02 April 2013

Bilakah Masanya dan Sebab Kene Beli Breastpump

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 3:22:00 PM
Kali ni tak nak tampal gambar sebab kalau saya tampal, mesti nak tampal gambar Rumble Tuff kesayangan walaupun belum guna pun lagi. Sekarang ni usia kandungan saya sudah menginjak ke 37 minggu. Alhamdulillah lega sket kat situ sebab risiko kelahiran pre-mature da berlalu. Kalau kurang dari 37 minggu baby lahir, pre-mature taw. Kalo lebih dari 42 minggu, post-mature plak. Tak study lagi pasal post-mature ni. Cuma da lega sket sebab kalau da 37 minggu ni, InshaAllah kalu baby nak kuo dah, semua organ dia da boleh berfungsi di luar rahim.

Aa... breastpump ye.. Saya nak tekankan. Jangan la teragak-agak nak beli breastpump sebelum kelahiran bayi anda. Belilah jangan tak beli. Lagi-lagi kalau ada sale. Hihi... Jangan risau susu tak kuo ke.. susu tak ada ke.. susu sikit ke.. Sebab mane tau tetiba susu banyak. Haa.... kan da membazir, lebih-lebih lagi untuk ibu-ibu yang bekerjaya yang perlu kumpul stok. Ah... meh saya list kan sebab sebab kenapa perlu beli breastpump sebelum kelahiran si kecil:

  1. Sebab ada sale! :p
  2. Boleh pilih sendiri pam yang nak dibeli - sebelum itu, sila buat research dulu taw. Kalau main beli aje atau kirim kat suami, takut nanti tak puas hati plak.
  3. Susu banyak - so, jangan bazirkan. Sila pam. Lagi-lagi susu awal adalah kolustrum. Tapi jarangla kolustrum kuo banyak.
  4. Susu ada tapi tak keluar - nanti bengkak susu wo.. jangan berhenti berusaha direct breastfeed baby dan pam walaupun susu tak keluar. Kita perlu merangsang saraf payudara supaya susu dapat keluar. Remember konsep supply and demand. Semakin kita rangsang cik B, maka semakin la susu akan keluar. Memula memang cik B akan kelam-kabut mengeluarkan susu; sekejap kuo, sekejap tak. Kadang ble pam tak kuo tapi ble tak pam, basah plak baju dengan susu. Itulah kita kene rangsang cik B secara berjadual supaya cik B taw ada demand secara berkala so lama-lama cik B akan maintainkan pengeluaran susu. Harus diingat, rangsangan hisapan dari bayi itu sendiri adalah yang terbaik sebab natural, Allah da cipta cantik-cantik, kita lah yang kene berusaha. Lupa plak. Cara kedua terbaik merangsang pengeluaran susu ialah dengan memerah meggunakan tangan iaitu teknik marmet kemudian, barulah dengan mengepam menggunakan pam susu/breastpump. Nanti ada masa kita study pasal marmet plak.
  5. Anak tak pandai nak menyusu - ha.. anak perlu susu tapi tak pandai nak menyusu. Kalo tak pam, rangsangan pada cik B tak ada. So, kembali kepada konsep supply and demand. Kalo anak tak pandai nak menyusu, kita kene pam susu supaya cik B taw ada demand. Sekali lagi, pam lah secara berkala dan berikan kepada bayi menggunakan cawan. Er.. tapi saya kasi jek kat anak dulu pakai botol :p Kalau ada lagi susu perahan yang tak diminum oleh bayi, bolehlah masukkan ke bahagian frozen peti sejuk untuk buat stok beku. Susu ni, bukan susu baki yang telah diminum oleh bayi tau, tapi susu yang belum diminum oleh bayi.
  6. Ibu tak pandai nak menyusukan bayi - kalo tak pandai, bley juga pam tapi saya tak galakkan. Kenelah berusaha menyusukan secara natural kerana itulah yang terbaik.
  7. Bayi pre-mature/kuning/masuk hospital/ibu masuk hospital - dalam kes-kes ini, biasanya si ibu dan bayi tak dapat nak bersama jadi aktiviti mengepam/memerah susu sangatlah penting untuk membekalkan susu ibu kepada bayi dan untuk merangsang pengeluaran susu supaya susu tidak kering/ibu tidak bengkak susu. Bayi pre-mature amat memerlukan susu ibu kerana itulah yang terbaik untuk bayi. Organ dalaman bayi pre-mature masih belum matang jadi sifat susu ibu yang berkhasiat dan mudah dihadam, adalaha yang terbaik untuk bayi. Begitu juga untuk bayi yang menghidap kuning. Susu ibu adalah sumber khasiat terbaik.
  8. Boleh jual balik (let go) - jika ada sebarang masalah contohnya, anda tak serasi dengan pam tersebut, atau ada sebab-sebab lain yang menyebabkan anda tidak dapat menggunakan/hanya menggunakan pam berkenaan sekejap sahaja, anda boleh jual balik pam berkenaan. Ramai jek ibu-ibu yang nak beli. Make sure harga jual adalah lower la kan daripada harga anda beli sebab kan dah guna.
  9. Apa lagi ye, nanti tambah lagi kalau ada :D 

0 comments:

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting