01 November 2010

31 weeks 2 days

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:46:00 PM
Begitula umur kandungan saya ketika ini. Serius perut sangat membesar. Baju preggy pun da ada yang tak muat. Hahahah! Keadaan semasa saya ketika ini:

  1. Selalu sakit pinggang.
  2. Kadang-kadang cramp kaki kalau salah menggeliat di pagi hari. Perkara ni berlaku sejak kandungan berusia 4 bulan kot. Ntah la. Tak brapa ingat. Heheh..
  3. Tak memasak secara aktif semenjak raya Aidilfitri yang lalu. Sambung aktiviti memasak secara beransur-ansur memandangkan adik ipar (perempuan) join duk umah sekali sebab dia kerja kat area-area rumah. Incik suami tengah berdiet skang. Heheh.. sebab tu saya tak masak sangat. Tak berbaloi masak untuk sorang. Skang ni adik ipar ada so, berbaloi la sket masak untuk 2 orang. :D Saya pun suka memasak ni. Rasa puas hati walopun kadang-kadang penat. Biarpun hasil masakan tak sesedap & tak sehebat mana. Lauk simple-simple jek.
  4. Kadang-kadang rasa penuh bertenaga, macam-macam saya buat kat rumah. Kemas tu.. kemas ni.. masak tu.. masak ni.. Tapi ada masa-masa badan rasa tak larat sampai tak bley bergerak. Siap mengesot-ngesot kalo nak amik barang. Hihihi.. Macam-macam hal.
  5. Sangat seronok rase baby bergerak-gerak dalam perut. Semasa solat, masa tengah berdiri baca Al-fatihah tu kan.. kita qiamkan tangan dekat ngan hati. Masa tu.. saya dapat rasa baby main-main kat bawah tempat letak tangan saya. Owh... sangat sweet. Rasa bahagia (Saya doakan sahabat-sahabat lain juga akan dapat merasai nikmat ini. Amin~). Eh.. khusyuk ke solat? Hihihi... Solat dengan rasa syukur.
  6. Selalu rasa nak ke toilet. Lagipun skang ni musim hujan. Kesejukan yang menyumbang ke arah toilet. Heheh.
# Tahniah kepada Nieyxzha yang telah selamat melahirkan seorang puteri semalam :D

3 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..semoga semua selamat...take care

-sal-

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ said...

best kan bile baby bg respon bile kite letak tgn kat perut.. hehehe ^0^

~*Dandelicious Princess*~ said...

Sal - Tq Sal. Tahniah dapat anak sedara gegurl sorang lagi. :D

Niza - best! Kikikik. Incik suami pun suke main-main ngan baby sebab dia respond. Niza x yah usap perut da. Suda bley belai-belai baby depan mata. Sronok.

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting