17 December 2011

Cabaran menggosok gigi si anak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:41:00 AM
Reactions: 

Aqeel sekarang da 11 bulan 1/2. Alhamdulillah.. Gigi ada 4 batang kat atas dan 2 batang kat bawah. Eloklah ada banyak gigi sebab Aqeel memang suka sangat makan. Orang tak makan dia makan, orang makan pun dia makan tapi badan maintain tak gemuk mana. Berat baru 8 kg. Tak apa lah asalkan Aqeel sihat.

Memandangkan hobby Aqeel ialah makan, maka ibu kenelah rajin menggosok gigi Aqeel. Er.. Kadang-kadang 2x 1 hari, kadang-kadang 1x jek sehari. Hehe.. Dugaan betul nak gosok gigi Aqeel. Rasa serik pun ada. Serik tak serik, kene gosok gak.

Bukan ape, budak kecik ni kuat menggigit dan menganga. Menganga sebab bila ibu hulurkan tangan ke mulut, dia ingat ibu nak kasi makan. Adoi, mane gigi ibu tak nampak nak gosok? Pastu bila ibu dah masukkan jari ibu dalam mulut Aqeel.. nak gosok lidah, terus Aqeel ngap! Ark!! Sakit! Ibu jerit. Aqeel buat muka blur. Kadang-kadang dia gelak. Apa pun ibu kena tabah. Ape la sangat dugaan sekecil ini. Seronok pun ada. Hehe.

2 comments:

Mrsboxz said...

Comelnyer gigi Aqeel.Dh nk setahun yer. Tahniah utk Pie & Husband .Semoga Aqeel membesar dgn kuat, sht dan cml. Pie, keep on tls ttg parenting yer,sgt2 membantu.Congrats & Thank you

~*Dandelicious Princess*~ said...

Tq Maz. Hehe. Sharing is caring. P kongsi ilmu P yang tak seberape ni jek. Gembira kalo ia memang membantu.

Mas da masuk keje ye. Lain plak dugaan jadi ibu bekerjaya kan. Awal-awal memang penat sket jaga baby. Tapi tenunglah muka anak yang comel, InsyaAllah.. hilang semua penat. Semoga Hannah Farhana sihat dan ceria slalu.

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting