13 December 2009

Alhamdulillah

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:10:00 PM 0 comments
Thank God. Setiap yang Dia tetapkan ada hikmah di sebaliknya. Aku nampak hikmahnya untuk aku. Tapi.. orang lain.. Harap semua orang dapat bertemu bahagia yang dicari cepat-cepat. Yang sesat dibawa ke jalan yang betul & yang tetap pendirian supaya terus teguh di situ (tanpa rase syiok sendrik bahawa kita sememangnya betul :p). Muhasabah...

Peringatan buat diri sendiri...

Fussy me?

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:05:00 AM 1 comments
Ye ke aku cerewet? Erm.. x kot. Cume once in a lifetime. Bley kan... bley kan? Susah hati sampai x bley tido. Wakakak. Memang x sesuai. Hope everything goes fine.

28 June 2009

Tergoda - Cute Hair Pin

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 3:26:00 PM 7 comments

Cumil x? Hihi.. Ni saya ordered from manjakuhappy. Booked Sea Blue & pink Button hair pin. Sepatutnye ni untuk baby & kids. Saje jek beli untuk diri sendrik sebab geram tengok comey ngat. Ada banyak pattern lagi. See more at ChomelCraft. Sebenarnye memula nampak hairpin cute ni kat blog Kak Salina <- kasi promote sket :p. Ada post pasal sweet-wannur giveaway. Dari blog sweet-wannur lak ada link ke ChomelCraft. Order for June @ ChomelCraft da tutup. Tapi ade ready stock. ChomelCraft posted ready stock to ManjakuHappy to sell it. So aku decided beli kat ManjakuHappy. Aniway, kalo korang minat bley beli kat kedai-kedai online yang aku state kan. Very nice :D

Sebenarnya simptom-simpton shopaholic da makin obvious dalam diri aku. Berusaha keras untuk menanganinye. "Aku perlu tak hairpin ni? Aku perlu tak baju ni? Kain pasang ni cun ar. Digital crepe. Murah ni. Tempat len tak dapat ni. Aku perlu ke kain ni?" Soklan ni la slalu bermain dalam pikiran aku. Teringat scene Ms. Bloomwoodgale masa beli green scraf dalam citer Confession of a Shopaholic yang aku tengok same ngan Wani & Kak Syud otw outstation ke KL. DVD by Kak Syud. Tq :D Budak kecik comel yang pakai hairpin tu macam cakap "Comey ni hairpin ni. Kalo nak comey cam saya, beli la.. beli la.. :p". Dan.. aku pun tergoda. Slamat la RM15 aku (RM15 jek.. ayat sedapkan hati. Heheh)

Azam bulan ni.. Tanak beli pape! Sebab kain pasang untuk baju raya sumer da setel anto pada tailor. Bereh! Takmo soping lagi da. Nak simpan duit lak. (Bley caye ke ni?) Fighting! (Awal-awal lagi da tewas terbeli hairpin comey ni. Siap promote pada Sal & Muni. Ngehehe.)

25 June 2009

Keep on assuming as u wish

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:39:00 AM 3 comments
May assume
Keep in mind, assuming may not ensure facts

Haven't heard?

"Open our right eye to see goodness in others"
"Open our left eye to see our own bad side"

Lu pk la sendrik

03 June 2009

Me so small

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:04:00 AM 0 comments
So small by Carrie Underwood

What you got if you ain't got love?
The kind that you just wanna give away
It's okay to open up
Go ahead and let the light shine through

I know it's hard on a rainy day
You wanna shut the world out
And just be left alone
But don't run out on your faith

Cause sometimes that mountain you've been climbing
Is just a grain of sand
And what you've been out there searching for forever
Is in your hands

And when you figure out
Love is all that matters after all
It sure makes everything else
Seem so small

It's so easy to get lost inside
A problem that seems so big at the time
It's like a river that's so wide
It swallows you whole

While you're sitting around thinking 'bout what you can't change
And worrying about all the wrong things
Time's flying by, moving so fast
You better make it count 'cause you can't get it back

Sometimes that mountain you've been climbing
Is just a grain of sand
And what you've been out there searching for forever
Is in your hands

Oh, and when you figure out
Love is all that matters after all
It sure makes everything else
Seem so small!

Sometimes that mountain you've been climbing
Is just a grain of sand
And what you've been out there searching for forever
Is in your hands

And then you figure out
Love is all that matters after all
It sure makes everything else
Oh, it sure makes everything else
Seem so small

02 June 2009

Jadual Anak Dara Emak

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:09:00 PM 2 comments
(Klik to enlarge)

Sementara tunggu data di load (tenet lambat bangat) sesaje gatal tangan cari jadual waktu rumah maka, terjumpa la page ni. Ni jadual kerja harian pembantu umah tau. So, setelah di alter mengikut kesesuaian gue, inilah hasilnya.

1:00 petang - Rehat, mandi, kemas diri, solat Zohor. Aktiviti ini hanya bley dilaksanakan pada ujung minggu. Mandi kul 1 tengahari? Sape sokong?

4:30 petang - Solat Asar. Eh, da masuk waktu lum? Lebey kurang waktu ni la..

6:30 petang - Mandi, kemas diri dan solat Maghrib. Weekdays, time ni lum sampe rumah da.. Jum gi merendek dulu.

7:00 malam - Membantu emak menyediakan makan malam. Time ni akoo duk berebut bilik air. Kalo dapat kire naseb baek sangat la.

8:00 malam - Makan malam. Sangat sokong ini! Sebab kalo makan lambat, nanti perut masyuk angin. Huhuhu.. Sakit!

9.00 malam - Kemas umah, basuh pinggan mangkuk. Da basuh pinggan pas makan kul 8 tadi. Kemas umah + membebel rumah berselerak. Sangat sesuai!

10 malam - Solat Isyak dan masuk tidur. Tak harap la kul 10 da masuk tidur. Mase ni maybe tengah lipat kain sambil tengok tv or taip bil untuk bisnes emak + membebel kat adik suh mengaji. (Kakaknye x ngaji pun. Saje jeles tengok adik guling2 men game :p)

"Pelamin anganku musnah"

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:31:00 AM 0 comments
Uops! Bukan saya. Bukan saya. Saya punye lum tau camner rupanye. Ni kes kakak akoo. Semalam, dalam kul 10PM++ orang kedai pengantin datang nak pasang pelamin. Akoo excited dalam kesakitan perut, ngadap dorang wat keje. Terbayang hasilnya sambil sekali-sekala menjeling pelamin idaman kakak pada majalah pengantin. Cun! Tangan masih lagi memicit-micit perut. Siap pakai stokin lagi. Macam orang baru lepas pantang jek gayanye. Heh. Perut kembung masyuk hangin ni. Ye ar asyik 'berhangin' jek. Mane taknye... Ni kene beli minyak Yuyi Cap Limau neh.

Da separuh siap pelaminnye.. kakak mula mengomel sorang-sorang. "Tak cantik. Tak cantik. Tak same pun." Aku cuba menyedapkan hatinya. "Pas siap ok ni. Kite tengok dulu ye." Hari makin lewat. Mata rasa berat tak tertahan. Perut senak. Aku masuk bilik.. "Zzzzz.." Slamat dah.

Paginya akoo bangun ngan excited. Tengok pelamin sat. Ark!!! Same jek cam semalam. Yup. Tak cantik. Tak same macam yang diidamkan. Memang pelamin anganku musnah da. Ni la satu hal. Masa offer service bukan main lagi. Pelamin display kat kedai bukan men cun. Dalam album pun sangat nice. Rase nak marah jek. Bakal pengantin mesti lagi bengang. Akoo tatau la ape jadik. Tak berani akoo nak komen pape pada kakak.

Harap semua berjalan lancar. Yang penting selesai akad secara sah + kegembiraan dapat dikongsi bersama keluarga, sahabat handai dan para tetamu. Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Camne baek nye plan pun, ade gak lobangnye (nape tak bley perfect eh?)

29 May 2009

Meraung dakap mayat

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:36:00 PM 0 comments
Source: Meraung dakap mayat

Merujuk berita berkenaan, sila lah berhati-hati semasa membawa kereta terutama sekali ketika ingin membetulkan parking dan keluar dari parking.

26 May 2009

PHP PROGRAMMERS WANTED!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 5:13:00 PM 0 comments
  1. Jawatan :PHP Programmer (3 orang)
  2. Nama Syarikat : KRIM Network Sdn Bhd http://software.krimnet.com
  3. Lokasi : Cyberjaya Selangor
  4. Status Jawatan : Sepenuh Masa
  5. Gaji Basic : Minimum RM 2,500
  6. Tarikh tutup permohonan : 30 June 2009
  7. Kelayakan : Ijazah, 2 tahun pengalaman, PHP framework
  8. Cara untuk memohon : email resume dan senarai kerja-kerja web kepada rajaiskandar@krimnet.com

Komen saya: "Mane la pigi sumer PHP developer ni? Sila make urselves visible to employers."

25 May 2009

Rembat :D

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:34:00 AM 9 comments
Hasil rembatan terbaru daripada kedai Kak Syud. Ehehe.. sebenarnye nak pakai ngan baju lain tapi, biaselah akoo.. x konfiden nak bergaya. Last-last, akoo pakai tudung ni ngan baju tshirt lengan panjang pink + blue jeans. Tutup mate jek la akoo. Ape kes pakai tudung grey ngan baju pink? Hoho.. tibai ajek la. Sebenarnye nak pakai ngan blouse lengan 'musketeers'. Tu satu kes gak. Segan nak pakai blouse tu. Bese akoo lebey selesa ngan tshirt lengan panjang. Santai sey. Lenkali lak akoo tutup mate pakai blouse tu ngan tudung ni. Kene cari kekuatan dulu (pakai blouse pun nak kene ada kekuatan. hoho). Ade lagi tudung yang akoo teringin nak beli. Tapi tunggu.. satu-satu ar beb. Kang kering lak ujung bulan tersengih xdek duit + korek ASB. Haru tul.. Ni la masalah akoo.. susah nak shopping tapi, kalo da setat keluarkan duit.. memang x selamat da. Rase best kuo duit :p Xbley jadik ni. Ngeri!

Berikut adalah antara paten (Paten: remind me one of a shop in Medan) yang diimpikan:

Description: Full Likra fabric with above exact colour.
Reason: He likes this one.

19 May 2009

Mencari Mood

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:07:00 AM 2 comments
Da lama tak mengupdate blog. So.. perlu mencari mood untuk tulis. Banyak cerita bersarang di kepala.

Lately aktiviti ialah Medan company trip. Best sebab FREE. Thanx En Latif n KRIM Net! Hehehe.. Next is kerja banyak yang tak berkaitan (nape gue? Gaji masyuk.. Layanz...). Another one is my sis wedding. Tuannye tengah ber KPLI kat Penang. Adik n emak nye la yang sebuk mempersiapkan ape yang patut. Bilik pengantin suda dikemaskan. Cuma menunggu set bilik tidur yang juga termasuk dalam perbelanjaan akoo.. sebab nanti akoo nyer turn lak. Ehem.. (*blush*). Emak sedang bertungkus lumus menyiapkan langsir di rumah bersama-sama 2 orang lagi tukang jahit bersekutunya. Chaiyoook mak! Ada 2 minggu lagi. Harap semua berjalan lancar. Akoo lak yang susah ati. Bakal pengantin sangat bz.. Sangat bz pun.. nak kawen gak sebab da banyak kali tangguh katenye.

Keje.. cont.

24 April 2009

Go KRIM Network! Full of cream. Delicious!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 1:40:00 PM 2 comments
Wakil daripada:
  1. Mozilla
  2. Google
  3. Microsoft
  4. Linux
  5. Red Hat
  6. Sun Microsystems
  7. Extol
  8. Ubuntu-my
  9. Krimmet <- suppose to be KRIM Network
  10. Hack In The Box
  11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Spelling error. Hihi... nama company 'unique' sangat. Normal ble orang cakap.. company aiskrim @ make up @ roti. Hihi.. The fact is we are a small company with big passion to bring IT forward. IT? Information technologies + you + us + ur business + our business. ;)

Hoho.. Tetiba nama KRIM Network yang enak disukai ramai ni listed among those giants. Alhamdullillah. Good luck for those involve. Chaiyook!

Source:
  1. Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka
  2. All Govt Agencies to Implement Open Source Software
  3. Government turns Open Source on IT solutions

03 April 2009

Persoalan Solat Jama' & Qasar

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 2:50:00 PM 0 comments
Skang ni selalu travel every week dari Ganu ke KL. Agak konfius jugek dengan kemudahan solat jama' & qasar yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t bagi kita yang bermusafir. Oleh itu, saya telah mencari beberapa rujukan untuk tatapan kawan-kawan yang lain dan untuk panduan diri saya sendiri:

Takrifan Solat Jamak dan Qasar


Makna Jamak ialah dihimpunkan.
Solat Jama’ terbahagi kepada 2:
Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
Jamak Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Syarat solat jamak taqdim:
  1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
  2. Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratu ihram.
  3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
  4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
  5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
Syarat solat jamak ta'khir:
  1. Hendaklah berniat jamak dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
  2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Makna Qasar ialah dipendekkan.
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Jarak yang dibenarkan qasar:
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat solat qasar:
  1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
  2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripadadua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
  3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
  4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
  5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:
"Sahaja aku musafir kerana Allah Taala". Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Menjamakkan zuhur dengan asar atau sebaliknya dengan setiapnya menjadi 2 rakaat iaitu zuhur 2 rakaat dan asar 2 rakaat dengan dua salam:

Jamak takdim dan diqasarkan:
  1. Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu dinamakan jamak takdim.
  2. Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu diikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
  3. Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
  4. Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Jamak takhir dan diqasarkan:
  1. Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
  2. Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar".
  3. Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
  4. Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
  5. Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:

Jamak takdim dan diqasarkan:
  1. Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
  2. Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
  3. Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Jamak takhir dan diqasarkan:
  1. Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
  2. Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak".
  3. Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
  4. Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Sumber:
http://www.familiazam.com/jamak_dan_qasar.htm
http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php

to be cont.

01 April 2009

Google Apps Email Setting Themes is here!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:16:00 AM 0 comments
And it is here now. Enjoy it!

30 March 2009

Listed shopping items

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:46:00 AM 2 comments
Suda listkan barang-barang yang diidamkan. Barang-barang berkenaan nampak seolah-olah lebih kepada kehendak but sebenarnye kebanyakannye adalah keperluan. Contohnye, sling bag suda 2 tahun n tali da dekat nak putus...

Hand bag juga suda tarak. Skang pakai sling bag yang hampir hancus gak. Purse jugak da berusia 2 tahun dan telah hancus jugek. Dibeli di MidValley dengan harga RM 20.00++ (kat Ganu pun ada sebenarnye :p) Sling bag jugek kecik untuk dijadikan hand bag. Terpaksa sumbat-sumbat purse n 2 bijik phone in it n only can be zipped halfway. Insecure! So.. mahu tak mahu.. kene gak beli item-item ni. Adapun, akoo telah berjaya membuat rembatan purse yang 50% off. Adapun (jugek), purse berkenaan tidaklah menepati spesifikasi yang dikehendaki sebab texture-nya diperbuat daripada kain (mudah kotor), diperbuat dari kulit (mudah koyak n colour may change if exposed to water). Sebenarnya akoo bukanlah seorang yang cermat so akoo memerlukan item yang tahan lasak. Tapi da purse tu catch my eyes with less price, hamik aje la (selepas berpk berpuluh-puluh kali). Hehe...

2 crepe silks. Tanak yang mahal sangat.. dalam RM 100++ sepasang memandangkan yang cun-cun may reach RM 350++ or more. Boley la.. FYI, 1st silk akoo ialah ketika akoo berusia 26 tahun iaitu tahun lepas (akoo 27, still muda, blum kawen but unavailable :D).

Chiffon shawls. Tatau nape minat ngat. Sudah survey online. Banyak choice. Memang best! Harga menawan. Around RM 8 - RM 25 per shawls. Best! Best! Cuma tatau mampu tak bentuk muka akoo yang agak rounded + speaky ni mengenakan shawls yang lembut ni. Tibai ajek la. Orang len pakai cun, akoo pun nak cun gak. Ahaha! Tapi kene hold dulu untuk beli crepe silk supaya shawls ni bley dipadankan ngan 2 persalinan tersebut.

Sandal suda hancus tapi belum beli baru sebab x berkenan. Bukan nak yang cantik bangat pun. Cuma nak yang selesa dipakai, bley wat jalan lame-lame means tak lenguh berjalan-jalan, tidak mempunyai item kain supaya tak basah so tak ucuk ble dibawa masuk ke bilik termenung, rupa sedap mata memandang walopun letak kat kaki.

Sweater.. aku da ada 2.. tp 1 zip da tercabut n beli zaman tok kaduk dulu. Yang satu lagi... dibeli pada zaman selepas zaman tok kaduk tapi da lama gak la. So.. nak gak la kan beli baru. Ngehehe..

Jeans ada 3 helai. 1 x best. X pakai simpan dalam lemari wat semak kat situ. 1 lagi sederhana tahap kesukaan terhadapnya sebab kain selesa cume cutting x kena. 1 yang last is my favourite beli masa 1st year time blaja aritu. Da waper tahun da tu. Outer benang da tercabut sket-sket.. Takde masa nak pergi jahit sebab asal gi kedai jek, mesti pakai seluar tu. So.. tak dapat la nak nolong.

Blouse. Patutnye kene letak 2-3 blouse in the list memandangkan akoo tak banyak baju untuk berjalan-jalan (bukan setakat blouse, baju kurung pun tak cukup). Kenapa? Sebab akoo sangat susah nak beli barang. Kenapa (lagi)? Sebab akoo tahan diri ini. Kenapa (lagi-lagi)? Sebab ble da setat beli barang, akoo da susah nak brek. Mesti nak beli! Nak beli! Nak beli lagi. Susah tul penyakit ni. Hihi.. Lepas tu.. ble da beli.. mesti tak pakai.. Kenapa (owh.. banyaknye sebab a.k.a alasan)? Sebab akoo lebey selesa sempoi pakai t-shirt. Ngehehe..!

Canon digicam. G jalan sane.. jalan sini.. ble balik takde pics. Kan sedey tu? Huhu.. Asyik nyebok kamera orang len jek.

Hakikatnye.. biar pun sudah dilistkan.. akoo akan tahan gak beli item-item yang terkemudian dalam list ini sebab... :D

Update 1 April 2009:

Misi handbag 30 Mac 2009 tidak berjaya sebab tak jumpe butik sembonia. Next time maybe la.. Tu pun kalo ada sale. Kalo x.. xmo ar. Pastu.. kene add telekung sembahyang 2 pasang n 1 is optional. Sebenarnye akoo ada 3 pasang. 1 tengah pakai. 1 lagi dikidnap oleh kakak dengan keizinan akoo sebab mase tu akoo tatau akoo akan kene travel neh. The last one.. ehe.. salah akoo gak.. tertinggal kat cafe kat R&R Gambang mase on the way balik... Wakafkan jek la kat sirau kat situ. Tu pun kalo ada orang bawak ke surau la kan. Nape perlu ada 3 pasang telekung? Sebab.. 1 untuk kat rumah kat Ganu kite. 1 untuk opis. 1 untuk backup. Situasi backup adalah macam skang iaitu akoo kene site kat Putrajaya n stay at Putra Permai so, kene ada satu telekung kat umah Putra Permai ni la. Penat hangkut telekung dari Ganu - Putra Permai - Putrajaya almost tetiap ari. 1 optional is 'saje-saje' sebab nanti nak g Medan n hangkut telekung cun yang murah :D. Suka!

26 March 2009

Bizi ke?

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:49:00 PM 0 comments
Bizi ke akoo? Sampai tak sempat nak berblog. Banyak citer neh. Exited jugak nak cite. Suka! Suka! Suka sangat! Ni selit-selit mase nak menaip sambil merehatkan akal fikiran. Sangat weng di kala ini. Adus! Kat mane nak rehatkan fikiran ni. Kepala dirasakan sangat berat. Badan lenguh-lenguh. Tatau sebab terlebey makan/terkurang makan/terlebey travel (bukan akoo yang drive pun)/bilik ini terlalu sejuk/bla.. bla.. bla.. Lagi-lagi tandas.. Tatau mane lagi nak ngadap selain dari tandas. Mata rase pedih, kepala rase sakit tengok skrin ni ha.

Halamak keje lum siap.. Lalala keje.. Hari-hari keje. Tralala!

17 March 2009

Recovering

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:25:00 AM 0 comments
Kesah flu da tamat. Ada sket ar rase lum bis lagi demam ni. Kak Syud lak menyambung kesah demam selsema ni.

On the way back to KL ujan sangat lebat. Kereta Iswara milik company yang dipandu oleh Zam meredah hujan badai hampir sepanjang perjalanan dan meredah banjir berhampiran Mesra Mall, Kemaman, Terengganu. Caution! Kalo rase ujan lebat or ujan x henti-henti, batalkan aje plan untuk singgah ke Mesra Mall. Tak pasal x bley balik umah lak kot. Hihi.. malam tu memang agak mencemaskan. Apatah lagi pada mula perjalanan, kitorang hampir terlibat dalam satu kemalangan disebabkan berlaku satu kemalangan betul-betul berhadapan kitorang. Nasib baik Zam sedia menjarakkan kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga since brek Iswara tu x waper nak makan sangat. Kene bagi makan banyak sket tuh. Hihi.. Alhamdullilah kitorang (akoo, Zam, Kak Syud n Kak Roslina) slamat sampai ke destinasi. :D

Naseb demam akoo x bersambung. Kalo x, penat jugek. Kene ujan banyak jugek. Tu pasal Kak Syud bley demam. Arini Kak Syud MC. Akoo pun dapat MC minggu lepas. Tp xde makna pun MC akoo tu sebab keje da separuh hari n dalam 2-3 lepas tu da nak bertolak ke Ganu Kite. Akoo cume merehatkan diri berguling-guling kat bilik miting opis branch Seri Kembangan.

Ape lagi jadik lepas ni... a... nanti akoo kene drive Iswara after Mr. Zam balik ganu nanti. Tatau larat ke x. Macam berat jek stering nye. Ni rase nak hangkut viva ni. Hihi.. Tengok jek la ape jadi nanti. Hope everything goes fine. Amin....

13 March 2009

Flu @ Putrajaya

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:40:00 AM 0 comments
Demam + selsema + sakit tekak. Penyakit normal yg mudah hinggap pada akoo. Sebenarnya da tahan demam (ceh, macam bley jek :p) ni sejak dari minggu lepas when I was in holiday wit family in Sabah. Ye la kan.. da g jalan.. x kan nak sakit lak. So akoo kuatkan semangat. Walopun ada hawa-hawa nak demam, aku berusaha untuk tidak memanjakan diri.

Lepas jek blk Sabah, arrived in KL, then trus fly to Terengganu at the same day. Sampai Ganu malam around 10PM. Sok pagi nye seawal pukul 930AM akoo redi ke bus station Kuala Terengganu for bus at 1030AM, in another journey to Kuantan to attend my friends wedding which are a couple, Jeff & Nad. Perjalanan took about 4 hours. I experienced really bad journey since a Malay Warga Emas berumur around 30 sat beside me. He still looks strong. The problem was, Im still tired of last night journey then I cannot rest well in the bus. Wat make it worst was he is drinking samsu which is non halal for Muslim. The smell made me felt want to throw but Im trying to act normal so that gut wont feel hurt.

Thank God finally I arrived in Kuantan wit a lil bit of fenin aura. Then here I go to Nad's house. Where to go? Im really not familiar wit Kuantan. Akoo redah ajek :p. I picked a taxy drove by a Pakcik wit Kopiah on his head. Well, never judge a book by its cover. Luckily that Pakcik is really nice that we was sesat together-gether. He was quite patience to layan akoo nyer kerenah. Thanx Pakcik :D Finally we found Nad's house. The Pakcik offered to wait for about 30-40 munites since it is hard to find taxi there. So I accepted that offer. Sadly, Ikin n Linda just gone back to KL. Unable to meet them :(. Also a bit sad cuz I cannot be there for longer time but at least, I was there :D Thank dear Allah. At about 4PM, wit Pakcik Taxi to the Kuantan Station bus. Arrived, I perfomed solah n ate early for dinner there. 6.30PM in bus back to Kuala Terengganu.

Er.. to be cont. 10AM already. Have to work lor :p Till then.

11 February 2009

Malaikatmu...

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 10:36:00 AM 0 comments
I've got an email from Kak Salina today. Thanx to her. Love it so much. Shares it here:

Suatu hari seorang insan siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab : "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Insan bertanya lagi : "Tetapi di sini; di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa... Bukankah ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"

Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan insan itu bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

********

Ingatlah sentiasa... kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya di dunia dan akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar... sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam,
  4. Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

~Sampaikan! lah walau satu ayat~

19 January 2009

Aku, Kamu dan Kita.

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:36:00 AM 0 comments
Saat ini, server yang weng tengah down. Hilang segala semangat dan kekuatan aku nak wat keje. Pasrah saje la... Di kesempatan ini, aku mengambil ruang untuk membicarakan soal Aku dan Kamu. Aku adalah aku. Kamu adalah sesiapa jua yang mungkin. Aku boleh menjadi Kamu dan Kamu mungkin juga Aku. Kita sudah semestinya Aku dan Kamu. Hence, aku mungkin menghadapi situasi seperti Kamu dan Kamu juga mungkin mengalami situasi seperti Aku atau... mungkin tidak.

Hakikatnya Kta semua sama. Manusia yang lemah disisinya. Tetap cukup kuat dijadikan-Nya untuk menempuh hidup ini kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian. Aku suka melihat sesuatu perkara secara pros & cons. So apabila terjadi sesuatu perkara, aku suka mempertimbangkan dari segenap sudut dan segi. Namun aku pasti, penilaian yang aku buat tidak akan 100% betul kerana Dia maha mengetahui. Lagipun, siapalah aku untuk menilai seseorang. Aku manusia, Kamu jua manusia... Kita manusia.

Aku tidak menyalahkan hakikat Kita sebagai manusia apabila sesuatu perkara terjadi. Malah bersyukur dengan anugerah ini. Cuma aku harap kamu faham bahawa Aku dan Kamu adalah manusia dan Kita menghadapi pelbagai situasi, menanganinya di samping membuat penilaian dan pertimbangan Kita dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Apabila sesuatu perkara yang tidak disenangi antara Kita berlaku, Aku memandang diri Aku, Aku juga memandang kamu. Sampai sakit kepala Aku memikirkan kenapa Kamu berbuat begitu. Atau, mungkin Aku yang silap. Mungkinkah Aku totally silap? Kamu totally betul? Tapi kalau Aku totally silap adakah bermakna Kamu tidak membuat walau secebis kesilapan? Bila Aku menilai, ada sifat baik Kamu. Jadi Aku lupakan segala dengan mengambil sikap mungkin Kamu tidak bermaksud sedemikan atau.. Aku merasakan Kamu sebagai insan biasa tidak lepas dari kesalahan. Mungkin Aku juga salah hingga menyebabkan Kamu bersikap sedemikian. Mungkin juga kamu yang salah hingga menyebabkan aku melukai kamu. Segalanya mungkin. Siapa mulakan? Bagi Aku tak penting. Sesiapa yang memulakan mungkin tidak sengaja atau sengaja. Tapi kita seharusnya membaiki keadaan. Bukan mengeruhkan lagi keadaan.

Erm... berfikir dan berbicara memang mudah. Melaksanakan bukan seenteng yang dijangka. Kerana Kita tidak lepas dari penilaian sesama Kita. Lain yang dimaksudkan, lain yang dinilai. Siapakah kita untuk menilai? Terdapat suatu kisah;

Nabi Nuh dan Anjing

Diriwayatkan nama asal Nabi Nuh a.s. bukanlah tapi suatu nama lain yang tidak banyak dinyatakan meskipun Allah s.w.w menyebut 'Nuh' dalam Al-Quran.

Dalam bahasa Arab, makna 'Nuh' bermaksud raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa nabi Allah itu dipanggil Nuh? Ia mempunyai kisah ringkas yang boleh menjadi contoh kepada Kita.

Cerita ini bermulam apabila pada suatu hari seekor anjing yang sangat ganjil melintasi baginda. Rupa anjing berkenaan tidak seperti anjing biasa. Ia bermata 4 dan sudah tentu menarik perhatian ramai termasuk Nabi Nuh sendiri. Nabi Nuh a.s. pun meminta anjing berkenaan berhenti di hadapannya. (Adalah tidak mustahil bagi seorang nabi dengan mukjizat yang dianugerahkan kepadanye untuk berbicara dengan haiwan.)

Nabi Nuh: "wahai anjing, aku lihat wajah mu begini hodoh dan mata mu tidak seperti anjing lain. Mengapa jadi begini?"

Anjing: "wahai nabi Allah, kau tanyalah pada yang menjadikan aku. Adakah kamu fikir aku ingin berwajah seperti ini? Tanyalah pada Tuhan yang menjadikan aku dan juga yamg menjadikan kamu."

Nabi Nuh a.s. pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing tersebut. Baginda menangis tanpa henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik ciptaan Tuhan. Baginda meraung dan meraung lagi beberapa ketika kerana menyedari dosanya itu sambil memohon keampunan Allah s.w.t.

Sejak itu, baginda dipanggil 'Nuh' dan kekallah namanya sebagai Nabi Nuh sebagaimana diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allh s.w.t.


Moral yang diperkatakan dari kisah ini adalah, apa juga yang baik atau buruk adalah dari Allah yang Maha Esa, hakikatnya dari kelemahan diri Kita sendiri. Kita juga selalu mengkritik kelemahan orang tanpa menyedari kita sedang mempertikaikan kejadian Allah s.w.t. Kagum dengan sifat seorang nabi yang hampir di sisi Allah menangis tanpa henti menyesali sikapnya. Sungguh Aku rasakan slalu mengkritik tanpa memandang kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Adakah Kita terlalu mulia dan ego untuk mengakui kelemahan diri sendiri tetapi sering menuding jari menunjuk kelemahan orang lain?

Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: ” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah:” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”

(Riwayat Muslim)


Aku silap.. Kamu silap.. Aku betul.. Kamu betul.. Kita silap dan betul. Bagi Aku, apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak disenangi terjadi antara 2 orang.. Kita masing-masing ada silap dan betul. Malah dalam proses memperbetulkan keadaan kita juga mungkin akan melakukan kesilapan. Tapi Kita dalam proses melakukan perkara yang betul. Yang penting kita perlu menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain. Semoga Allah mempermudahkan jalan.

Bagi Aku, jika menemui buntu, jalan lain ialah berdiam diri dengan harapan api menjadi bara dan bara menjadi sejuk tinggal abu. Abu tak mungkin ditukar menjadi kayu yang asal. Sekurang-kurangnya Kita berusaha.

14 January 2009

I've Been Tagged by Munie

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:25:00 AM 10 comments
Saya telah di tag oleh Puan Munirah kite. ;)

Rules:
1.Link to the person that tagged you.
2.Post the rules in your blog.
3.Share 6 important things/habits/quirks about yourself.
4.Tag 6 random people at the end of your post by linking to their blogs.
5.Let each person know they have been tagged by leaving a comment on their website.
6.Reply to me when you’re finish.

6 things of me:
1.Suke eskem mint introduced by Miss Ina (Kaydotte).
2.Missing ol fwen so much.
3.Suka wat programming & minat mengajar - bukan pandai. Ehehe....
4.Minat masak lately.
5.Suke makan tapi perut macam kecik jek lately. Tak muat nak ngap bebanyak.
6.Suke tido n bangun lambat. Tapi kalo da bangun, tak kan tido balik da a.k.a tak suke tido siang.

6 fwens yang kene tang by me:
1.Kak syud
2.Salbiah
3.Iza
4.Aina
5.Aleen
6.Hihi.. tak cukup orang

Neh nape sumer 6? Nak 7. Saya suke no. 7.

P/S: kalo x cukup orang, tag balik saya.. marilah kita saling menge'tag'. Hoohooo...

04 January 2009

Hari Annisa' KRIM 2008

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:31:00 AM 5 comments
Tajuk : Hari Annisa Kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM) 2008
Tarikh : 3 Januari 2009 (termasuk ke tahun 2009 di atas sebab-sebab kekangan yang pelbagai)
Acara: Pertandingan Masakan & Pertandingan Gubahan

Pemenang no 1
Dari kiri: Alang, Kak Cdah, Kak Umi
Caner nak hias ni?

Pemenang no 2
Dari kiri: Fida, Kak Ti, Julia
Sronotnye die dapat masak. Hihi..

Pemenang no 3
Kitorang la :D
Dari kiri: Aku, Muni, Sal
Kumpulan Pink. Yeah!

Peserta dari UDM
Rajin adik rajin

Peserta dari KRIM Network
Jiran sebelah
Dari kiri: Kak Salina, Ida, Kak Zura
Tak nampak lak gambo Kak Na. P ganti kat bawah ei...

Peserta dari KRIM Network
Jiran seberang
Dari kiri: Angah, Kak Ma, Che Ku
Aa.. Da siap!

Another peserta dari UDM
Jangan tatau.. hebat gak ni

~~~

Pemenang no 1
Jeng...!

Pemenang no 2
X manis sangat. X pahit. Sedang-sedang. Puding caremel besh
Da curik resepi dari Fida
Thanx :)

Pemenang no 3
Cocktail lum letak lagi

~~~

Ni gubahan snek fav aku. Digubah oleh student UDM.


Ni sireh junjung fav. Sape eh gubah? Hihi..

Yang paling haru ialah aku, Sal n Muni memang jarang masak. Daripada 8 kumpulan, kitorang dapat no 3. Hohoho. Time kasih kepada para pengadil yang memberikan kemenangan kepada kami yang baru setahun jagung dalam arena masak-memasak ni. Menu kitorang ialah Ayam Masak Halia & Puding Jagung ber-cocktail. Puding jagung adalah hasil air tangan Puan Munirah dengan kerjasama Cik Afsal. Aku sponsor bekas aje. Hihi...

More pics will be uploaded. Ni rase nak bukak acct Fotopage ni. Ooo.. xmo xmo. Lezi tu menej alot alot. :p

Slamat Tahun Baru untuk Semua!

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:15:00 AM 0 comments
4 Jan 2009. Lambat da ni wish tahun baru. Hihi2.. 1 hb hari tu memang tak sempat nak berblog sebab aku sibok ke hulu ke hilir nak setelkan perihal hadiah untuk Hari Annisa' Kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM) merangkap acara kaum hawa opis.

Apa yang da berlaku tahun 2008? Banyak hal. Tapi tak full of hapiness. Ye la kan.. Hari tak selalu cerah.. Eh.... sape cakap tak best? Ada la.. Berkenalan dengan si dia. Sape tu? Hihihi.. Jeng jeng.. :p (sape yang tau.. memang tau ar. sape yang tatau.. kene tunggu).

Pasal keje.. tak banyak improvement aku. Ni kene wat sumthing neh. Rase takut gak nak buka langkah besar dalam hidup. Rase nak sambung blaja balik. Mampu ke aku ni nak blaja lagi. Rasa da tua. Hihi.. takut tak masuk lak ilmu dalam kepala ni. Ngeri-ngeri. Bley ke.. bley ke...? Nanti aku survey lagik perbelanjaan nak sambung study ni. Maybe akan sambung study sambil berkeje. Ha.. tu satu isu lagi. Larat ke aku wat 2 perkara dalam 1 masa? Fulus lagi mana nak korek. InsyaAllah aku akan laksanakan misi ni. Coz ape eh nak amik? Aku akan pick jek sesuka hati aku nanti. Ehehe.. Kalo tak IT, maybe ape-ape yang berkaitan accounting.

Pasal life.. bagi aku.. life = keje = life. Hihi.. Cume.. rindu tul kat kawan-kawan masa kat U. Rindu la kat koraaaaaaanng! Huhuhu~

Harap tahun 2009 ni banyak perkara extraordinary akan berlaku. Tak mo la stereotaip aje. Fighting!

I've Been Tagged

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 9:05:00 AM 0 comments
Tagged by Kak Syud. My beloved mum pic masa attend wed sedara kat Kuantan. Tengah tunggu sumer bersiap.
Selamat Tahun Baru untuk semua!
 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting