Semalam pegi klinik. Kat bahagian berat ditandakan dengan pen merah. Berat naik 2 kg dalam 2 minggu. Memang membesar dengan jayanya. Risau jugek kalo baby besar. Orang cakap, tak elok kalo bayi besar untuk bersalin normal. Takut gak... Camne nak keluar kalo besar? Tapi masa scan, doc cakap.. baby membesar ikut saiz yang sepatutnya. Doc pun ada cakap uri ada ke bawah sket. Akan observe next two weeks lagi. Katanye lagi, rasanya tak ada masalah. Nanti ble baby semakin membesar, dia akan makin tolak uri ke atas (nak kene besar lagi ke? Ni pun da rase besar da sangat perut ni. Hihih.. Tak ape.. asalkan baby sihat. Amin.) Tak ada yang perlu dibimbangkan. Kalo bleeding jek kene cepat-cepat ke klinik. Nauzubillah.
Tu baru intro. Ni baru nak masuk isi. Heheh.. Hari ni da 30 minggu 4 hari. Alhamdulillah :D Suke! Suke! Suke! Arini juga setat kira pergerakan baby dalam kandungan ni. Tak reti pun nak kira. Meh kita refer sini. Mekasih kepada tuan punya blog yang telah post entry ni. Pada pendapat saya, banyak membantu. Skang ni pukul 12.16 tengahari. Setakat ni.. 4 kali baby bergerak. Er.. sikit ke? Ada jugak yg saya tak kira. Sebab rasa macam antara pergerakan tu.. sela masanya singkat. So.. saya tak kira. Nanti karang masa nak abiskan kira kul 9 malam nanti.. baru saya ngelat-ngelat kira pergerakan yang saya tak amik kira tadi untuk cukupkan 10 gerakan. Aci tak? Heheh..
Kisah Abu Hurairah r.a dengan semangkuk susu.
2 years ago