Bismillah...
Petua dari pakarhowto.com dan selamat mencuba kepada mereka yang ingin mendapatkan anak. Semoga lahirlah seorang HAMBA ALLAH yg soleh / solehah.
PETUA CEPAT DAPAT ANAK
Bagi yang susah nak
dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya
dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua
ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.
Begini petuanya :
- Ambil segenggam kacang hijau.
- Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
- Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
- Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
- Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
- Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
- Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua
ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal,
dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan
nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya
mengandung.
Kepada mereka yang
inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada
Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata.
Sekian.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada mereka yang sukar
untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini.
Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar
untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda
amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua
yang sangat baik untuk diamalkan.
Semoga arwah guru saya
sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini
dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu
arwah masih hidup.
Zaman moden kini ramai
para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga
semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan
kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk
mengandung.
Bila timbul masalah ini,
doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan
mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang
dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun
belum pasti akan mengandung.
Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta
pelbagai rawatan kesuburan lainnya.
Masalah menemui doktor
sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar
memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan
lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang
lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini
menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan
anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini
sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah
kerana telah mensyirikkanNya.
Salah seorang jiran saya
sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga
kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka.
Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini
belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih
belum mengandung.
Di tempat kerja saya
pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat
anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih
belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan
agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya
dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau
masih belum mengandung.
Pada hari raya
aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan
setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan
masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya
masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas
iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu
berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini
mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan
mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan
nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.
Satu ketika sewaktu saya
membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan
seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan
jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal
menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.
Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.
Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.
Seperti yang saya
jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat
fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak
beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan
jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini
zuriat dari anak yang soleh. Amin.
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
Elakkan:
- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
- Makan burger dan nugget
- Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki
meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau
merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu
lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;
Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).
yatt berkongsi post ini dari blog Ana Ahmad