Begitula umur kandungan saya ketika ini. Serius perut sangat membesar. Baju preggy pun da ada yang tak muat. Hahahah! Keadaan semasa saya ketika ini:
- Selalu sakit pinggang.
- Kadang-kadang cramp kaki kalau salah menggeliat di pagi hari. Perkara ni berlaku sejak kandungan berusia 4 bulan kot. Ntah la. Tak brapa ingat. Heheh..
- Tak memasak secara aktif semenjak raya Aidilfitri yang lalu. Sambung aktiviti memasak secara beransur-ansur memandangkan adik ipar (perempuan) join duk umah sekali sebab dia kerja kat area-area rumah. Incik suami tengah berdiet skang. Heheh.. sebab tu saya tak masak sangat. Tak berbaloi masak untuk sorang. Skang ni adik ipar ada so, berbaloi la sket masak untuk 2 orang. :D Saya pun suka memasak ni. Rasa puas hati walopun kadang-kadang penat. Biarpun hasil masakan tak sesedap & tak sehebat mana. Lauk simple-simple jek.
- Kadang-kadang rasa penuh bertenaga, macam-macam saya buat kat rumah. Kemas tu.. kemas ni.. masak tu.. masak ni.. Tapi ada masa-masa badan rasa tak larat sampai tak bley bergerak. Siap mengesot-ngesot kalo nak amik barang. Hihihi.. Macam-macam hal.
- Sangat seronok rase baby bergerak-gerak dalam perut. Semasa solat, masa tengah berdiri baca Al-fatihah tu kan.. kita qiamkan tangan dekat ngan hati. Masa tu.. saya dapat rasa baby main-main kat bawah tempat letak tangan saya. Owh... sangat sweet. Rasa bahagia (Saya doakan sahabat-sahabat lain juga akan dapat merasai nikmat ini. Amin~). Eh.. khusyuk ke solat? Hihihi... Solat dengan rasa syukur.
- Selalu rasa nak ke toilet. Lagipun skang ni musim hujan. Kesejukan yang menyumbang ke arah toilet. Heheh.
3 comments:
alhamdulillah..semoga semua selamat...take care
-sal-
best kan bile baby bg respon bile kite letak tgn kat perut.. hehehe ^0^
Sal - Tq Sal. Tahniah dapat anak sedara gegurl sorang lagi. :D
Niza - best! Kikikik. Incik suami pun suke main-main ngan baby sebab dia respond. Niza x yah usap perut da. Suda bley belai-belai baby depan mata. Sronok.
Post a Comment