel. Semoga semuanya dipermudahkan. Semoga tips ini juga membantu anda.


4 comments:

Anonymous said...

Tq for the info. Saya pun tertanya2 pasal nak simpan ebm dlm peti saya yg 1 pintu dan kena manual defrost :(

Red Ruby said...

kalau saya suka sgt peti ais side by side door tu huhu..nmpak mewah...boleh smpan byk brg. setakat ni jenama samsung nmpak cam ok

~*Dandelicious Princess*~ said...

sonot kalo bley dapat yg side by side door. tp tak mampu lagi. ni pun tengah berkira-kira nak ganti peti sejuk baru sebab nak simpan ebm for new baby ni :D Tapi beli yg 2 pintu jek kot.. Bukan nak buat stok banyak-banyak. Asalkan ada sudah.

umie guelis said...

salam .
i follower ke 13 jemput jengguk blog i ..
thanks info menarik beli peti ais ..mmg berguna sungguh..


Kami menerima tempahan t-shirt, baju korporat, cenderamata korporat,hadiah,perkhidmatan cetakan tshirt (silkscreen & offset), t-shirt custome-made, ready made, embroidery dan lain-lain.
Untuk Sebarang Pertanyaan & Tempahan,
Hubungi Kami: 016-9707487
email: duanprintingmaju@gmail.com

kuasakan #cetakanT bersama #duanprintingmaju #luarbiasa

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting