30 January 2013

Kotak Mainan Comel

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:46:00 AM 0 comments
Lagi post berkenaan 'comel'. Saya tengah mencari-cari toy box yang cute untuk anakanda tercinta. Memang cari design yang cam gini:





Sebenarnye duk google blog orang len, jumpe design ni. Ada yang beli kat Mr. DIY, ada yang beli kat JUSCO, AEON... Ketiga-tiga tempat tu saya tak dapat nak pegi. So, gatal tangan post tanye kat FB. Heheh.. Nasib baik ada kawan yang tulon jawabkan soklan saya. Thanks ye kawan-kawan. :D Kalau design camni... boleh beli kat AqeelsLilCloset. Tapi harga macam mahal daripada yang saya tengok orang yang beli direct dari kedai. Tu blum tambah postage lagi. Wawaa....

Satu lagi.. design yang macam ni.. Comey gak kan.




Ni design dari Neo Geo Company. Boleh beli kat LittleWhiz.

Pastu rase blink-blink... rase nak belikan untuk Aqeel, adik baby gak, pastu rase nak belikan untuk Adam dan Auni... sepupu Aqeel. Nasib baik Aqeel ada 2 orang jek sepupu.. Kalau ramai... banyak la saya nak borong. Mr, Hubby, help me!

28 January 2013

Comelnya Tertido Time Makan

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:56:00 PM 0 comments
Weeked bebaru ni pegi outing ngan Hubby & Aqeel. Al kisahnya nak gi breakfast aje... Pastu tak tau da arah tuju. Saya pun ajak incik Hubby pegi East Coast Mall. Heheh... Memangnya dalam perancangan banyak yang nak beli.

So, sementara incik Hubby yang tak berapa sehat layan Aqeel kat area main game near cinema food court, saya pergi shopping sorang-sorang. Hasilnya ialah, baju Aqeel sket, baju Auni.. sepupu Aqeel.. ni sebab jarang belikan Auni hadiah.. so belikan sket la.. baju adik baby 3 pasang. Sebenarnya belum buat list lagi barang ape nak beli kat adik baby dalam perut ni sebab barang-barang Aqeel masih baru lagi. So, mungkin tak banyak kot nak beli.

Then.. belikan Aqeel set cadar + comforter sebab lepas ni nak kasi Aqeel belajar tido atas comforter dia plak.. Tilam kekabu tu nak kasi adik baby plak pakai ye Aqeel. Then..sehelai towel untuk tambahan stock towel kat rumah. Er... tak banyak sangat la plak rasanya, tapi nak pengsan jugak la membayar baju budak-budak ni. Tu pun dalam range RM 15 - RM 30 sepasang bajet. Tak larat nak beli yang mahal-mahal woo....... Kalo dah 8 pasang.. untuk Aqeel + Auni + adik baby.. makan ratus gak la kan. Selamba jek aku tengok orang bayar pakaian anak RM 400++ wo.. Ni pun belum belikan baju untuk Adam, sepupu Aqeel gak... Sorry ye Adam.. Auntie P kasi cash aje. Hehehehe.... Pastu,belikan purse untuk adik ipar, dia kirim. Tiga kali gak la pergi cari dan ulang alik Sembonia, Carlo Rino, Parkson.. tak jumpa yang berkenan rupa & harga. Ada berkenan, mahal ka pulak. Purse saya tak penah pun cecah RM 200 taw, after sale la kan.... Tak kuasa mahal-mahal mak.

So.. berbalik kepada tajuk. Hahahah!



Ni la rupa budak kecik ngantuk, tertido time tengah makan. Makan kat Johnny's.. Dengan bihun kat mulut... Sudu kat tangan.. Boleh plak dia tertidur. Kikikik.. tersengguk-sengguk dia. Ni jek gambo sebijik sempat snap ngan cam tepon ni.. Of course quality tak setara real camera. Hu~ hu~ Pastu Hubby tulon angkatkan Aqeel tidur kat seat sebelah saya. So.. ape lagi, makan la kami berdua dengan tenang. Heheh.... Tu la Aqeel, dalam kete suh tido tanak. Pastu dah penat main, tertido plak. Sebenarnya kalau ngan kitorang Aqeel susah sket nak tidur tapi kalau kat umah pengasuh, senang aje pengasuh kasitau. Alhamdulillah... kalau senang orang lain jaga, da bersyukur sangat da...

Ayah & Ibu ♥ Aqeel + Adik Baby. xoxoxo!

16 January 2013

The Telekung Project

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:55:00 PM 0 comments

Assalamualaikum,

Hari ni rase nak bagi salam. Heheh... Saya nak bawa kawan-kawan readers saya yang tak seberapa ramai ini untuk join/bantu/sumbang dalam TheTelekungProject ini.


TheTelekungProject adalah sebuah NGO yang menjalankan projek - projek kebajikan melalui kekuatan ukhwah sahabat-sahabat yang memahami perjuangan TheTelekungProject itu sendiri.

TheTelekungProject asalnya usaha seorang ibu dan dua orang anak perempuannya menyebarluas aktiviti amal mencuci telekung yang diwakafkan di surau-surau awam. Usaha ini dikongsikan melalui  laman sosial Facebook pada 14 Oktober 2011 dengan diberi nama Telekung Project. Laman sosial ini telah mendapat sambutan positif daripada peminat-peminat yang mengikuti usaha beliau dan anak-anak dengan usaha-usaha kesedaran yang dilakukan.


Bagaimana cara anda dapat membantu?

  1. Bawa telekung extra untuk diwakafkan ke mana-mana surau yang kita pergi.
  2. Tinggalkan telekung extra itu di surau.
  3. Cari telekung wakaf yang kotor di surau dan bawa balik untuk dibasuh/dibaiki (jika rosak).
  4. Pulangkan kembali telekung wakaf yang telah dibersihkan ke surau itu/mana-mana surau yang kita pergi.

Ulang semula langkah 1-4 di mana-mana surau/masjid/tempat solat.

Terpulang kepada kemampuan masing-masing untuk bawa sepasang telekung atau lebih. KOnsep ini adalah CADANGAN dan boleh diaplikasikan di SEMUA surau/masjid/tempat solat dan SEMUA telekung wakaf. Jika dapat kebenaran dari pihak pengurusan surau/masjid/tempat solat berkenaan adalah lebih baik.

✿  Jika berminat untuk mendapatkan label TheTelekungProject untuk dijahit pada telekung wakaf, boleh hubungi individu berkenaan seperti yang dinyatakan dibawah. Label ini diberi secara PERCUMA dan dibiayai menggunakan sumbangan orang ramai. ✿

PUAN MARDZIAH MOHD LOKOMAN 
019-953 2747 

Untuk makluman, pengasas kepada TheTelekungProject adalah:
PUAN AZILA AZIZ
No.2, Jalan Intan 2/10,
Taman Puchong Intan,
47100 puchong, Selangor.
012-318 3621

IMHO, kalau kita tidak mempunyai masa untuk memberi komitmen sebegini, boleh juga menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, tolong post pasal projek ni pun ok gak, tolong jahit label, tolong susun/lipat/sangkut telekung yang kita sendiri guna, tolong jaga kebersihan tempat ibadah, tak buat sepah, tak buang sampah merata.. apa jua cara, walau sekecil mana, insyaAllah tetap mulia disisi-Nya.
Untuk mengikuti perkembangan TheTelekungProject, boleh lawati link di bawah:

Official FB TheTelekungProject: www.facebook.com/TheTelekungProject
Official website TheTelekungProject: thetelekungproject.com/

Lain-lain pautan berkaitan:
TheTelekungProject (Kuantan, Pahang): www.facebook.com/TelekungProjectKuantan
Little Muslimah (Kuantan, Pahang): www.facebook.com/littlemuslimah4u
Telekung People (Universiti Malaysia Pahang, Pahang) www.facebook.com/TelekungPeople
TheTelekungProject (Kelantan): www.facebook.com/TelekungProjectKelantan
TheTelekungProject (Johor Bharu, Johor): www.facebook.com/TelekungProjectJohorBahru
Telekung Project - Kuala Terengganu, Terengganu (Kuala Terengganu, Terengganu) www.facebook.com/TelekungProjectKualaTerengganuTerengganu

Err...  Calling for other area for new TheTelekungProject community

15 January 2013

Merencana Anak Berjaya Dunia & Akhirat

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 1:52:00 PM 0 comments
Huaarghhh!! Ngantuknye.. time-time tengahari gini... Tak kuo lunch sebab da bungkus siap-siap time beli untuk breakfast tadi. Lum lapo lagi... Jap lagi pukul 2 atau 3 ni... pasti perut berbunyi, baby gerak-gerak.. minta ibu isi perut. Hihi...

Disebabkan tak dapat nak fokus untuk buat keje, dengan gumbiranya saya nak tempek Carta Perencanaan Anak Soleh & Solehah ni yang saya dapat kat Facebook. Tatau la sape pemilik asal carta ni. Apapun thanks very much for illustrating and sharing this. Saya suka! Saya suka! Semoga boleh menjadi panduan berguna untuk semua :D

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Merujuk pada carta tersebut (cewah ayat skema :p), Aqeel skang da umur 2 tahun so patut da boleh baca Alif, Ba.. Ta.. Alhamdulillah Aqeel da kenal sket-sket tapi belum lancar. Bila kita kuarkan Quran, dia pun sibuk nak ngaji gak. Kasi Iqra' dia tanak. Haaa.... Memang hubby dan saya da belikan Iqra' buku 1-6 untuk Aqeel. Skang ni.. kadang-kadang Aqeel request gak nak Iqra' dia. Ble dapat, dia pun duduk belek-belek... sebut aa.. ba... camtu la lebih kurang.. takpelah Aqeel.. sikit-sikit..InsyaAllah lancar nanti. Amin.

Hubby pun da setat bacakan surah-surah pendek especially Al-Fatihah untuk Aqeel... untuk adik Aqeel yang kat dalam perut ni jugek. Tak la selalu, tapi bacakan juga ble ada masa. Nasib baik Aqeel ni jenis yang duduk & dengar. Tapi kejap jek la.. Kejap pun jadikla.. at least dengar jugek. Be a Soleh boy ye Aqeel. Muaach! Ayah and ibu heart you so muach.

02 January 2013

In ♥ with Maybelline Hyper Sharp Liner

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:01:00 AM 0 comments
Hari ni, saya nak review this one eyeliner I am falling in love with, Maybelline Hyper Sharp Liner. Cenggini rupa dia:
 Tip yang flexible, sharp dan tirus.

Hasil yang memberangsangkan.

Sebenarnya, kalau nak beli barang atau baju, saya suka expect the design I'd love them to be. Maksudnya.. saya akan imagine dulu rupa the items. Tapi sekarang ni.. saya da cuba buang jauh-jauh konsep tersebut especially kalau nak beli baju.. sebab kalau nak dapat yang sebijik macam saya imagine.. memang tak shopping la.. Kene jahit design & jahit sendrik baru dapat. Maklumla dulu pernah cita-cita nak jadi fesyen designer.

So.. berbalik kepada kisah eyeliner.. memang saya imagine nak 1 liner yang design cenggini: very black liquid color, sharp liner, smudge free, easy to remove with water, easy to use especially to eyeliner newbies. This one is superb for me. Jumpa jek liner ni kat rak Maybelline, trus saya cakap, "this is what I'm looking for!".

Saya start guna this eyeliner ni.. samada awal tahun 2012.. or end of 2011 kot.. Saya tak apply tebal sangat... & bukan heavy user.. so maybe sebab tu lambat abis. Semalam baru cap on my new 2nd Maybelline Hyper Sharp Liner ni. Tu pun sebab yang 1st tu lupa tutup rapat so.. liquid dia da hampir kering... Huhu...

Actually my skin type is combination and sometime can become oily. Biasanya kalau pakai yang pencil eyeliner, memang at the end of the day.. x nampak rupa da line tu sebab da blended with oil around my eyes. Comot pun ada. Tapi kalau Maybelline Hyper Sharp Liner ni... setakat yang saya guna... memang smudge free... tak blended with the oil excess of my eyes. Kalau tergenyeh, rub sket-sket.. x smudge sangat.. Kalu baru apply less than 5 second (estimated).. can be easily clean off with our fingers. Nak lukis pun senang... kalau tak pro mana macam saya ni pun.. boleh dapat close to smooth line. Practices make prefect ya.. Disebabkan liner dia very sharp.. 0.5mm.. kalau nak lukis line tebal.. kene line kan few times untuk dapatkan preferred thickness. Bagi saya, ini memberikan flexibility untuk every person untuk decide ketebalan yang kita suka.

Saya tak tempek gambar mata saya sendrik yang dah eyelined sebab rase skin around mata ni banyak jerawat tecik-tecik.. Segan meh... Hihih..

So.. Overall...
Pro(s):
  1. Very sharp liner
  2. Very clean line formed
  3. Very black color
  4. Price is RM 23.90 - which is worth to buy according to the function
  5. Almost smudge free
  6. Quite easy to remove with water so.. senang la kalau nak gi solat... :D Lagi bagus kalau pakai makeup remover + facial wash untuk memastikan all the makeup washed out
 Con(s):
  1. Ntah la..setakat ni saya berpuas hati ngan eyeliner ni :D

Well, sekian review saya yang tak seberapa.
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting