11:40 pagi, Khamis 12/08/2010
Suda lama entry ni tertangguh. Bukan tanak tulis. Cume saya focuskan pada kerja kat opis. Banyak keje ke? X sangat. Sibuk ke? Sibuk betul. Heheheh.. Caner bley sibuk kalo x banyak keje? Sebab saya x terer sangat. Jadi saya mengaku. Saya makan masa yang lama untuk siapkan. Bukan x siap. Da siap. Pastu macam ada x kene. Baiki lagi. Da siap. Pastu macam ada yang silap. Baiki lagi. Gitu keje saya skang ni as an analyst programmer tapi skang ni fully wat task as a system analyst. (Gaji still as analyst programmer :p - ada maksud tersirat di sebalik kenyataan ini. heheh)
Berbalik kepada topik asal. Moment '11:40 pagi, Khamis 12/08/2010' amat bermakna pada saya. Tengah saya duk wat keje. Tetiba rase macam perut kene kuis. Dicuit-cuit dari dalam. Agak ketara gerakannya. Hari ke-2 puasa. Mesti baby lapar ni. Cian plak. Senja pertama 1 Ramadhan die da setat main kuis-kuis dah. Tapi x ketara sangat. Segan-segan lagi kot. Hiihi.. Pastu da ibunye berpuasa, mesti die pun kena tempiasnya. Nak masuk tengahari da lapar. Cian anak ibu ye. So saya decide untuk beli Elken Spirulina untuk tampung nutrien yang mana yang saya x cukup di kala bulan puasa ini. Alhamdulillah. Hari ini suda masuk 1 minggu + 2 hari puasa, saya masih mampu menjalankan ibadah ini. Penat-penat tu biasa la kan. Tapi tahun ini saya tak pergi menunaikan solat terawih di surau sebab takut tak mampu dan menyusahkan jemaah lain plak kalo tetiba saya keluar dari jemaah.
Isnin lepas (16 Ogos 2010) saya pergi ke klinik untuk scan baby since baby da cukup 5 bulan. Patutnye kena g klinik gomen. Tapi saya malas nak memenatkan diri tunggu lama-lama kat klinik gomen di kala bulan pose ni so, saya pergi la klinik swasta. . Alhamdulillah, doc cakap baby sihat. Saya boleh nampak jelas jari-jemari tangan dan kakinya. Cuma jantina blum tau. Tak ape. Tak kesah boboy atau gegirl. Anak ibu jugak. Cuma ayahnya nak baby boy. Ibu tak kesah jugak. Heheheh. Sayang~ baby. Heheheh. Saya tanye doc, bley ke makan spirulina + new obimin. Doc cakap bley cume kene makan spirulina untuk ibu mengandung. Katanye lagi, obimin pun da cukup sebenarnya. Cuma saya yang risau sebab pose-pose ni, takut tak cukup vitamin/zat dalam badan. Ops! Nanti nak kene cari spirulina untuk ibu mengandung plak. Blum cari lagi.
Cukup la sekadar sini coretan saya. Nanti citer lain plak :D
The Princess
- ~*Dandelicious Princess*~
- Gambang, Kuantan, Pahang, Malaysia
- I'm pursuing my study in IT and most of the time doing my work at home babysitting my baby girl. Living with a loving husband & our little prince + new girly family member. This blog is telling about my current life; being a woman, daughter, wife, in-law, mum, friend & soon more to come.
Labels
- Aqeel (15)
- barang baby (11)
- beauty (2)
- Berpantang (4)
- breastfeeding (11)
- doa (7)
- feeding (1)
- giveaway (1)
- Im Happy (7)
- kata hati (11)
- kebun mini (1)
- little castle (4)
- masak (1)
- Master (3)
- milestone (1)
- Nasuha (2)
- pregnancy (11)
- resepi (2)
- selusuh (2)
- shopping (9)
- tips (4)
- zuriat (7)
Popular Posts
-
Tak kiralah samada anda lelaki atau perempuan, dah kawen atau belum... dan ada niat nak beli peti sejuk. Ni nak kata guidance, taklah sangat...
-
Saya pun selalu search kat tenet dulu.. ble masa yang paling sesuai nak setat beli barang baby ni. Tadi sahabat saya, Ikin... baru tanye. So...
-
Sekarang ni saya tengah obses nak nak setelkan perihal berpantang. Please, sesiapa know any confinement lady area Kuala Terengganu and Ku...
-
Ni adalah hasil acara masak-memasak akoo. Maklum la skali-skala emak takde kat rumah. :) Menu 1: Telur Bungkus. Biasa dimakan bersama Tom Ya...
-
Ha... ramai kan suka ngap-ngap Tutti Frutti kan? Currently saya stay kat Kuantan tapi blum lagi pergi merasa desert ini. Memanglah menggoda ...
-
Pagi ni breakfast at a stall near AEON building, Jalan Petani (baru lepas Google Map kan jalan ni sat tadi n baru tau nama jalan tu), near F...
-
Hari ni 31 minggu 3 hari dah usia kandungan saya. ♥ Alhamdulillah... Pagi tadi pergi checkup, doc cakap semua ok. Baby da turun ke bawah cum...
-
Pagi ni bekfast ngan puding trifle hasil air tangan Munie . Tq! Wat jadi pencuci mulut. Sedap. Hehehe. Ni la dia rupa pudingnya. Taraa! Kisa...
-
Hasil rembatan terbaru daripada kedai Kak Syud . Ehehe.. sebenarnye nak pakai ngan baju lain tapi, biaselah akoo.. x konfiden nak bergaya. L...
-
Assalamualaikum. Status hari ini: 38 minggu 5 hari. So, lagi 10 hari ke due date 02 Jan 2011 :D Susulan dari post mommies checklis t & b...
19 August 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment