06 February 2013

2013 Mawlid Gathering; We Love Our Prophet by Telekung Project

Posted by ~*Dandelicious Princess*~ at 11:34:00 AM
Da cerita pasal shopping... Da 'menyimpan' kat kedai & mall, meh 'menyimpan' kat tabung akhirat kita plak ye. Nak cerita pasal projek terbaru The Telekung Project plak. Saya simpulkan dulu details ini:

Pihak TELEKUNG PROJECT kini membuka peluang kepada mana-mana insan yang terlibat untuk 'membiayai' majlis ILMU dan SELAWAT ini. Secara estimation, Telekung Project mencari 300 Pembiaya untuk membiaya RM 100 seikhlasnya. 

Sila baca details lagi...

♥ Dengan Nama Allah ♥
Sila baca dengan teliti dan sehingga habis

Looking for 300 Benefactor

InshaAllah, seperti tahun lepas, pihak Telekung Project akan mengadakan satu majlis yang dinamakan;
2013 MAWLID GATHERING; WE LOVE OUR PROPHET
THE TELEKUNG PROJECT CLUB HOUSE,
No.1, No. 2 (Rumah Admin) dan No.3
Jalan Intan 2/10,
Taman Puchong Intan
47100 Puchong, SELANGOR
23 hb Februari 2013/Sabtu
Jam 6.00 ptg - 11.00 malam

Content acara ialah;
6.00 pm - Mathurat recitation
7.15 pm - Maghrib prayer (jemaah)
7.30 pm - Program start
Qasidah 1
Tausiyah 1

Qasidah 2
Tausiyah 2

Munajat
Solawat Badar

9.00 pm - Isya' Prayer (jemaah)

9.15 pm - Edaran Makanan (Mr. Nasi Ambeng, InshaAllah)

Special features:
Anak-anak ribath Sheikh Ibrahim Al-Kurani (as appeared in TV3 and TV Al-Hijrah)
Kumpulan Anak-anak Berselawat Bandar Kinrara

Tausiyah by: Ustaz Fakhrurazi (Pensyarah UKM)

Special Guests:
Anak-anak daripada Rumah Kebajikan dan Anak-anak Yatim seramai 200 orang

ACARA INI ADALAH TERBUKA DAN ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR UNTUK SAMA-SAMA

♥ TUJUAN MAJLIS INI ♥
1. SOLAT BERJEMAAH BERSAMA-SAMA DALAM SUASANA KEJIRANAN DAN UKHWAH ISLAM.
2. Berkumpul untuk kita memantapkan ukhwah melalui majlis SELAWAT ke atas RASULULLAH SAW.Jaringan ukhwah untuk kita berkumpul dalam satu suasana yang indah dan harmoni.
3. Berkumpul mendengar tausiyah (majlis Ilmu) untuk makanan rohani dan medium untuk mengingatkan kita yang mudah lupa dalam kehidupan seharian.
4. Berkumpul bersama-sama anak-anak Yatim dan anak-anak daripada rumah kebajikan. Berikan mereka suasana kekeluargaan walaupun hanya untuk satu malam, pasti anak-anak itu gembira.
5. Satu medium utk menggalakkan anak-anak kita 'berukhwah' bersama anak-anak yatim yang sebaya dengan mereka dan berkongsi kasih sayang sambil berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Perbelanjaan yang terlibat;
Costing;
FIZIKAL
15 buah arabian kanopi (kalaulah dapat transparent) ( RM 450 x 15 ) = RM 6750
15 buah platform ( RM 420 x 15 ) = RM 6300
15 buah carpet digital ( RM 400 x 15 ) = RM 6000

JUMLAH UTK FIZIKAL = RM 19050

MAKANAN DAN MINUMAN
600 nasi ambeng ( 600 x RM 5.00) = RM 3000
Air soya free flow ( 20 kg ) = RM 1000
Air cream soft free flow (600 + 30) = RM 540
Candy buffet = OPEN FOR POT LUCK SPONSOR
JUMLAH UNTUK F&B = RM 4540

GOODIES UNTUK ANAK-ANAK YATIM
OPEN FOR POT LUCK SPONSOR

PRINTING HANDOUT
Costing for 1000 copies to give away = RM 5.00 x 1000 = RM 5000

TOTAL ESTIMATE COSTING = RM 28590
Round up to RM 30 k

Oleh yang demikian, pihak TELEKUNG PROJECT kini membuka peluang kepada mana-mana insan yang terlibat untuk 'membiayai' majlis ILMU dan SELAWAT ini. Secara estimation, Telekung Project mencari 300 Pembiaya untuk membiaya RM 100 seikhlasnya.

Kepada yang berminat; sila masukkan sumbangan anda melalui;
1. CIMB PERTUBUHAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK
1222 0000 646 100

2. MAYBANK NORAZILA ABDUL AZIZ (AKAUN KHAS ADMIN UTK TP)
5127 7250 1950

dan kemudian, isikan borang di LINK ini utk tujuan rekod dan audit kami;
https://docs.google.com/forms/d/1OLcJFOb0HAsvNYKNAYLHhbyEhZxOBuvfSGwHNh4x4Js/viewform

email transaksi (optional) kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan SUMBANGAN UNTUK MAWLID

Salam Ukhwah
AZILA AZIZ

Nota; sebarang pertanyaan boleh hubungi admin di 0123183621 (kalau admin tak jawab sila SMS, sebab kadang2 admin sedang bersama keluarga :)

0 comments:

 

Dandelicious Princess Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting