16 January 2013

The Telekung Project

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:55:00 PM

Assalamualaikum,

Hari ni rase nak bagi salam. Heheh... Saya nak bawa kawan-kawan readers saya yang tak seberapa ramai ini untuk join/bantu/sumbang dalam TheTelekungProject ini.


TheTelekungProject adalah sebuah NGO yang menjalankan projek - projek kebajikan melalui kekuatan ukhwah sahabat-sahabat yang memahami perjuangan TheTelekungProject itu sendiri.

TheTelekungProject asalnya usaha seorang ibu dan dua orang anak perempuannya menyebarluas aktiviti amal mencuci telekung yang diwakafkan di surau-surau awam. Usaha ini dikongsikan melalui  laman sosial Facebook pada 14 Oktober 2011 dengan diberi nama Telekung Project. Laman sosial ini telah mendapat sambutan positif daripada peminat-peminat yang mengikuti usaha beliau dan anak-anak dengan usaha-usaha kesedaran yang dilakukan.


Bagaimana cara anda dapat membantu?

  1. Bawa telekung extra untuk diwakafkan ke mana-mana surau yang kita pergi.
  2. Tinggalkan telekung extra itu di surau.
  3. Cari telekung wakaf yang kotor di surau dan bawa balik untuk dibasuh/dibaiki (jika rosak).
  4. Pulangkan kembali telekung wakaf yang telah dibersihkan ke surau itu/mana-mana surau yang kita pergi.

Ulang semula langkah 1-4 di mana-mana surau/masjid/tempat solat.

Terpulang kepada kemampuan masing-masing untuk bawa sepasang telekung atau lebih. KOnsep ini adalah CADANGAN dan boleh diaplikasikan di SEMUA surau/masjid/tempat solat dan SEMUA telekung wakaf. Jika dapat kebenaran dari pihak pengurusan surau/masjid/tempat solat berkenaan adalah lebih baik.

✿  Jika berminat untuk mendapatkan label TheTelekungProject untuk dijahit pada telekung wakaf, boleh hubungi individu berkenaan seperti yang dinyatakan dibawah. Label ini diberi secara PERCUMA dan dibiayai menggunakan sumbangan orang ramai. ✿

PUAN MARDZIAH MOHD LOKOMAN 
019-953 2747 

Untuk makluman, pengasas kepada TheTelekungProject adalah:
PUAN AZILA AZIZ
No.2, Jalan Intan 2/10,
Taman Puchong Intan,
47100 puchong, Selangor.
012-318 3621

IMHO, kalau kita tidak mempunyai masa untuk memberi komitmen sebegini, boleh juga menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, tolong post pasal projek ni pun ok gak, tolong jahit label, tolong susun/lipat/sangkut telekung yang kita sendiri guna, tolong jaga kebersihan tempat ibadah, tak buat sepah, tak buang sampah merata.. apa jua cara, walau sekecil mana, insyaAllah tetap mulia disisi-Nya.
Untuk mengikuti perkembangan TheTelekungProject, boleh lawati link di bawah:

Official FB TheTelekungProject: www.facebook.com/TheTelekungProject
Official website TheTelekungProject: thetelekungproject.com/

Lain-lain pautan berkaitan:
TheTelekungProject (Kuantan, Pahang): www.facebook.com/TelekungProjectKuantan
Little Muslimah (Kuantan, Pahang): www.facebook.com/littlemuslimah4u
Telekung People (Universiti Malaysia Pahang, Pahang) www.facebook.com/TelekungPeople
TheTelekungProject (Kelantan): www.facebook.com/TelekungProjectKelantan
TheTelekungProject (Johor Bharu, Johor): www.facebook.com/TelekungProjectJohorBahru
Telekung Project - Kuala Terengganu, Terengganu (Kuala Terengganu, Terengganu) www.facebook.com/TelekungProjectKualaTerengganuTerengganu

Err...  Calling for other area for new TheTelekungProject community

0 comments:

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting