15 January 2013

Merencana Anak Berjaya Dunia & Akhirat

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 1:52:00 PM
Huaarghhh!! Ngantuknye.. time-time tengahari gini... Tak kuo lunch sebab da bungkus siap-siap time beli untuk breakfast tadi. Lum lapo lagi... Jap lagi pukul 2 atau 3 ni... pasti perut berbunyi, baby gerak-gerak.. minta ibu isi perut. Hihi...

Disebabkan tak dapat nak fokus untuk buat keje, dengan gumbiranya saya nak tempek Carta Perencanaan Anak Soleh & Solehah ni yang saya dapat kat Facebook. Tatau la sape pemilik asal carta ni. Apapun thanks very much for illustrating and sharing this. Saya suka! Saya suka! Semoga boleh menjadi panduan berguna untuk semua :D

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Merujuk pada carta tersebut (cewah ayat skema :p), Aqeel skang da umur 2 tahun so patut da boleh baca Alif, Ba.. Ta.. Alhamdulillah Aqeel da kenal sket-sket tapi belum lancar. Bila kita kuarkan Quran, dia pun sibuk nak ngaji gak. Kasi Iqra' dia tanak. Haaa.... Memang hubby dan saya da belikan Iqra' buku 1-6 untuk Aqeel. Skang ni.. kadang-kadang Aqeel request gak nak Iqra' dia. Ble dapat, dia pun duduk belek-belek... sebut aa.. ba... camtu la lebih kurang.. takpelah Aqeel.. sikit-sikit..InsyaAllah lancar nanti. Amin.

Hubby pun da setat bacakan surah-surah pendek especially Al-Fatihah untuk Aqeel... untuk adik Aqeel yang kat dalam perut ni jugek. Tak la selalu, tapi bacakan juga ble ada masa. Nasib baik Aqeel ni jenis yang duduk & dengar. Tapi kejap jek la.. Kejap pun jadikla.. at least dengar jugek. Be a Soleh boy ye Aqeel. Muaach! Ayah and ibu heart you so muach.

0 comments:

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting