12 August 2010

1Ramadhan 1431 Hijrah/2010 Masihi

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:32:00 AM
Masuk waktu maghrib. Azan jelas kedengaran secara rasminya memaklumkan Ramadhan menjelma lagi buat kesekian kalinya. Alhamdulillah dipanjatkan pada Ilahi kerana masih dapat bertemu Ramadhan pada tahun ini.

Sungguh bermakna Ramadhan ini kerana buat pertama kali menyambutnya bersama suami tercinta dan anak dalam kandungan yang berusia 19 minggu 4 hari. Ketika azan sedang berkumandang, suami dan saya telah bersedia untuk solat maghrib. Sambil menunggu azan habis suami berbaring sambil meletakkan kepalanya di ribaan saya. Saat itu saya dapat rasakan gerakan seperti mencuit-cuit dari dalam perut saya. Cuitan itu seolah-olah gembira menyambut Ramadhan bersama kami :D Sebelum ini memang ada pernah saya rasakan denyutan di bahagian perut dan regangan abdomen yang kian membesar untuk mempersiapkan ruangan kepada anak dalam kandungan ini. Tapi inilah pertama kali saya rasakan gerakan cuitan dari dalam. Terkedu sekejap. Saya diamkan sahaja sebab takut syiok sendrik. Hihi..

bersambung - >

p/s: tika ini amat bermakna = 11:40 pagi, Khamis 12/08/2010

0 comments:

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting