03 April 2012

Melompang - kuih lompang

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 12:07:00 PM
Ha.... ini adalah hasil lompangan saya. 3 kali buat dalam pics ni, gambar kali pertama dan kali kedua buat. Buat kuih ni sebab terasa nak makan untuk buka puasa + rindu kuih lompang mak buat. Rasanye... sedap lagi emak yang buat. Halamak, homesick! Heheh.. tua-tua pun rindu ayah mak lagi :D

Dalam proses pengukusan.

LinkTerima kasih atas jasa pengukus ini yang dihadiahkan oleh Pn. Munirah sempena perkahwinan saya dan suami. Banyak jasa ni.

Cubaan pertama yang tak seberapa lompang.

Cubaan kedua. Lompang menjadik tapi macam lembik sket.

Hasil lepas dah letak kelapa parut. Ngap!

Yang saya buat tak berapa nak jadik ni sebab saya mesti nak jugek alter resepi sket-sket. Tu pasal tak jadi comey. Heheh. Senang jek resepi Kuih Lompang emak saya ni:

Bahan-bahan:
100 gm tepung beras
25 gm gula
250 ml air
Kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam

Cara-cara:
  1. Panaskan air bersama gula di dalam periuk sehingga gula cair. Sedap jugek kalau letak daun pandan sket. (Buat air gula). Biarkan sejuk.
  2. Panaskan kukusan yang telah diisi dengan air.
  3. Setelah air gula sudah sejuk, campurkan tepung beras ke dalam larutan air gula. Kacau sebati. Larutan tidak pekat. Cair sahaja. (Ada orang letak kapur jugak sket)
  4. Asingkan larutan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
  5. Warnakan larutan dan tuang ke dalam bekas lompang.
  6. Apabila air dalam kukusan telah mendidih, masukkan bekas lompang yang telah berisi.
  7. Kukus selama 20 minit.
  8. Apabila sudah masak, sejukkan kemudian barulah dikeluarkan dari bekas lompang. Cungkil dengan pisau untuk memudahkan kuih keluar.
  9. Hias dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.

Done! Selamat menjamu selera.


4 comments:

munie said...

wah..nmpk sedap...da lame dapur tak berasap ni..sejak sakit gigi sampai skang dapur tak di jejak..hahah...

org bagi ke kukusan itu?hahaha..lupe da..boleh testing resepi pie ni..nyumm...!terliur plak..hahaha

Dandeliciousprincess said...

iyola muni la wi. Tak baik lagi eh sakit gigi? Sile la cube, jangan tak cube.

my techage said...

sedapnye, tp mlsnye nk buat..pos ganu sikit p...

~*Dandelicious Princess*~ said...

ala~ da bis da p makan.

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting