29 November 2010

Bilakah masanya nak beli barang baby?

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 4:49:00 PM
Saya pun selalu search kat tenet dulu.. ble masa yang paling sesuai nak setat beli barang baby ni. Tadi sahabat saya, Ikin... baru tanye. So.. saya publishkan kat sini untuk panduan bersama. Perlu diingat. Bukan barang baby jek perlu dibeli. Barang-barang keperluan si ibu juga. Biasanya tak banyak barang ibu yang perlu dibeli. Kebanyakannya telah ada dan cuma perlu dipackkan sahaja.

Seeloknya, barang-barang yang dibeli ini adalah barang keperluan dari saat menyambut kelahiran bayi hingga habis tempoh pantang hari ke-40, tidak termasuk jamu/ubatan untuk ibu hamil. Yang tu terpulang la nak beli before bersalin atau semasa dalam pantang.

Kalo korang nak tau. kalo ikut Klinik Kerajaan, bag baby dan ibu untuk ke hospital sepatutnya sudah siap disediakan seawal minggu ke 28 lagi iaitu tepat masuk 7 bulan usia kandungan. Ha.. awalkan? Ni adalah sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kelahiran pramatang. Nauzubillah... Harap semuanya selamat. So.. silalah mula membeli barang pada usia kandungan 6 bulan sebab, kalo da masuk 7 atau 8 bulan.. kita da x larat da nak bawak perut bershopping. 7 bulan ok lagi.. 8 bulan.. owh.. saya nak duduk jek. Tanak jalan dah. Hehehe. Ada orang cakap tak elok beli barang baby awal-awal. Saya pun rasa macam tu. Sebaiknya, beli lah yang perlu sahaja dahulu. Apa pun, terpulanglah kepada pertimbangan masing-masing. Kalo ada sale, sila jangan abaikan sale berkenaan. Bershoppinglah. Weeheeee! Tapi pastikan berhemah ye. Paling lewat untuk sediakan bag baby dan ibu untuk ke hospital ialah pada minggu ke 32 iaitu tepat masuk 8 bulan. Er.. saya tak la totally siap pada minggu ke 32 ni. Tapi da kumpul setempat dan ada sikit-sikit barang yang masih perlu disediakan.

Seawal minggu ke 28 lagi.. sepatutnya da kene masukkan bag baby dan ibu ke dalam kereta ye. Pastikan barang-barang yang diletakkan di dalam kereta itu adalah yang tahan panas. Jangan letak breast pump, botol susu dan puting susu atau barang-barang yang tak tahan tau. Takut rosak bila da duk dalam kete lama-lama. Barang-barang yang tak tahan suhu panas ni.. boleh la diletakkan di rumah dalam keadaan siap dipack untuk diangkut terus ke hospital apabila tiba masanya nanti. Letakkan ditempat yang senang dilihat dan maklumkan kepada suami anda supaya dia tak tercari-cari barang berkenaan nanti.

Untuk yang akan berpantang di tempat lain contoh di rumah ibu bapa atau ibu bapa mertua, sila packkan barang yang akan dibawa ke sana oleh suami. Juga, letakkan ditempat yang senang dilihat dan maklumkan kepada suami anda supaya dia tak tercari-cari barang berkenaan nanti. Elok juga pack awal-awal dan terus letak kat sana. Beres terus kat situ. :D

Nanti saya akan listkan senarai barang baby dan ibu yang perlu disediakan untuk ke hospital. Senarai beli barang baby saya.. ada kat sini. Cuma senarai beli barang ibu tak ada lagi. Akan saya publishkan juga nanti.


2 comments:

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

nieza stat beli brg mase 6 bulan... mase preggie 8 bulan dh tak larat dh nk jalan2... bdiri kejap je dh penat...

~*Dandelicious Princess*~ said...

Betul kate niza. Masa mula-mula nak setat beli barang p rase macam awal sangat dan macam beria jek. Tapi betul la. Kene setat beli masa 6 bulan.

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting